PAJERI NENAS TANPA SANTAN
Jarang kita dengar pajeri tak ada santan , kebiasaan mesti bersantan. Bersungguh saya nak cuba nak rasa sendiri. Yess... memang sedap , kuah pekat dan rasanya tak kalah seperti pajeri yang ada santan. Sekurangnya dengan skip santan kita dah kurangkan sedikit kalori dalam masakan. Kalau nak bubuh serbuk perasa pun boleh tapi saya kurang gemar dan jarang sangat guna. Guna bila perlu saja itu pun cuma kiub pati ayam atau ikan bilis. Selalu saya ganti dengan gula je. Untuk rahsia masakan yang sedap bukan terletak pada serbuk perasa tetapi terletak pada teknik memasak yang betul dan keseimbangan rasa mengikut jenis jenis masakan. Satu lagi... petua , jangan dilupa petua orang tua tua dahulu... semat dan praktikkan selalu supaya sebati dengan diri
PAJERI NENAS TANPA SANTAN
by House of SSKsource : MAHN_FB
BAHAN A ~ tumis :
- 1/2 biji Bawang Besar | hiris
- 2 ulas Bawang Putih | hiris
- 1 inci Halia | hiris
- 2 kuntum Bunga Lawang
- 1 batang Kulit Kayu Manis
BAHAN B ~ kisar :
- 2 biji Bawang Besar
- 3 ulas Bawang Putih
- 1 inci Halia
- 2 sdm Udang Kering
BAHAN C :
- 2 sdm Rempah Kari Daging
- 2 sdk Serbuk Cili
BAHAN D :
- 2 sdm Kerisik
- 1 sdk Garam
- 2 sdm Gula Pasir
- 2 sdm Gula Merah
BAHAN E :
- 1 biji Buah Nenas | potong & rebus
CARA PENYEDIAAN :
❀ Panaskan minyak, tumis Bahan (A) sehingga wangi dan kekuningan
❀ Masuk Bahan (B) , tumis lagi hingga wangi
❀ Masuk Bahan (C) , tumis sehingga betul-betul pecah minyak
❀ Rempah dah masak masukkan 1/2 cwn air
❀ Kemudian masuk Bahan (D) & (E)
❀ Biar seketika hingga semua bahan sebati
❀ Semua rasa dah seimbang , boleh padamkan api dan hidangkan
❀ Panaskan minyak, tumis Bahan (A) sehingga wangi dan kekuningan
❀ Masuk Bahan (B) , tumis lagi hingga wangi
❀ Masuk Bahan (C) , tumis sehingga betul-betul pecah minyak
❀ Rempah dah masak masukkan 1/2 cwn air
❀ Kemudian masuk Bahan (D) & (E)
❀ Biar seketika hingga semua bahan sebati
❀ Semua rasa dah seimbang , boleh padamkan api dan hidangkan
No comments:
Post a Comment