APAM SOLO
Kali kedua buat , yang pertama tiga tahun lalu. Dulu buat... dah snap gambar elok elok , laptop punya hal abis hilang. Dok tengok tengok resipi semalam jumpa balik resipi nih... pagi tadi buat pastu dah boleh simpan dah dalam sini.
Apam Solo ni pernah popular sikit masa dulu dan sampai sekarang masih lagi popular. Ia gabungan apam bersama inti kelapa manis. Dah ramai yang buat malah yang buat jualan pun ramai... macam macam kaler ada. Selain inti manis , nak buat inti pedas pun boleh juga...
Yang herannya buat yang dulu lagi gebuss... kali ni macam kurang sikit... merajuk ka apa padahal resipi yang sama ja. Tapi tang rasa usah cakap la... sama ja macam buat dulu sedapp... lembutt. Tambah sedap lagi bila tergigit tang inti. Bayangkan apam yang lembut kena dengan inti yang manis... tak ubah macam makan pau gituu. Masa taip entri ni... tengok balik gambar... mai idea. Nantilah bila bila free akan cuba idea tu. Lagipun memang nak cuba lagi so alang-alang buat sekali jalan la nanti. Sementara tu layan dulu apam solo ni na... :)
APAM SOLO
by House of SSKsource : Sari Yusa @ Seri Kandi_Alam Sari Di Tanah Jauhar
BAHAN INTI :
- 130 gm Gula Merah
- 30 gm Gula Pasir
- 125 gm Air
- 2 helai Daun Pandan
- 300 gm Kelapa Parut Putih
- 1 sdb Tepung Gandum
- 1/4 sdt Garam
CARA PENYEDIAAN :
❀ Masakkan gula merah , gula pasir , air dan daun pandan sehingga mendidih
❀ Masukkan kelapa parut dan garam , kacau sebati
❀ Apabila hampir kering masukkan tepung gandum , kacau sebentar
❀ Angkat dan sejukkan
❀ Masukkan kelapa parut dan garam , kacau sebati
❀ Apabila hampir kering masukkan tepung gandum , kacau sebentar
❀ Angkat dan sejukkan
BAHAN APAM :
- 500 gm Tepung Gandum
- 2 sdt Instant Yis *
- 180 gm Gula Pasir *
- 250 gm Susu Cair *
- 600 gm Air *
- 1/8 sdt Garam *
- Pewarna Kuning
- Coklat Emulco
CARA PENYEDIAAN :
❀ Campurkan semua bahan bertanda * dan kacau rata hingga sebati
❀ Bahagikan kepada tiga bahagian :
- asal... tanpa warna
- kuning... + pewarna kuning
- coklat... + coklat emulco.
❀ Perap adunan selama 40 minit.
❀ Panaskan air dalam periuk kukusan
❀ Sapu acuan dengan minyak masak rata-rata
❀ Masukkan sedikit adunan putih
❀ Isikan inti kelapa
❀ Tutup dengan adunan putih
❀ Masukkan adunan kuning dan coklat , lorekkan
❀ Kukus dengan api sederhana selama 15 - 20 minit atau sehingga masak
❀ Keluarkan apam daripada acuan bila dah sejuk sedikit
# Sukatan ini boleh dapat lebih 40 biji apam dan amat sesuai untuk berniaga
❀ Bahagikan kepada tiga bahagian :
- asal... tanpa warna
- kuning... + pewarna kuning
- coklat... + coklat emulco.
❀ Perap adunan selama 40 minit.
❀ Panaskan air dalam periuk kukusan
❀ Sapu acuan dengan minyak masak rata-rata
❀ Masukkan sedikit adunan putih
❀ Isikan inti kelapa
❀ Tutup dengan adunan putih
❀ Masukkan adunan kuning dan coklat , lorekkan
❀ Kukus dengan api sederhana selama 15 - 20 minit atau sehingga masak
❀ Keluarkan apam daripada acuan bila dah sejuk sedikit
# Sukatan ini boleh dapat lebih 40 biji apam dan amat sesuai untuk berniaga
No comments:
Post a Comment