AYAM BUTTERMILK
30 Ogos 2019, Jumaat
Selepas aktifkan blog tiga hari lepas, saya akan cuba masukkan resipi-resipi yang sudah dicuba selama setahun ini beransur-ansur. Tapi tak semua hanya yang memenuhi piawaian saya saja. Banyak gambar dah delete agar hp boleh bernafas lega. Cuma tinggalkan satu dua sebagai bukti dah buat untuk setiap resipi.
Saya tertarik cuba resipi Ili selepas tengok dia masak kat tv sedap nampak. Siapa tak kenal Ili kan. Selalu muncul di kaca tv untuk program masakan. Mana mana resipi ayam buttermilk pun lebih kurang sama. Kalau lain pun tambah satu dua bahan. Lain orang, lain cara maka lain juga rasa. Alahh yang sedang baca entri ni pun tentu dah hebat masak buttermilk kann... pejam mata dah siap. Walau begitu saya simpan juga resipi di sini untuk tatapan hari tua kelak... hehhehe.
Selepas dicuba rasa sedapp. Ayam yang krispi, berkrim, pedas-pedas dan manis manis lemak susu gitew. Saji panas-panas nasi panas baru kick!
source : Ili Sulaiman

by House of SSKsource : Ili Sulaiman
BAHAN A :
- 250 gm Dada Ayam | potong kiub tebal
- 1 sdb Cuka Makan
- Serbuk Lada Sulah
- Garam
BAHAN B :
- 1/4 cwn Tepung Beras
- 1/4 cwn Tepung Jagung
- 1 biji Telur
BAHAN C :
- 1 sdb Butter
- 2 ulas Bawang Putih | hiris
- 2 tangkai Daun Kari
- 2 biji Cili Padi Merah | hiris (nak lagi pedas tambah)
- 1 cwn Susu Sejat
- 2 sdb Susu Pekat Manis
- Garam
- Lada Sulah
CARA PENYEDIAAN :
Untuk Ayam :
❀ Satukan Bahan (A), perap sebentar
❀ Sementara itu satukan tepung beras dan tepung jagung, ketepikan
❀ Pecahkan telur ke dalam ayam tadi, kacau rata
❀ Kemudian ambil satu persatu potongan ayam gaulkan dengan campuran tepung
❀ Goreng dalam minyak banyak sehingga kuning keemasan
❀ Angkat dan tos
Untuk Sos Buttermilk :
❀ Panaskan butter
❀ Masuk bawang putih, daun kari dan cili padi, tumis hingga wangi
❀ Masukkan susu sejat dan susu pekat
❀ Bila susu mula saja mendidih masukkan garam dan lada sulah. Kacau rata, padam api
❀ Terus masukkan ayam yang digoreng tadi, gaul rata
❀ Siap

No comments:
Post a Comment