CENDAWAN SOS TIRAM & SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2019
31 Ogos 2019, Sabtu
Walaupun penggemar cendawan, tapi first time try test cendawan jenis ini. Bila lalu kat pasaraya selalu tak tergerak nak beli. Entah kenapa kali itu terus capai dua pack sekaligus. Satu pack buat sayur campur, satu lagi style kacau goreng sos tiram.
Manis jadinya bila dicampur dengan udang. Pastu bubuh sos tiram, lagi padu rasa dia. Hidangkan panas bersama nasi putih hangat. Untuk penggemar cendawan gerenti boleh layan habis semangkuk.
Alhamdulillah buat ke sekian kalinya, kita meyambut Hari Kebangsaan. Secara rasminya, ia adalah Hari Kebangsaan kali yang ke-62 mengikut kiraan hari pengumuman kemerdekaan Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka pada 31 Ogos 1957.
SSK ucapkan Selamat Hari Kebangsaan 2019 dan Selamat Maju Jaya kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dengan harapan Malaysia terus maju, aman dan saksama akan kekal selamanya.
'Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih'

BAHAN- BAHAN :
- 1 packet (100 gm) Cendawan 'White Bunashimeji'@ White Beech Mushroom
- 1 packet Fishball Goreng | belah 2
- 15 ekor Udang | buang kulit
- 2 inci Karot | hiris memanjang
- 1 labu Bawang Besar Merah (medium size) | hiris tebal
- 3 ulas Bawang Putih | hiris halus
- 1 inci Halia | hiris halus
- 7 biji Cili Padi | belah 2
- 4 sdb Sos Tiram
- 1 sdt Stok Ayam Pekat Maggi
- 2 sdt Tepung Jagung*
- 2 sdb Air* | * bancuh bersama
- Sedikit Minyak Masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN :
❀ Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, cili padi dan halia sehingga naik bau
❀ Masukkan bawang besar dan udang, kacau goreng sebentar. Kemudian masukkan karot dan fishball, masakkan sebentar
❀ Masuk sos tiram dan stok ayam pekat. Kemudian masuk cendawan, kacau dan masak lagi sehingga cendawan sedikit layu sahaja. Guna api besar
❀ Tuangkan bancuhan tepung jagung. Didihkan sebentar sambil dikacau sehingga kuah pekat. Padamkan api
❀ Hias dengan hirisan daun bawang dan ikan bilis goreng rangup
❀ Masukkan bawang besar dan udang, kacau goreng sebentar. Kemudian masukkan karot dan fishball, masakkan sebentar
❀ Masuk sos tiram dan stok ayam pekat. Kemudian masuk cendawan, kacau dan masak lagi sehingga cendawan sedikit layu sahaja. Guna api besar
❀ Tuangkan bancuhan tepung jagung. Didihkan sebentar sambil dikacau sehingga kuah pekat. Padamkan api
❀ Hias dengan hirisan daun bawang dan ikan bilis goreng rangup
Alhamdulillah buat ke sekian kalinya, kita meyambut Hari Kebangsaan. Secara rasminya, ia adalah Hari Kebangsaan kali yang ke-62 mengikut kiraan hari pengumuman kemerdekaan Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka pada 31 Ogos 1957.
SSK ucapkan Selamat Hari Kebangsaan 2019 dan Selamat Maju Jaya kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dengan harapan Malaysia terus maju, aman dan saksama akan kekal selamanya.
'Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih'
No comments:
Post a Comment