KUIH JONGKONG
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
28 Ogos 2019, Rabu
Kuih ni mengingatkan saya kenangan dulu. Setahu saya kuih ni kuih tradisi orang utara. Dulu-dulu masa kecil bonda selalu buat untuk minum petang. Masa tu tahu makan je buat tak reti apalagi nak ambil tahu sukatan bahan. Sampailah ketemu resipi ini. Kalau buat untuk berbuka bulan puasa lagi sedap nyaman sangat... makan sejuk-sejuk meluncur laju je kat tekak. Kalau kena gaya bancuhannya, dia punya lembut gemalai macam cendol.
Bila nak makan cuma siram potongan jongkong dengan santan... biar jongkong-jongkong tu berenang-renang dalam santan... pastu tuang sirap gula melaka. Naa siap! Gabungan jongkong perisa pandan campur lemak lemak masin santan tambah lemak manis sirap gula melaka... boleh bikin lupa stress sekejap... hehhehe.
KUIH JONGKONG
by House of SSKsource : kak-rusnah fotopages
BAHAN- BAHAN :
- 1 cwn Tepung Beras
- 1 sdb Tepung Jagung / Ubi
- 3 cwn Jus Pandan
- 1 sdt Air Kapur
- Pewarna Hijau
CARA PENYEDIAAN :
❀ Sebatikan semua bahan
❀ Kacau atas api sampai berkilat dan benar-benar masak
❀ Tuang dalam loyang atau acuan kecil kecil yang dilenser minyak, biarkan sejuk. Kalau guna loyang, dah elok keras potong dan masukkan dalam mangkuk
❀ Hidang dengan sirap gula melaka berserta santan yang dimasak dan dicampur sedikit garam

1 comment:
Sedapnya kuih jongkong...
Post a Comment