AYAM BIJAN KRISPI
06 September 2019, Jumaat
Cubaan last year. Hasil merempit di google.
Kat google ni kalau dapat resipi tepat puashati. Jika sebaliknya boleh tercabar kesabaran kemurungan satu hari. Dah terkena beberapa kali. Hairannya tak pernah serik pulak. Terus mencari dan mencari bagai orang lapaq. Walhal dalam peti besi tu resipi dah paras tak boleh tutup dah. Kalaulah peti tu boleh bercakap lama dah jerit kat tuannya kata tuannya haloba. Hik... hik... hik... Cheq bukan haloba naa tapi minat.
Tak sia-sia cuba. Makan pun seronok ja. Simple tapi rasa kelasss! Yang sibuk, yang malas masak lauk banyak jenis menu ini sesuai. Buat penggemar masakan ala-ala cina boleh try dan rasai sendiri. Anak anak suka, mak pak lagi suka.
CRISPY SESAME CHICKEN With STICKY SAUCE
by House of SSKsource : Kitchensanctuary
BAHAN A :
- 5 sdb Minyak Zaitun
- 2 biji Telur | dipukul ringan
- 3 sdb Tepung Jagung
- 10 sdb Tepung Gandum
- 1/2 sdt Garam
- 1/2 sdt Lada Putih
- 1/2 sdt Garlic Salt
- 2 sdt Paprika
- 3 keping Dada Ayam | potong dadu
BAHAN B (Sos) :
- 1 sdb Minyak Bijan
- 2 ulas Bawang Putih | cincang
- 1 sdb Cuka
- 2 sdb Madu
- 2 sdb Sos Cili Manis | bergantung pedas disukai
- 3 sdb Sos Tomato
- 2 sdb Gula Perang
- 4 sdb Kicap
BAHAN C :
- Nasi Putih
- Bijan Putih
- Hirisan Daun Bawang
CARA PENYEDIAAN :
Ayam
❀ Panaskan minyak dalam kuali
❀ Sementara minyak panas, satukan tepung gandum + garam + lada putih + garlic salt + paprika dalam satu bekas. Telur dan tepung jagung pula dalam bekas berasingan
❀ Salutkan ayam dengan tepung jagung - celupkan dalam telur - salut dengan tepung berperisa
❀ Goreng dalam minyak panas selama 6-7 minit sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos
Sos
❀ Sebatikan semua Bahan (B)
❀ Tuang ke dalam kuali panas, masakkan sehingga memekat anggaran 2-3 minit
❀ Masukkan ayam yang digoreng tadi
❀ Kacau rata sehingga sos menyaluti kesemua ayam
❀ Angkat dan sajikan panas bersama nasi putih. Tabur bijan dan hirisan daun bawang
# Gandakan Bahan Sos jika mahu bersos lebih

No comments:
Post a Comment