BINGKA KUKUS KELEDEK UNGU
05 September 2019, Khamis
Sebut kuih bingka pasti fikir penyediaannya menggunakan kaedah bakar.
Tapi pernah dengar tak kuih bingka versi kukus?
Bagi saya ia suatu kelainan tapi bagi anda mungkin ada yang pernah dengar dan tahu.
Perbezaan inilah yang mengajak saya untuk cuba.
Saya ingat lagi rasanya.. lembutt, terasa lemak manis paduan keledek dengan santan
Cukup sedapp pada lidah saya yang merasa.
Andai perut tengah lapar tak sedar tau boleh habis separuh loyang seorang.
Aduuhaii cerita pasal rasa bingka pepagi nih teringin pula nak buat lagi
Apa-apa kena cari keledek ungu dulu nanti jumpa kita bingkakan ok..
BINGKA KUKUS KELEDEK UNGU
by House of SSKBAHAN-BAHAN :
- 250 gm Keledek Ungu | buang kulit - timbang - rebus hingga lembut - tos
- 185 gm Tepung Gandum
- 160 gm Gula Pasir
- 200 gm Santan Kotak*
- 300 gm Air* | *satukan
- 1 biji Telur (B)
- 1 sdt Garam / secukup rasa
- Pewarna Ungu
- Bijan untuk tabur atas
CARA PENYEDIAAN :
❀ Panaskan pengukus.
❀ Sediakan loyang 7 in sq, gris dengan sedikit minyak di dasar dan keliling loyang kemudian alas dengan baking paper.
❀ Kisar halus keledek, gula, telur, santan dan garam. Tuang ke dalam tepung. Kacau sebati.
❀ Tuangkan adunan, tabur bijan. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tak menitis atas permukaan kuih
❀ Kukus selama 30 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. Jika cucuk dengan lidi masih melekat maknanya belum masak.
❀ Sejukkan dahulu sebelum potong. Bila dah sejuk tepi-tepi kuih akan renggang sendiri daripada loyang.

No comments:
Post a Comment