LEMAK TAUCU IKAN TENGGIRI TAUHU GORENG
12 September 2019, Khamis
Hari ini nak share satu resipi daripada chef seberang tambak nun.
Beberapa tahun lepas tengok chef tayang masak taucu ni begitu menyelerakan tak fikir panjang terus kiv. Nak buat jap jap tu tak cukup bahan. Bagi saya kalau nak cuba sesuatu yang baru untuk pertama kali sebolehnya biarlah cukup semua bahan. Baru kita tahu dan dapat nilai rasa yang sebenar. Kali kedua ketiga boleh lah adjust ikut selera sendiri pula kalau nak.
Selepas percubaan yang pertama itulah membawa kepada kedua ketiga keempat dan asal teringin. Tak ingat berapa kali yang pasti dah banyak kali.
Rasanya lain tau daripada masak taucu biasa. Yang ini dia punya rasa lagi special campur sayur semua. Daripada cuba-cubaan, sekarang dah jadi feberet keluarga.
Secukup rasa dan sungguh sedap!
source : Chef Joha Hassan

by House of SSKsource : Chef Joha Hassan
BAHAN A :
- 3 keping Ikan Tenggiri | bersihkan - gaul dengan serbuk kunyit + serbuk cili + garam - goreng - ketepikan
- 3-4 keping Tauhu | potong segitiga kecil - goreng - ketepikan
BAHAN B :
- 1/2 inci Lengkuas | hiris/titik saja
- 1 labu Bawang Besar | hiris
- 10 ulas Bawang Merah | hiris
- 1 inci Halia | hiris
- 4 ulas Bawang Putih | hiris
- 1 biji Cili Merah | hiris
- 1 biji Cili Hijau | hiris
- 2 batang Serai | hiris
- 3 sdb Cili Kisar
- 100 gm Kacang Buncis | potong serong
- 3 sdb Santan Pekat
- 1/2 mangkuk Air Asam Jawa
- 2 sdb Taucu | bilas supaya tak masin sangat - lenyek sedikit
- Gula secukup rasa
- Garam jika perlu
- 1 kiub Ikan Bilis
- Minyak Masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN :
❀ Panaskan minyak dalam kuali besar
❀ Masuk bahan-bahan hiris serai, halia, bawang besar, bawang merah, lengkuas, cili hiris & cili kisar. Tumis hingga naik bau
❀ Tuangkan air asam, taucu, santan, sedikit air (jika perlu) dan kiub ikan bilis. Masukkan garam dan gula secukup rasa
❀ Rasa kuahnya (masam, masin, lemak dan manis)
❀ Bila mendidih masukkan ikan dan tauhu yang digoreng tadi. Gaul rata
❀ Kemudian masukkan sayur buncis, gaul dan tutup kuali sebentar
❀ Rasa kuahnya sekali lagi mengikut citarasa. Kuah mesti pedas, lemak dan masam manis
❀ Sajikan panas-panas bersama nasi putih

No comments:
Post a Comment