NASI LEMAK MAMI TANJUNG BERLAUK SAMBAL AYAM SERAI & SAMBAL BILIS
10 September 2019, Selasa
Menu berserta pic yang saya muatkan sejak dapur ini bangkit semula dari lena kebanyakannya yang sudah dicuba tahun lepas. Waktu itu mood untuk snap pic tak tau terbang mana ntah semua ke laut. Asal dapat snap satu dua untuk simpan sendiri cukup. Sebab itu some pic live daripada periuk kuali pun ada. Maaf la noo... Oleh sebab puashati dari segi rasa up juga lah kat sini. Yang kureng dan tak puashati saya tak simpan sini. Kalau nak ulang buat baru snap pic baru adohaii lambat lagi la list yang panjang tu jadi pendek.
Sebenarnya hajat untuk buat nasi lemak ni dah melambai bertahun sudah. Lebih lebih lagi nama mami tanjung kat hujung tu buat teringin sungguh nak rasa apa specialnya. Resipi nasi lemak dengan ayam sambal serai saya ambil pakej daripada dapur Roslan Mamak Haji. Sambal bilis pula adalah versi saya.
NASI LEMAK MAMI TANJUNG
by House of SSKBAHAN-BAHAN :
- 1 kg Beras Biasa
- 200 gm Santan Pekat
- 2 sdb Marjerin
- 1 inci Halia | dititik
- 1 labu Bawang Besar Merah | hiris halus
- 2 helai Daun Pandan
- 2 batang Kayu Manis
- 2 kuntum Bunga Lawang
- 2 sdb Gula Pasir
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN :
❀ Basuh bersih beras dan tos❀ Menggunakan rice cooker masukkan beras. Isikan air secukupnya (nisbah air dengan beras 1:1)
❀ Diikuti semua bahan lain dan masak seperti biasa
❀ Kacau nasi bila mula sejat dan tutup periuk semula. Biarkan masak sempurna
❀ Bila dah masak gemburkan nasi yang di bawah naik ke atas mengguna garfu supaya nasi masak dengan sekata
❀ Biar nasi dalam keadaan 'warm'
❀ Nasi anda siap
SAMBAL AYAM SERAI
by House of SSKBAHAN-BAHAN :
- 1/2 ekor Ayam | bersihkan & potong kecil 1"x 1"
- 100 gm Cili Kering | terpulang ikut kepedasan dan sambal yang diperlukan
- 4 batang Serai
- 2 inci Lengkuas
- 1 inci Kunyit Hidup
- 2 labu Bawang Besar Merah (medium size)
- 3 ulas Bawang Putih
- 100 gm Santan Pekat
- 1 keping Asam Keping
- 2 sdb Gula Pasir atau secukup rasa
- 1 senduk Minyak Masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN :
❀ Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak, angkat dan tos.❀ Kisar serai, lengkuas, bawang merah, bawang putih dengan cili kering berasingan
❀ Panaskan minyak
❀ Tumis bahan kisar sehingga wangi dan air bawang sedikit kering
❀ Masuk cili kisar, tumis hingga pecah minyak
❀ Masuk gula (perang) dan asam keping (pes asam jawa)
❀ Masukkan ayam yang telah digoreng, biar masak sepenuhnya dengan api sederhana
❀ Perasakan dengan garam dan masukkan santan
❀ Bila sambal mula mendidih tutup api dapur dan sedia untuk hidangkan
Catatan HoSSK :
# santan... susu cair
# asam keping... pes asam jawa
# gula pasir... gula perang
# masukkan susu cair + air supaya dapat merenih sampai terbit minyak
# dah mendidih cantik terbit minyak boleh angkat
SAMBAL BILIS
by House of SSKBAHAN-BAHAN :
- 65 gm Cili Kering | potong - buang biji - basuh bersih - rebus hingga lembut (bubuh sikit minyak masak dalam air rebusan) - tos - kisar halus buh minyak masak sikit
- 1 labu Bawang Besar Merah | kisar kasar
- 1 labu Bawang Besar Merah | potong bulat - goreng sekejap sekadar layu sahaja - angkat -ketepikan
- 2 ulas Bawang Putih | hiris halus
- 1 genggam Ikan Bilis | kisar kasar
- 1 genggam Ikan Bilis | goreng garing - ketepikan
- 1 inci Belacan
- 3/4 keping Gula Melaka
- 1 sdt Pes Asam Jawa
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya (untuk renihkan sambal sampai betul betul masak dan terbit minyak)
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA PENYEDIAAN :
❀ Gunakan minyak lebihan goreng ikan bilis untuk tumis sambal❀ Masukkan dahulu belacan, gorengkan sekejap
❀ Masukkan bawang putih, tumis sampai wangi
❀ Masuk ikan bilis kisar. Biar garing sikit baru masuk bawang kisar. Tumis sehingga bawang benar benar masak dan pecah minyak
❀ Masuk cili kisar. Perlahankan api dan biar cili masak
❀ Setelah tumisan cili dah cantik pecah minyak, masuk garam dan pes asam jawa
❀ Tambahkan air dan biar didih
❀ Bubuh gula melaka dan teruskan renih sampai terbit minyak
❀ Masukkan bawang yang digoreng tadi berserta ikan bilis goreng. Kacau rata, angkat
2 comments:
Masha Allah.... sedapnya lauk-pauk nasi lemak mami tanjung... sambalnya tu haaa adeeehhhh! Meleleh liur!
@Amie(sambil senyum) Terima kasih...
Tq jugak sudi singgah dan tinggal jejak
Post a Comment