PARU GORENG LIMAU PURUT BERLADA
13 September 2019, Jumaat
Rindu paru berlada air tangan arwah opah. Suka sangat sedap.
Arwah selalu masak untuk niaga. Tapi sayang waktu hayatnya tak pernah saya tanya resipi cuma tahu makan aje. Pernah sekali dua tengok arwah masak tapi tengok-tengok macam tu jela... tau tau dah siap masak. Jenuh selak buku resipi yang ditinggalkan kot ada tapi tak ada. Sampai sekarang saya boleh ingat lagi akan rasanya. Pergi makan mana-mana kat luar pun masih tak jumpa yang sama. Usahkan sama, mirip pun tak.
Sampai bertemu yang ini. Saya pun cuba mana tau kot sama.
Terubat jugak lah rindu sikit walau tak sepenuhnya.
Yela faham... air tangan lain, ramuan lain, cara lain tentulah tak sama. Tapi kan paru berlada ini pun sedap tau. Rasa pedas, masam manis semua cukup. Makan dengan nasi putih hangat hmmm mau tak cukup sepinggan. Tak cayer... try test tengok caner
PARU GORENG LIMAU PURUT BERLADA
by House of SSKsource : Irni Maizura
BAHAN A :
- 500 gm Paru | rebus - potong agak-agak nipis - gaul dengan serbuk kunyit+garam - goreng - ketepikan
BAHAN B :
(bawang dengan cili dikisar halus berasingan)
(bawang dengan cili dikisar halus berasingan)
- 3-4 labu Bawang Merah Besar
- 5 ulas Bawang Putih
- 10-15 tangkai Cili Kering | ikut pedas
BAHAN C :
- 1 batang Serai | titik
- 4-5 helai Daun Limau Purut
- 1 keping Asam Gelugur
- Garam secukup rasa
- Gula lebihkan sedikit
CARA PENYEDIAAN :
❀ Panaskan minyak (lebihkan minyak untuk menumis)
❀ Tumis bawang merah dan bawang putih kisar hingga wangi
❀ Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak
❀ Masukkan paru, garam, gula, asam gelugur dan daun limau purut. Gaul-gaulkan sehingga mesra
❀ Sesuaikan rasa. Pastikan lebihkan sedikit gula seperti bersira tapi janganlah manis sangat

No comments:
Post a Comment