GERMAN COOKIES
Kukis yang dah lama viral di kalangan bloggers dulu cuma seru tak menyinggah waktu tu... sekarang baru mai.
Rasa memang kelass sedap gilerr. Iras-iras semperit pun ada. Rangup-rangup manja dan cair di mulut. Tak payah susah susah kunyah... masuk mulut terus lenyap.
BISKUT GERMAN
by EJHouseofSSK
Bahan-Bahan :
125 gm Pure Butter
40 gm Gula Aising
125 gm Tepung Kentang
80 gm Tepung Gandum
Cara :
Pukul butter + gula hingga kembang dan putih
Masukkan tepung gandum + tepung kentang yang diayak, uli hingga sebati dan menjadi doh yang lembut
Bentukkan kepada bebola-bebola kecil anggaran 7gm setiap satu/guna sudu sukatan metrik 1/2 tbsp. Atur atas loyang pembakar
Ambil garfu, celup dalam air dan tekan bebola tadi bagi membentuk corak
Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 170C selama 15 minit (suhu dan jangkamasa membakar mengikut oven masing-masing)
No comments:
Post a Comment