NASI LEMAK ROYALE & SET LAUK
03 Disember 2019, Selasa
Gigih menerai nasi lemak royale berinspirasikan nasi lemak royale Loq Staq nun
Resipi daripada Ida Shahida berlaukkan setnya tersendiri... nasi lemak tumis, udang goreng masak kari dan ayam goreng berempah
Cumanya ceq follow nasi ja lauk ceq buat lain
Nak tau ceq buat lauk apa baca sampai abih noo...
Overall memang puashati, marvellous!
Menurut empunya resipi, nasi lemak royale sama ja macam masak nasi minyak cuma bezanya guna santan. Kalau tak suka santan, boleh buat nasi minyak atau boleh kurangkan sikit santan
Bahan dan cara buat just follow this rcp
Nasi lembut, bestt
Link Resipi Untuk 1 Set :
UDANG GORENG KARI https://m.facebook.com/idashahidazulaikha/photos/a.312864815533913/1330805640406487/?type=3&source=48
AYAM GORENG REMPAH MAMAK
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1331441190342932&substory_index=0&id=312061365614258
KUAH KARI MAMAK KOSONG https://m.facebook.com/idashahidazulaikha/photos/a.879380282215694/1235934156560303/?type=3&source=57
CARA MUDAH MASAK NASI LEMAK TUMIS https://m.facebook.com/idashahidazulaikha/photos/a.312864815533913/1330904440396607/?type=3&source=48
Pekena dengan nasi, mantap!
source : DayangJack@DapurKu SaYang
Kena renih agak lama baru terbit minyak. Punn sedap!
Ikut rasa juri yang merasa, depa kata kurang rasa rempah. So lain kali adjust

NASI LEMAK ROYALE
by House of SSK❀ 3 cwn Beras | cuci bersih - tos - rendam dengan 1/2 cwn Air + 1 1/2 sdb Serbuk Kunyit - biarkan selama 15 -30 minit - bersih & toskan - jadi sekarang beras bewarna kuning
❀ Dalam kuali masukkan minyak 3 sudu besar dan panaskan (SSK guna 1 sdb majerin + 2 sdb minyak masak)
❀ Setelah minyak panas tumiskan
- 6 ulas bawang merah | dimayang
- 5 ulas Bawang putih | dimayang
- 1 labu Bawang besar | potong dadu
- 1 inci Halia | dimayang
- 3 Bunga lawang
- 2 Kulit kayu manis
- 5 Biji pelaga
- 4 Bunga cengkih
- 10 biji Lada hitam
- 2 helai daun pandan
(** ada lagi satu cara untuk memasak nasi ini ialah dengan memasukkan kesemua bahan diatas kedalam periuk berserta dengan beras, garam dan gula serta ajinomoto sekali . Rebus naik saja macam kita masak nasi biasa iaitu tanpa ditumis apa apa)
❀ Bila dah bau wangi bawang dan bawang garing masukkan beras. Sederhanakan api dapur dan kacau kacau takut hangus. Kacau sampai minyak meresap semuanya kedalam beras. Padamkan api.
❀ Masukkan beras tadi kedalam periuk letrik ‘cooker’ + 4 cwn Air Panas + 100 ml @ 1/2 cawan Santan Kotak (sukatan air bergantung kepada beras yg diguna, cuma adalah lebih baik jika anda mengurangkan sedikit air dari kebiasaan anda masak nasi sebab kita masukkan santan dan minyak jadi ini juga akan membantu melembutkan nasi nanti)
❀ Tambah 1 sdb Gula, 1 sdk Garam Kasar (sesuai selera), Daun pandan, Ajinomoto (optional). Masaklah seperti biasa.
❀ Jika nasi dah masak agak keras atau kurang air sila tambah air panas 1/2 cawan kedalamnya sambil menggemburkan nasi. Seeloknya bila semua bahan dah dimasukkan ke dalam periuk, rasai dahulu masin manisnya jika ada terkurang tambah. Penggunaan air panas perlu untuk nasi masak dengan elok dan sekata
❀ Dalam kuali masukkan minyak 3 sudu besar dan panaskan (SSK guna 1 sdb majerin + 2 sdb minyak masak)
❀ Setelah minyak panas tumiskan
- 6 ulas bawang merah | dimayang
- 5 ulas Bawang putih | dimayang
- 1 labu Bawang besar | potong dadu
- 1 inci Halia | dimayang
- 3 Bunga lawang
- 2 Kulit kayu manis
- 5 Biji pelaga
- 4 Bunga cengkih
- 10 biji Lada hitam
- 2 helai daun pandan
(** ada lagi satu cara untuk memasak nasi ini ialah dengan memasukkan kesemua bahan diatas kedalam periuk berserta dengan beras, garam dan gula serta ajinomoto sekali . Rebus naik saja macam kita masak nasi biasa iaitu tanpa ditumis apa apa)
❀ Bila dah bau wangi bawang dan bawang garing masukkan beras. Sederhanakan api dapur dan kacau kacau takut hangus. Kacau sampai minyak meresap semuanya kedalam beras. Padamkan api.
❀ Masukkan beras tadi kedalam periuk letrik ‘cooker’ + 4 cwn Air Panas + 100 ml @ 1/2 cawan Santan Kotak (sukatan air bergantung kepada beras yg diguna, cuma adalah lebih baik jika anda mengurangkan sedikit air dari kebiasaan anda masak nasi sebab kita masukkan santan dan minyak jadi ini juga akan membantu melembutkan nasi nanti)
❀ Tambah 1 sdb Gula, 1 sdk Garam Kasar (sesuai selera), Daun pandan, Ajinomoto (optional). Masaklah seperti biasa.
❀ Jika nasi dah masak agak keras atau kurang air sila tambah air panas 1/2 cawan kedalamnya sambil menggemburkan nasi. Seeloknya bila semua bahan dah dimasukkan ke dalam periuk, rasai dahulu masin manisnya jika ada terkurang tambah. Penggunaan air panas perlu untuk nasi masak dengan elok dan sekata
Link Resipi Untuk 1 Set :
UDANG GORENG KARI https://m.facebook.com/idashahidazulaikha/photos/a.312864815533913/1330805640406487/?type=3&source=48
AYAM GORENG REMPAH MAMAK
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1331441190342932&substory_index=0&id=312061365614258
KUAH KARI MAMAK KOSONG https://m.facebook.com/idashahidazulaikha/photos/a.879380282215694/1235934156560303/?type=3&source=57
CARA MUDAH MASAK NASI LEMAK TUMIS https://m.facebook.com/idashahidazulaikha/photos/a.312864815533913/1330904440396607/?type=3&source=48
Pekena dengan nasi, mantap!
UDANG GORENG KARI
by House of SSKsource : DayangJack@DapurKu SaYang
BAHAN-BAHAN :
- 10 ekor Udang XL | bersihkan - lumur sedikit serbuk kunyit & garam
- 1 labu Bawang Besar | mayang
- 3 ulas Bawang Putih | cincang
- 1 inci Halia | cincang
- 2 sdb Serbuk Kari Ikan | bancuh dengan sedikit air
- 1 sdk Biji Sawi
- Sedikit Serbuk Cili (optional)
- 1 tangkai Daun Kari
- 1 sdk Gula Perang/Gula Pasir
CARA PENYEDIAAN :
❀ Goreng udang hingga masak. Ketepikan
❀ Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi hingga naik bau
❀ Masukkan daun kari, bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga pecah minyak
❀ Tambah sedikit air jika perlu
❀ Perasakan dengan garam dan gula.
❀ Akhir sekali barulah dimasukkan udang goreng tadi. Gaul-gaulkan sebati
❀ Angkat dan hidangkan
Catatan HoSSK :
# tambah 1/4 tsp pes asam jawa
❀ Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi hingga naik bau
❀ Masukkan daun kari, bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga pecah minyak
❀ Tambah sedikit air jika perlu
❀ Perasakan dengan garam dan gula.
❀ Akhir sekali barulah dimasukkan udang goreng tadi. Gaul-gaulkan sebati
❀ Angkat dan hidangkan
Catatan HoSSK :
# tambah 1/4 tsp pes asam jawa
Kena renih agak lama baru terbit minyak. Punn sedap!
SAMBAL TUMIS TELUR REBUS
by House of SSKBAHAN A :
- 7 biji Telur | rebus & kupas kulit
- 1 sdk Pes Asam Jawa Adabi
- 1 sdb Sos Tiram
- 1 sdb Sos Tomato
- 1 labu Bawang Besar | hiris bulat
- Garam & Gula secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN B (kisar halus) :
- 7 ulas Bawang Merah
- 1 ulas Bawang Putih
- 1 keping hirisan Halia (sikit je ye)
- Sedikit Belacan
- 11 tangkai Cili Kering | rebus & kisar asing dengan bahan lain
- 3 tangkai Cili Merah
CARA PENYEDIAAN :
❀ Goreng telur hingga berubah kepada warna agak keperangan, angkat dan toskan
❀ Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana panas dan masukkan bahan kisar
❀ Masukkan gula... masuk awal supaya warna sambal akan cantik dan agak gelap. Tumis sehingga pecah minyak kemudian kecilkan api. Renihkan perlahan-lahan sehingga sambal kelihatan garing dan warna lebih gelap
❀ Seterusnya masukkan air serta asam jawa dan bawang besar yang dipotong bulat. Teruskan memasak sehingga kuah sambal menjadi agak pekat
❀ Perasakan dengan garam, sos tiram, sos tomato, serbuk perasa jika suka. Kacau seketika dan sesuaikan rasa mengikut citarasa
❀ Masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sambal bersalut dengan telur
❀ Hidangkan dengan menu pilihan lain
Catatan HoSSK :
# kena renih lama sampai terbit minyak
# masa masuk air masuk jugak segenggam ikan bilis + 1/4 labu bawang merah besar med size yang dikisar
# tmbh sikit je pati ikan bilis
# 1 sdm paras biasa gula perang
# 1 1/2 cwn air

AYAM GORENG BEREMPAH MAMAK
by House of SSKBAHAN-BAHAN :
- 1 ekor Ayam | potong 8 - cuci bersih
- 3 sdb Tepung Jagung
- 1 sdb Tepung Beras
- 1 sdb Pes Halia
- 1 sdb Pes Bawang Putih
- 1 sdb Rempah Kari Daging
- 1 sdb Serbuk Cili
- 1 sdb Serbuk Kunyit
- 1 sdk Lada Sulah
- 1 biji Limau Nipis
- 1 sdk Gula
- Garam secukup rasa
- Minyak yang banyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN :
❀ Gaulkan rata tepung jagung, tepung beras bersama bawang putih dan halia
❀ Masukkan serbuk kari,serbuk cili, serbuk kunyit, lada sulah, garam, gula dan perahan air limau nipis. Kacau rata
❀ Masukkan ayam dan sedikit air. Perap selama 20- 30minit
❀ Goreng ayam secara deep fry. Waktu masukkan ayam pastikan minyak betul-betul dah panas. Lepas ayam dah masuk perlahankan api dan gorengkan hingga garing. Angkat & toskan.
❀ Siap untuk dihidangkan.
❀ Boleh juga digoreng size besar. Lepas goreng potong-potong ala2 macam kat kedai mamak

No comments:
Post a Comment