RENDANG MAMAK
Lauk versi jimat. Ramai2 makan kat kedai jenuh la nak bayar. Orang dulu2 kata rendang mamak... daging kicap pedas pun boleh juga kut. Senang je masak ni sebab tak buh santan. Bahan simple bubuh-bubuh gitu jaa... tak ada sukat-sukat digital noo... yang penting dia duk atas dapur jenguk sat2 ja... hahahha
Daging 1 kg potong kiub atau nipih2.
Cuci bersih, tos ayaq pastu buh dalam kuali
Potong/mayang bawang besar 3 atau 4 labu yang sedang2 besar
Bawang putih
Halia
Serai 1 batang
Jintan manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga
Buah keras
Rempah kari daging 1 bungkus
Cili kisar 2 senduk (agak2 sedang2 pedas)
Masuk semua ni dalam kuali bubuh air dan rebus sampai daging empuk serta kuah agak2 pekat
Boleh bubuh tomato 1 biji potong kiub kecik2
Boleh buh kiub daging kalau suka
Masa ni boleh buh kicap lemak manis kurang 1/2 cawan dengan air asam jawa sikit jaa, gula 1 sudu, boleh buh serbuk perasa jika suka
Potong bulat 2 labu bawang besar
Pastu tumis dalam kuali lain
Nampak bawang dah layu masuk daun kari
Dah wangi tuang masuk ke dalam kuali daging tadi, kacau2 sebati sebentar
Siap
Ada yang panggil lauk nih daging masak hitam mami
No comments:
Post a Comment