Assalamualaikum...
Sebagai pembuka tirai untuk minggu ini, saya sajikan anda semua dengan kuih yang popular...apam pisang...kuih yang mudah, ringkas dan tidak banyak kerenah. Sesiapa yang mencuba pertama kali jangan risau, resepi confirm menjadi dengan apam yang lembut dan gebu. Kalau anda semua lihat apam ni warnanya sedikit gelap sebab pisang emas yang digunakan telah ranum sangat. Juga adanya penambahan horlicks kerana horlicks yang ada di dapur tu dah hampir nak expired...Jom...
APAM PISANG
Bahan-Bahan:
2 biji telur (A)
45 gm brown sugar
[pada saya sedang elok je manisnya..siapa suka lebih manis..tambah lah ya..]
185 gm pisang emas yang dilecek
100 gm tepung gandum
1/2 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp baking powder
4 sudu makan horlicks
75 gm minyak jagung
secubit garam
45 gm brown sugar
[pada saya sedang elok je manisnya..siapa suka lebih manis..tambah lah ya..]
185 gm pisang emas yang dilecek
100 gm tepung gandum
1/2 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp baking powder
4 sudu makan horlicks
75 gm minyak jagung
secubit garam
Caranya:
Gaulkan pisang yang telah dilecek tadi dengan soda bikarbonat dan secubit garam. Ketepikan.
Pukul telur dengan gula hingga kembang dan kelihatan pekat berkrim.
Masukkan minyak, pukul rata dan sebati.
Kemudian masukkan pisang, gaul rata.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder, digaul rata.
Menggunakan acuan yang telah disapu sedikit minyak, tuangkan adunan dan kukus dalam kukusan yang mendidih selama 20 minit.