14
Kek Kukus Epal



Assalamualaikum...


Tengahari semalam lepas siap memasak sambil menunggu anak-anak pulang dari sekolah.....ada free sekejap.....kemas-kemas lah rak buku yang dah tak sedap mata memandang tu. Pelbagai buku daripada ilmiah sehinggalah pada masakan dan majalah. Bila tiba pada buku masakan, tetiba jatuh sehelai kertas daripada sebuah buku bertulisan tangan tertera resepi 'steamed apple cake'. Saya kenal tulisan pada kertas tu tulisan saya tapi tak ingat bila masa saya salin.....even daripada mana dapat pun tak tau sebab tak pulak dituliskan sekali. Malas nak fikir panjang.....terus ke dapur bereksperimen. Hati tertanya-tanya samada sukses ker tidak ker......




Dalam fridge ada tinggal 2 biji epal hijau.....dah dua tiga hari terbiar tergolek-golek.....agaknya rakyat kat umah ni dah jemu kot sebab tu tak berusik. Alang-alang membazir, saya gunakan lah.....Membuatnya tak lah remeh mana, mengukusnya pun cuma 10 minit aje.....sekelip mata dah siap boleh terus makan. Tak rugi saya mencuba sebab kek ni teksturnya halus, lembut dan gebu sesangat.




Overall sukses.....cuma rasa epalnya tu kurang. Agaknya kalau ada esen epal, tambahkan sedikit.....pasti rasa epal akan lebih menyerlah. Walau apa pun memang sedapp.....gebusss.....
Okeylah, sebelum helaian kertas tu menghilang terbang melayang dengan resepinya sekali.....saya taip semula di sini sebagai rujukan. 


KEK KUKUS EPAL
sharing : Iza Akma SSK


Bahan A :
2 biji telur (gred B)
65 gm gula kastor
1 tsp ovalet

Pukul bahan A sehingga kembang dan pekat.




Bahan B
130 gm tepung superfine 
1/2 tsp baking powder 
1/4 tsp soda bokarbonat 

Satukan bahan B.
Masukkan ke dalam adunan telur yang telah dipukul kembang tadi berselang-seli dengan minyak jagung pada bahan C.
Teruskan memukul sehingga sebati. Ketepikan.




Bahan C :
1 biji epal hijau
secubit garam
70 ml minyak jagung

Potong apple kecil-kecil. Blend bersama garam dalam pengisar kering sehingga halus.
Tuangkan kedalam adunan di atas, kaupbalikkan hingga rata.
Isikan adunan dalam acuan kecil-kecil. 
Kukus selama 10 minit dengan api kuat.




14 sweet comments:

cik cek said...

Cantiknya....suka kaler hijau tu...Iza guna acuan camana rupanya ek...bekenan lak kak cek...:D

AZLITA AZIZ said...

comelnya...
Dan nampak sangat menarik!
boleh cuba ni..

tun_telani said...

cantiknyer mould akak!! rasa mcm apam ke mcm kek kak? nmpk mcm apam yg comel.. hihi

ps: kalau akak buat pop up window utk komen ni lg senang kot nk komen.. hihi. skrg intenet tun kureng kset, dgn laptop yg x berapa nk sihat ni, lg laa slow loading page. kalau wat komen appear dlm window yg lain laju sket kot kuar kotak komen nih. =)

Chik Mimi said...

cantik menarik dan tertarik

hazila said...

Cantik....

Wanieyra said...

Salam Iza...

Cantiknya kek ni....geram tengok! Mcm mana rupa acuannya...

Sue @ Nenie said...

Salam..Ohhh cantiknya bentuk kek kukus ni....

CT Delima said...

As'salam Iza

sukalah tengok, cantik. bolehlah k.ct cuba buat nanti. buah epal memang sentiasa ada dalam petiais tu :D

Lieya said...

Amboiiii... mesti sedap ni secantek rupenye... salam singgah siniii

rahel said...

Selamat malam Iza..cantik2 kek epal tu..bole cuba ni.

quinnie said...

salam kenal..cantiknya..:)

MultiAnn2012 said...

Kek tu buat sendiri ke atau gambar internet..kalau buat sendiri, alang2 snap gambar kek nape tak ambil sekali gambar cara membuatnya boleh juga kita belajar macam mana cara nak susun warna supaya jadi cantik macam tu..

Ezan Rosli said...

Ape tepung superfine tu..

Ezan Rosli said...

Salam.. Ape tepung superfine tu. Boleh ganti dengan tepung lain tak..