13
Talam Kacang Merah


Kuih talam ni saya buat untuk minum petang semalam. Tiba-tiba teringin pulak nak makan kuih yang ada kacang merah. Rancangan awal, rebus kacang merah nak buat kuih kasui.....lastnya tukar  buat kuih talam. Bila timbang semula kacang merah rebus tu ada 160gm.....resepi nak kan 150gm.....ishh, alang-alang tinggal masukkan jer laa semua.  Kira menderkaha juga ler.....aah tak kisah lah.....kita yang buat die,  kann.....


Kacang merah tu pula, terpulang sama ada nak lenyek hancur atau kasar-kasar.....saya suka kasar-kasar sebab bila dipotong nampak kacang-kacang.....masing-masing citarasa lah yer.....
Kuih ni nyonya style.....jadi teksturnya lembut dan kenyal-kenyal manja gitu.....


TALAM KACANG MERAH

Bahan-Bahan :
   150 gm kacang merah yang telah direbus lembut
   sedikit pewarna merah
Bahan A :
   100 gm tepung beras
   125 gm tepung sago
   200 gm santan pekat (dlm kotak)
   300 gm air

Bahan B (Sirap) :
   170 gm gula pasir (+/-)
   250 gm air
   5 helai daun pandan,   
   disimpul


Caranya :
  • Satukan bahan (B) dan masak hingga gula larut. Ketepikan.
  • Satukan bahan (A), kacau hingga rata. Tuangkan sirap, kacau lagi hingga sebati dan tidak bergentel. Asingkan adunan kepada 200 gm dan warnakan dengan pewarna merah, 200 gm lagi dibiarkan plain.
  • Manakala adunan selebihnya dicampurkan dengan kacang merah yang telah direbus lembut. Tuangkan dalam periuk tak lekat, masak atas api kecil sehingga naik wap dan adunan hampir pekat. Kemudian tuangkan dan ratakan adunan ke dalam loyang 8" bulat yang dialas plastik. Stimkan dalam kukusan yang telah benar-benar mendidih dengan api kuat selama 5 minit.
  • Tuangkan adunan merah dan kukus lagi selama 5 minit. Akhirnya tuangkan adunan plain dan stimkan atas api yang sederhana selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Nota SSK:
Untuk semua kuih talam, biasanya setelah kuih masak.....saya akan buka penutup kukusan, kecilkan api dan biarkan untuk anggaran 20 minit lagi supaya bahagian atasnya akan cantik kering.


4
Ayam Kicap Berempah Harum


Kat umah ni susah nak jumpa menu lain selain ayam, ikan.....ikan, ayam.....pusing-pusing tang tu jugak. Apa nak buat.....budak-budak kan suka ayam.....kita pulak lagi suka ikan.....jadi untuk penuhi selera diorang.....ikut saja laa. Masa zaman saya kanak-kanak dulu, selalu ayam masak lemak, kari, sup, sambal, kicap.....paling simple goreng dan kalau nak special sikit ayam masak merah. Tapi sekarang masakan -masakan seperti tu dah dipelbagaikan. 
 Macam n3 kali ni, asalnya seperti masak kicap tapi bila dah ditambah itu ini.....jadilah satu menu yang lain dengan nama yang lain juga.....cuma saya ada tambah kentang.  Resepi saya tukil dari dapur Dayang  yang bukan saja pupular dengan masakan lauk-pauk juga dessert serta  kek dan kek coklat ciptaannya. Dah banyak juga resepi-resepi Dayang yang saya cuba.....semuanya sedap-sedap belaka. Thanx Dayang.....


AYAM KICAP BEREMPAH HARUM

Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam - optional
1 sudu makan cili giling
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
hirisan daun sup secukupnya
sedikit garam

Bahan-Bahan Kisar :
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas


Caranya :
  • Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
  • Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dan sebagainya ya mengikut citarasa sendiri)
  • Hidangkan panas-panas setelah masak.


8
Talam Sagu


Masa singgah di dapur teman-teman.....kebanyakannya menayang kuih talam sagu.
Secara kebetulan malam semalam sedang saya menyelak-nyelak buku Aneka Talam & Kuih Lapis Puan Hanieliza atau lebih dikenali ramai sebagai Kak Liza.....jumpa lah resepi talam sagu ni dalam buku tu .
Apalagi, pagi tadi saya pun cuba. 
Ye laa.....sedap sangat kuih ni.....especially bila tergigit tang sagunya yang kenyal-kenyal tu ditambah lagi dengan kelemakkan lapisan atasnya.....tak boleh nak cakaplah.....memang sedap!!. Dimakan dingin pun sedapp.


TALAM SAGU

Bahan Lapisan Bawah:-
2 cawan santan
1 cawan sagu
1/2 cawab gula pasir
sedikit garam
sedikit pewarna merah 

Caranya:-
  • Gaulkan semua bahan hingga sebati. Tuangkan dalam loyang dan kukus selama selama 30 minit atau biarkan sehingga sagu betul-betul masak dan kelihatan jernih.
  • Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Bubuh adunan lapisan atas.


Bahan Lapisan Atas:-
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

Caranya:-
  • Gaulkan semua bahan hingga rata.
  • Tapiskan ke dalam kuali/periuk tak lekat, kacau sebentar atas api.
  • Apabila naik wap saja (tidak sampai pekat ya, kalau pekat nanti bila dilapiskan atas lapisan sagu kelihatan tidak licin) tutup api dan terus tuangkan ke atas lapisan sagu tadi.
  • Kukus semula selama 20 minit.


5
Bun Kentang


Sambil-sambil masak kat dapur tu.....ni nak n3 bun kentang yang sempat dibuat semalam. Hari tu lepas membelek resepi-resepi roti dalam e-book Ros JintanManis..... terus tangkap cintan dengan resepi Bun Kentang Ros. Walaupun saya lihat dah banyak n3 bun/roti kentang dalam dapur teman-teman lain.....tapi di dapur ni  masih belum lagi kerana itu saya bersemangat untuk  mencuba. 
Rasa bun kentang ini tak perlu lah saya terjemahkan  lagi sebab semua dah tahukan  resepi-resepi roti yang Ros kongsikan  memang menjadi.....lembut, gebu dan sedap. Sememangnya kepakaran Ros dalam pembuatan roti tidak boleh disangkal lagi.....
Terima kasih Ros.....


BUN KENTANG

Bahan-Bahan:-
350 gram tepung roti
90 gram kentang (ditimbang selepas direbus dan dilenyek)
1 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti.
150ml cecair ( 100ml susu kacang soya + 50ml air suam)
-- susu soya boleh ganti dgn susu segar
1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun nanti.

Bahan Untuk Kastard:-
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

Cara Menyediakan Sos Kastard:-
  • Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu.
  • Jika terlalu pekat, tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.

Cara Menyediakan Roti:-
  • Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM, masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut.
  • Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut--ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbuk kan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagikan doh pada 16 bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. (Pastikan loyang atau dulang pembakar disapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti)
  • Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Kalau inginkan permukaan bun kentang lebih berkilat, apabila siap dibakar, terus sapu permukaan bun dengan marjerin atau butter.


8
Blended Orange Cake


Assalamualaikum...

Zaman remaja dulu kalau nak buat kek.....my mom selalu pesan pukul adunan tu biar sampai betul-betul kembang dan putih supaya bila bakar nanti kek akan naik dengan cantik dan tidak bantat.....tak kiralah pukul dengan senduk kayu atau pun dengan mixer.
Bila era baru ni.....macam-macam teknik baru muncul dalam pembuatan kek. Terbaru dan tengah hot sekarang ialah kek yang kaedah membuatnya tidak perlukan mixer.....just guna blender.....magic kan..... 
Jika hanya dengan blender sudah boleh menghasilkan kek yang gebu.....setanding dengan kek yang dimixer.....ini sudah hebat.....sudah boleh simpan mixer dalam stor.....hehehe.....


Pendek kata pada siapa yang tiada mixer atau rasa malas nak keluarkan mixer.....boleh lah mencuba resepi yang fabulous and marvellous ini. Resepi saya intai di MyResepi diketengahkan oleh kak Fida. Saya tengok kek ni dah pun berlegar-legar sana-sini.....ramai yang dah mencuba.
Kek oren ni sungguh sedap.....lembut dan lembap.....paling penting  mudah dan cepat.....pejam mata pun dah boleh siap.....thanx kak Fida. Okay.....jom semak resepi.


BLENDED ORANGE CAKE

Bahan-Bahan:-(loyang 9 inci)
1 bji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus  
(sy guna 1 1/2 cwn ...sorry ya, pembetulan --> 150gm anggaran  3/4 cwn saja - bergantung pada manis limau)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
(saya guna self-raisng flour + 1 tsp baking powder)
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )


Caranya:

  • Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah.
  • Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
  • Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yg beralas dan digris (saya guna loyang 8").
  • Bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. Supaya kek tak merekah, gunakan suhu dan masa yang sesuai dan letak loyang di bahagian tengah rack dalam oven.


6
Acar Timun Berempah

Dah makan tengahari ke semua? Jarum jam pun dah tunjuk kol berapa.....tentu laa sudah kan.....lagi mau tanya. Ni nak tanya lagi, u all makan lauk apa hari ni ya?


Hari ni saya masak acar timun berempah sebagai menu sayuran. Saja-saja nak tukar selera. Acar ni berlainan sedikit daripada acar yang biasa tu. Kalau tengok namanya pun dah tau kan.....acar ni selain rasa masam-masam.....juga ada rasa rempah-rempah sikit. Makan bersama nasi apa pun tak kisah lah.....tapi kalau dapat nasi panas-panas lagi lah sedap.
Resepi saya skodeng dari FP kak Rusnah. 
Resepi asal takde telur tapi saya tambahkan telur puyuh kerana anak-anak suka. Bila saya cari balik n3 tu dalam FP kak Rus, tak jumpa la pulak. Tak apa, link rumah kak Rus pun dah ada tuu.....pepandai u all selongkar kat sana ya. Nasib baik resepi saya dah copy n save dalam folder masih ada.....belum delete lagi.....kalau tak jenuh juga nak menaip semula.....



ACAR TIMUN BEREMPAH

Bahan-Bahan:
1 kati timun dipotong memanjang seperti membuat acar
40 sen udang kering direndam dan ditumbuk kasar  *saya buat dlm 3sdm
10 biji cili merah dibelah
10 biji cili hijau dibelah
4 biji bawang besar dibelah-belah
1 cawan cuka
garam dan gula seenak rasa

Bahan DiKisar:
2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
2 sudu teh serbuk kunyit (kak rus guna kunyit segar)

Bahan Menumis
5 ulas bawang merah dimayang
5 ulas bawang putih dimayang
2 inci halia dimayang
sedikit kulit kayu manis,bunga cengkih,halba dan biji sawi


Caranya:
  • Panaskan minyak dan tumislah halba, kayu manis dan biji sawi hingga harum baunya.
  • Kemudian masukkan bahan yang dimesin, kacau sebati dan biarkan garing baru masukkan udang kering.
  • Masukkan cuka, garam dan gula biarkan mendidih baru masukkan timun, bawang besar dan cili, balik-balikkan dan tutup api.
  • Sejukkan dan boleh dihidangkan.

Nota:
--saya tambahkan 15 biji telur puyuh yang direbus dan digoreng sekejap.....dimasukkan dalam masakan bila masakan dah hampir masak.
--untuk ketumbar, jintan manis & jintan putih saya gunakan yang biji.
--saya juga gunakan kunyit hidup dalam anggaran 1inci.


3
Banana Oreo Muffin

Masih lagi projek nak menghabiskan baki pisang lebih daripada buat Kek Pisang Marble Susu hari tu. Keinginan nak buat muffin pisang bercampur oreo dah lama. Bila ke pasaraya, lalu kat tempat biskut.....nampak oreo teringat nak buat muffin ini.....jadi kita pun rembatlah dua tiga pek. Last-lastnya belum sempat jadi muffin, oreonya dah habis dikerjakan anak-anak. Kali ini beli oreo.....awal-awal lagi dah bagitau kat anak-anak yang oreo ni untuk projek mak tau.....jangan kacau. Jadi, dapatlah oreo ni ku muffinkan....hehehe....


Resepi saya ambil daripada SINI.
Saya telah melakukan sedikit pengubahsuaian pada resepi. Hasilnya sedap.....muffin ni agak lembut, lembab, menyerupai tekstur kek, sangat beraroma pisang selain aroma Oreo. Saya bagi 5-star untuk muffin ini.  Paduan pisang dengan oreo memang sepadan. Malah muffin ini lebih terasa keenakannya setelah disimpan semalaman dalam bekas kedap udara.
So here is my version.  Maaf ya, resepi dalam english.....puan dapur sibuk sikit tak sempat nak translate....tapi walau dalam english, masih boleh faham kann.....


BANANA OREO MUFFIN

Ingredients:
220g butter, room temperature
160 caster sugar 
4 large eggs
1.5 tsp vanilla essence / extract
250 gm  bananas, mashed with fork 
200g plain flour
20g cornflour 
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
25 ml evaporated milk
25 gm natural yogurt
100 gm Oreo Cookies blended till fine crumbs (blend together oreo with the cream)
12 - 16 pieces of Oreo mini cookies for garnishing (optional)



Method:
  • Preheat the oven to 175C. Prepare a baking tray with about 16 muffin cups.
  • Sift the flour, cornflour, baking powder and baking soda together and set aside.
  • In a large mixing bowl, cream the butter and caster sugar together till light and fluffy. 
  • Crack an egg in the mixture one at a time, making sure it is well blended before adding the next.
  • Add in mashed bananas, vanilla extract and mix well again.
  • Now add in half of the sifted flour and mix well. Follow by adding the evaporated  milk and yogurt, mix again. Then add in the other half of sifted flour and mix till just combined.
  • Lastly, stir in the blended Oreo crumbs and mix till uniform.
  • Pour the cake batter into the muffin paper liners all the way to 3/4 full. Top it off with a small Oreo cookie and repeat till all the batter has been used up.
  • Bake in the preheated oven for 20 to 22 minutes still the tester comes out clean. Remove muffins from oven and let cool on rack before serving.

Nota:
Kuantiti gula boleh ditambah jika pisang yang digunakan kurang manis. Oleh kerana pisang berangan yang saya gunakan telah masak ranum tambah lagi dengan penggunaan cream oreo, maka kuantiti gula 160gm dalam resepi di atas,  pada saya.....just nice.




16
Ikan Tenggiri Masak Hijau


Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa nama menu kali ini tenggiri masak hijau.....tapi tengok tak hijau pun. Pertama kali saya tengok menu ini kat dapur Yatie, berkerut gak dahi. Tapi bila baca penerangan Yatie seterusnya.....baru laa faham.....ghupernya lada hijau dan daun kari yang berwarna hijau itulah yang membuatkan masakkan ini diberi nama ikan masak hijau.
Resepi ni ringkas.....ramuannya pun mudah.....sesuai bagi mereka yang terkejar-kejar masa. Tapi berbaloi kerana menu ini sedap banget....makan sampai menjilat jari.....jangan sampai jilat pinggan sudah lah iye.....nampak buruk pulak laku.....hehehe. 
Yatie, minta halal saya letak resepi di sini.....terima kasih share resepi yang cukup enak.....



IKAN TENGGIRI MASAK HIJAU

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan pari - dipotong, bersihkan dan toskan **saya gantikan dgn 3 keping ikan tenggiri medium size
1 tangkai daun kari
3 batang cili hijau, di potong serong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan air atau lebih.
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
garam & sedikit gula

Bahan Ditumbuk/Dikisar Halus:
2 ulas bwng putih
3 biji bwng merah
1/2 inci halia
4 biji cili merah **saya guna 2 cili merah & 2 cili hijau
4 biji cili padi merah
sedikit belacan


Caranya:
  • Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
  • Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
  • Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yang dipotong serong.
  • Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
  • Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih hangat.




2
Kek Pisang Marble Susu




Mencampurkan pisang ke dalam adunan kek menjadikan kek lembap selain enak dimakan.
Masa blogwalking dapur Ros hari tu, ternampak Ros tayang kek pisang marble susu yang kelihatannya sedap. 
Pisang pun ada sebab dah beli siap-siap untuk buat kek ni.  Pada tekak saya laa kan.....ternyata memang sedap kek pisang ni.....lebih-lebih lagi bila ditambah dengan lorekkan coklat.....tekstur keknya gebu dan lembut.....


Maaf semua ya.....buat masa ini mungkin blog Ros Jintan Manis (tuan punya resepi) ada masalah sikit.....tak boleh akses..... 
Nampaknya kena lah saya cari daripada sumber lain. Cari punya cari.....jumpa kat  dapur Mas Duniaku Jadi saya copy daripada dapur Mas jer lah......okay.....Mas izinkan ya.....


KEK PISANG MARBLE SUSU

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur
* sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko


Caranya:
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
  • Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
  • Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu.
  • Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai.

Nota:
Saya gunakan loyang 8.5in x 8.5in dan dibakar pada suhu 170 darjah celcius menggunakan api bawah with fan selama kira-kira 30-35 minit. Tempoh membakar bergantung kepada saiz loyang yang digunakan & juga jenis oven masing-masing.




5
Rendang Nangka


Assalamualaikum...

Rendang daging atau ayam dah tahu macam mana rasanya. Begitu juga dengan masak lemak atau kari nangka. 
Masakan rendang nangka bukanlah satu yang pelik.....malah tentu ramai yang telah pun mencubanya. Sebabkan teringin sangat nak merasa pabila nangka dibuat rendang.....saya mengambil resepi Puan Hanieliza a.k.a kak Liza untuk dicuba.
Semua tahukan, masakan air tangan kak Liza memang sedap dan sesiapa yang mencuba pasti tidak kehampaan. Terima kasih kak Liza.....pinjam resepi ya, untuk dimuatkan dalam dapur ini pula.....


RENDANG NANGKA

Bahan-Bahan:
1 kg nangka muda
250 gm daging
1/2 cawan minyak masak
5 cawan pati santan
1/2 cawan gm kerisik
3 keping asam keping
3 helai daun kunyit [koyakkan]
garam

Bahan-Bahan DiKisar:
5 batang serai
5 cm halia
5 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
15 biji ciliapi

Caranya:
  • Nangka dibersihkan dan dipotong-potong kemudian direbuskan hingga empuk/lembut. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan hahan-bahan kisar tadi hingga garing.
  • Masukkan santan, garam, nangka dan daging.
  • Masakkan sehingga pekat dan daging & nangka lembut.
  • Setelah itu masukkan daun kunyit dan kerisik. Kacau sekali sekala hingga kering dan naik minyak.
  • Hidangkan..


1
Award Mama Noor Safone



Award Friendship Forever daripada Mama Noor Safone ni dah lama tersimpan.....baru hari ini dapat gantung.  
Maaf Mama Noor....lambat gantung....tapi rasanya belum terlewat kan.  Walaupun blog beliau masih baru tapi telah berjaya menarik minat ramai dengan lebih 500 pengikut.....satu kejayaan yang dikira boleh dibanggakan.....tahniah, Mama Noor.....
Terima kasih Mama Noor dengan award bunga ros yang cantik ini. Semoga blog Story of Mama akan lebih mantap, popular dan terus meletup dengan resepi-resepi yang lebih hebat.
Diharapkan  persahabatan alam maya kita ini akan berkekalan.....insyaAllah.....




9
Ayam Varuval


Bila surf internet.....saya dapati ada pelbagai versi masakan ayam varuval. 
Saya kurang pasti pula asalnya masakan ayam varuval ni,  tapi bila lihat pada nama dan ramuannya yang menggunakan banyak rempah ratus.....mungkin merupakan salah satu masakan Indian Style.
Kalau dah indian style.....tak payah nak describe panjang lebar lagi.....semua dah sedia maklum.....tentulah rasanya ala-ala berempah,  kann....
Okay,  tak payah panjang-panjang cerita.....resepi ini sekali lagi daripada koleksi majalah SAJI. Jom semak resepi.....


AYAM VARUVAL

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
garam & gula

Bahan A:
rempah penumis 4 sekawan
daun kari

Bahan B:
10 ulas bawang merah, dihiris
1 sudu makan biji jintan manis
1 sudu makan biji jintan putih

Bahan Kisar(pes):
2 labu bawang besar
5 inci halia
1/2 cawan cili kisar
2 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu makan serbuk jintan putih
2 inci kunyit hidup

Caranya:
  • Panaskan minyak dan tumiskan dahulu bahan pes sehingga pecah minyak dan ketepikan.
  • Sementara menunggu bahan pes masak, lumurkan ayam dengan sedikt saja serbuk kunyit. Dalam kuali yang lain, goreng ayam hingga masak, angkat dan ketepikan.
  • Gunakan minyak lebihan menggoreng ayam untuk menumis bahan A (jika minyak banyak keluarkan sikit). Selepas itu, masukkan bahan B dan tumis lagi sehingga naik bau selama lebih kurang empat hingga lima minit (baik-baik ya....jangan sampai hangus pulak).
  • Kemudian masukkan bahan pes yang telah dimasak tadi. Tambahkan sedikit air dan masukkan ayam, garam dan gula. Gaul selama empat hingga lima minit lagi. Jika sudah cukup rasanya bolehlah tutup api dan angkat. Sama ada gravynya  sedikit basah atau pun kering.....terpulang pada individu.

4
Cucur Tauhu Bawang Goreng


Jika sebelum ini sudah ada pelbagai resepi cucur. Antaranya cucur savouri yang popular seperti cucur bawang, udang dan bilis manakala cucur manis seperti pisang, labu, sukun, durian dan mungkin banyak lagi cucur-cucur yang lain.
Apa kata kali ini kita jadikan cucur tauhu sebagai menambah koleksi resepi cucur yang sedia ada. Resepi dipetik daripada akhbar Metro.
Jom semak resepi.....


CUCUR TAUHU BAWANG GORENG

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum  **sy guna 1 1/2 cawan
3 keping tauhu, hancurkan kasar
(update: gunakan tauhu keras, ya..)
2 biji cili merah
100 gm udang kecil (gaul dgn kunyit dan goreng seketika)  **sy guna 200gm
2 tangkai daun sup dan daun bawang
1/2 cawan bawang goreng
air secukupnya  **dgn kuantiti tepung 1 1/2 cwn sy guna anggaran 3/4 cwn air dimasukkan sikit demi sedikit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Caranya:
  • Satukan tepung dengan bahan-bahan lain.
  • Bancuhkan adunan dengan sedikit demi sedikit air....pastikan adunan tidak terlalu cair bagi mengekalkan bentuknya selepas digoreng.
  • Panaskan minyak dan goreng adunan hingga kekuningan.
  • Angkat dan toskan minyak seketika sebelum dihidangkan.




12
Puding Roti Marble Kukus


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Semoga anda semua diberikan kesihatan yang baik dan menghadapi hari anda dengan penuh ceria dan bersemangat melakukan tugasan seharian.
Puding ni buatnya semalam. 
Bila tengok ada lebihan roti tak bermakan.....maka inilah masanya untuk mencuba resepi yang lama duk target ni....


Puding roti ini kira macam adik beradik puding roti karamel.....cuma yang ini tiada karamel.
Kalau perasan  puding ni nampak tebal kan.....ini sebab derhaka laa ni.....tuan punya resepi suruh guna loyang 8" .....saya memandai tukar loyang 7".....kan dah.....hehe.....
No problem maa.....tebal ker....nipis ker.....rasanya tetap sedap.  Rupanya pun cantik berbelang-belang kann.....(chewah.....puji diri sendiri nampak.....).  Ntah saya bab-bab describe ni tak berapa pandai .....kalau u all nak tau.....boleh lah cuba sendiri resepi daripada Fida nie ya.....


PUDING ROTI MARBLE KUKUS

Bahan-Bahan: ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

12 keping roti putih - disiat2
2 cawan susu sejat/susu segar (atau campuran kedua2 susu)
4 sb susu manis
1/2 cawan gula halus (boleh kurangkan)
2 biji telur
3 sb tepung jagung
2 sb mentega/majerin
1 sk esen vanilla
1/4 sk garam
100 g choc. cair / 3 sb serbuk koko (utk corak marble)
pewarna merah,kuning,hijau (utk corak pelangi)



Caranya:
  • Satukan kesemua bahan kecuali choc dan pewarna di dalam mangkuk. ( saya tekan-tekankan dan gaulkan  mengguna  senduk kayu.....supaya roti menjadi lembut dan mudah dikisar )
  • Kisar bahan-bahan  tadi hingga halus.
  • Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan bubuh choc pada 1 bahagian. Marblekan adunan berselang-seli warna di dalam loyang yang telah digris keliling.
  • Kukus puding hingga masak selama 30-35 min.
  • Biarkan puding sejuk di dalam loyang. Potong dan sajikan.




2
E-Book Percuma Tanda Penghargaan Ros JintanManis

contoh cover e-book resepi ros


Masih ada yang masih belum dapatkan E-Book Resepi Roti JintanManis.Com dan Panduan Membuat Roti Percuma oleh Rosmarlina Abd Gani atau lebih dikenali sebagai Ros JintanManis...!!


Pada mereka yang sudah ada, tahniah kerana anda telah melakukan yang terbaik kerana seperti yang sedia maklum, Ros sememangnya seorang yang pakar dan mahir dalam pembuatan roti dan banyak juga resepi rotinya telah pun tersiar di majalah-majalah.


contoh cover e-book tips2 meroti

Jadi pada siapa yang belum tu....ingin menambahkan ilmu, boleh lah terus ke blog ros@jintanmanis untuk mendapatkan e-book tersebut sebelum terlambat. 
Ini kerana,  menurut Ros e-book percuma ini akan dipublish dalam masa hanya 2 minggu, selepas tarikh 21 April e-book ini tidak boleh dimuat-turun lagi....
.
.
saya daa....
.
.
Terima kasih Ros,  atas usaha Ros dan suami maka terhasilnya e-book bukan satu tapi dua....yang dapat membantu menambahkan pengetahuan kami dalam bab roti-meroti.....




4
Cocoa Bottom Banana Bars


Buat ni minggu lepas....dah habis dah pun ya.  
Dah lama perhatikan resepi ni di dapur kak Ayu yang duk nun jauh di seberang tambak sana.  Sebabkan pisang lebihan buat muffin hari tu pun dah masak ranum....maka adalah kesempatan untuk mencuba.  Saya dapati ramai pun yang dah mencuba....saya aje yang selalu ketinggalan.


Apa yang saya perhatikan resepi Cocoa Bottom Banana Bars  dengan Chocolate Bottom Banana Square yang saya nampak di dapur Rima adalah sama....cuma bezanya ada taburan coklat chips di  bahagian atas sebagai hiasan.
At last,  saya follow resepi daripada dapur kak Ayu.


Apa-apa pun membuat kek ini memang tak banyak kerenah. Sekejap saja dah siap.
Kek ni sedap....moist....gebu....dan teksturnya cukup lembut selembut chiffon. Manakala kombinasi coklat dan pisang memang sesuai dan sepadan.
 Kak Ayu izinkan saya salin resepi  di dapur saya ya....sebagai rujukan bila perlu. Pada penyumbang resepi, terima kasih....


COCOA BOTTOM BANANA BARS

Ingredients:-
1 cup sugar-(Ayu used 3/4 only)
1/2 cup (1 stick) butter, softened-(about 113g)
5 ripe bananas, mashed-(Ayu put more)
1 egg
1 teaspoon vanilla extract
1 1/2 cups all-purpose flour
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1/4 cup unsweetened cocoa powder


Directions:
  • Preheat oven to 350 degrees. Grease a 13x9 inch baking pan [i used 8"x8"] (or, if you have a special brownie pan, go ahead and grease that...these pans are the best!).-
  • Beat sugar and butter in a bowl until creamy.
  • Add bananas, egg and vanilla and beat until well blended.
  • Combine flour, baking powder, baking soda and salt in a medium bowl. Add this mixture to the banana mixture and beat until well blended.
  • Divide batter in half. Stir cocoa into one half. Spread the chocolate batter into the prepared pan. Top with the plain batter; swirl with a knife.
  • Bake for 30 to 35 minutes or until edges are lightly browned and a toothpick inserted in the center comes out clean.
  • Cool completely in pan on a wire rack. Cut into bars.

Sources:-From yummylicious-jun.blogspot.com

.....kek yang sungguh enak dan sedap sekali....nyummy....




4
Card From Dear Friends Nieza & Mas

Dah selesai gantung award....ni nak gantung kad pula. Saya tumpang gembira tengok teman-teman blogger meraikan sempena setahun usia blog mereka.

Melalui n3 edisi khas ini, SSK mengucapkan tahniah dan 'HAPPY 1st BLOG ANNIVERSARY'
buat Nieza @ Our Journey Begins dan Mas @ Duniaku.
Kebetulan pula tarikh kelahiran blog mereka berdua hampir-hampir sama....selang beberapa hari je.

Semoga Journey Our Begins dan Duniaku akan terus sukses, lebih bersinar dan semakin meletup dengan perkongsian resepi-resepi yang lebih hebat.





Semoga persahabatan di alam maya ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita...InsyaAllah...




4
Award daripada Nazrah & Izah

Assalamualaikum...

Lama rasanya SSK tak menerima award.
Alhamdulillah, ada juga teman-teman yang sudi anugerahkan award yang cute ni...

Pertama, One Lovely Blog Award ni datangnya daripada Nazrah @ Bahulu Inti D Bayu::..Nazrah Bakery.
Terima kasih Naz atas kesudian dan ingatan Naz pada SSK....
Ok, jom tengok apa yang harus dibuat seterusnya....


Seperti biasa kalau dah dapat award....ada pula homeworknya kann....


Here are rules to abide accepting this award :


1. Post linking back to the person that gave you the award

Done

2. Share 7 random things about yourself

Bab-bab mengarang ni laa yang lemah sikit....dah lama tak mengarang....rasa kekok sikit....hehe....

  • Dilahir dan dibesarkan di Perak....berbintang Aquarius....anak kedua daripada empat beradik. Kini suri rumah sepenuh masa....dikurniakan dengan tiga orang cahayamata....dua orang putera dan seorang puteri....berusia 19, 15 dan 11 tahun.
  • Pernah bekerjaya dengan sebuah institusi perbankan....akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja bila disahkan pregnant anak pertama....tapi sekarang bila anak-anak dah besar, rasa rindu pula nak bekerja semula....tapi ada ke orang yang nak ambik kerja ekk....??
  • Seorang yang pemalu, pendiam serta agak sensitif. Agak sukar memulakan perbualan bila pertemuan pertama....bak kata orang....mulut ada emas....wakaka....
  • Suka pada kejujuran, keikhlasan dan terus-terang. Paling tidak suka orang yang hipokrit.
  • Seorang yang suka memasak sejak muda belia lagi. Sebelum mengenali Internet satu waktu dulu, majalah dan buku-buku masakan sering menjadi sasaran dalam mencuba pelbagai resepi. Tapi bila dah kenal dunia blogging nie....sumber makin bertambah....pelbagai resepi dapat dicuba daripada blog rakan-rakan.
  • Seorang yang gemar melancong atau makan angin....tak kira laa bercuti dalam atau luar negara....
  • Seorang yang sukakan panorama keindahan laut. Bila dah duduk di tepi pantai ....berjam-jam lama pun tak apa....rasa damai dan kagum bila melihat laut terbentang luas ciptaan Allah SWT itu. Paling mengasyikkan bunyian deruan ombak especially tika ia menghempas pantai....nasib baik laa kat tengah KL ni tak ada laut....kalau tak dah usung tilam bantal dah....

3. Award 15 recently discovered blogs

Memandangkan award ni ramai blogger yang dah dapat dan gantung pun....maka saya skip step ini, ok.
Pada siapa yang masih belum tu, ikhlas daripada saya....sudi-sudikanlah ambil award ni ya....






Manakala kedua award ini pula datangnya daripada Izah @ Izah Muffin Lover.
Terima kasih Izah kerana tak lupa mengurniakan award ini pada SSK yang tak se gah bloggers lain....umur pun baru setahun jagung....


Haa yang ni senang kerja sikit....tak payah nak karang apa-apa....just gantung aje terus....
....tak tahu nak ambil yang mana satu....lastnya ambil dua-dua sekali....boleh Izah ya....nampak sangat kemaruk nak award....hehehe....


Memang cantik dan comel semua award ini.
Terima kasih sekali lagi....luv u alls....Semoga persahabatan di alam maya akan terus terjalin.