9
YOGURT PANCAKE


.... السلام عليكم


Selamat Petang.... Pantas jer masa berjalan, dah petang pun hari.
Waktu begini sepatutnya entri kuih-kuih ker, mihun goreng ker atau yang sewaktu dengannya untuk juadah minum petang. Ini entri pankek....yang sesuai untuk breakfast jer. Jam negeri mana lah yang SSK ikut ni ehh....hihihi. Itu lah pasal. Sepatutnya entri ni dimasukkan belah pagi....tapi pagi tadi tak sempat. Petang ni baru sempat. Biarlah time mana pun kan....janji entri terisi.

Biasa pankek bulat. Tapi kali ni tetiba jer rasa nak cuba kelainan....bosan pulak asyik rupa yang sama jer. Pankek yang bulat dah ku tukarkan menjadi triangle. Bak kata Chef Wan, kita yang buat dia....jadi macam mana kita buat....maka macam itulah hasilnya.





Mudah jer, yang jadi triangle tu sebab iza masak guna sandwich maker. Kerja senang, dapur tak bersepah.....waktu memasak pun jadi singkat. Ni semua gara-gara teringin sangat nak buat waffle....dah puas pusing KL....sambil-sambil cuti-cuti malaysia ke Penang pun duk cari lagi maker tu....sampai la ni tak jumpa-jumpa :(. Last-last tibai jer lah guna sandwich maker yang ada tu. Buat permulaan ni test pankek dulu....nak tengok jadi ke idak....ini dah jadi, next time boleh lah try waffle pulak. 






YOGURT PANCAKE
source : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 180 gm tepung kek @ superfine
  • 45 gm gula kastor
  • 45 gm butter, dicairkan
  • 125 gm yogurt > iza guna perisa peach
  • 125 gm susu cair
  • 3/8 tsp soda bikarbonat
  • 1 biji telur bersaiz besar
  • sedikit kismis



CARANYA : 

❀  Ayak tepung dan soda bikarbonat.
❀  Satukan yogurt, susu, telur, gula dan pukul menggunakan hand-whisk hingga sebati. Masukkan tepung yang diayak, gaul hingga sebati. Masukkan pula butter cair, whisk hingga rata dan tidak berketul. Biarkan selama 15 minit.
❀  Panaskan non-stick pan. Masukkan kismis dalam adunan dan digaul rata. Tuangkan anggaran 2 senduk kecil adunan bater ke dalam pan. Masak dengan api kecil sehingga tepi-tepinya kelihatan berbuih. Balikkan bater dan masak bahagian sebelahnya lagi dalam beberapa saat.
❀  Angkat dan hidangkan bersama butter, sirap coklat atau jem kesukaan.




TIPS daripada SSK :

    Untuk membuat pankek,  kuali tidak perlu disapukan minyak kerana butter dalam adunan dan penggunaan non-stick pan sudah memadai. Terlalu banyak minyak akan membuatkan permukaan penkek tidak cukup kuning.

    Ada yang masih keliru dengan apa yang dimaksudkan dengan tepung kek.
Ramai yang masih beranggapan tepung kek adalah tepung naik sendiri (self-raising flour) yang biasa digunakan untuk buat kek. Sebenarnya tidak sama sekali. Dalam istilah bakeri, nama lain bagi tepung kek adalah tepung superfine atau dikenali juga sebagai tepung halus. Jika dalam resepi memerlukan tepung kek @ superfine tapi tiada stok, maka boleh digantikan dengan tepung gandum yang diayak sebanyak 3x.








9 sweet comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wa'salam.. good idea ni.. rupanya boleh ya buat pakai sandwich maker.. tq for the idea..:)

ibundo said...

Salam iza. Gebu sungguh penkek tu. Makan sebiji je rasa macam dah kenyang. Idea juga buat penkek pakai sandwich maker ni..

IZA AKMA said...

@Shahriah Abdullah Novelis
Salam kak sha, terima kasih singgah.
Saja2 cuba jer tu kak sha...tak sangka pula menjadi...lagipun terfikir juga takkan sandwich maker tu khas utk bakar roti jer kann... :)

IZA AKMA said...

@ibundo
Salam ibundo,
iza mmg suka guna resepi ni dr dulu lagi sbb penkeknya jadi gebu dan lembut sesangat dgn rasa yg lemak...jika suka variasinya boleh dipelbagaikan

Ayu said...

Assalam iza,
wah lama akak tak singgah sini..hari tu click juga kat blog list rupanya ditutup sekejap ya.. masuk sini bermacam2 gadget dan icon yang canggih2 pandai iza, buat blog.nak comment pun canggih buttonnya...

pancake yogurt pasti sedap ni..so far pancake yang akak pernah buat lempeng pisang aje.hehehe

FnF Simple Life said...

Asslm Iza...nmpk gebu sgt penkek nye... kreatif sgt guna sandwich maker

Bicara Kak Noor said...

cantiknya pancake ni gebus thanks tip dan resepi nanti boleh lah cuba..

Homestay U1 said...

Salam Iza
Adik sy baru belikan sy waffle maker, kat kedai bakery di gombak, jenama Takada, RM69. Comel dan kecil je saiznya

Wattie said...

Assalamualaikum dan selamat bersua kembali Iza,
Betul kata Ayu, kemain canggih lagi blog dia la ni, masuk jer nampak kaler2 yang menawan. Akak pun dah pernah try pankek pakai sandwish maker cam ni, tp lama sangat dah, mmg menjadikan Iza. Nampak gebu pankek Iza.

Note : Taburan atas redvelvet cuppies tu ialah serdak kek redvelvet tu sendiri. Dan kaler yg akak guna mmg kaler Red red jenama Wilton...selamat mencuba......