KARIPAP APAM DURIAN
.... السلام عليكم
Bila sebut saja durian, semestinya fikiran segera ingatkan Durian Crepe (DC) yang tengah hot meletop sekarang. Seakan satu fenomena pulak....sana sini orang sibuk tak henti-henti mengcrepe. Kalau buka mana-mana blog masakan, mesti ada DC ni. Rasanya jangan cakaplah....sudah tentu-tentu sedap. Kalau tak masakan mereka yang ambil tempahan DC ni tak putus-putus terima order....sampai boleh buat duit tau. 3 keping crepe jer dah rm5....belum lagi 10, 20 keping....ye lah takat beli 3 keping mana nak cukup lebih-lebih jika penggemar durian.
Bahang DC ni tak terhenti setakat itu jer. Jika lihat di fb, untuk crepenya saja macam-macam versi ada....ada yang guna sejenis tepung, 5 jenis tepung, 7 jenis tepung....tepuk dada tanyalah hati....versi mana yang jadi pilihan....ya tak. Itu baru crepe belum lagi filling. Selain durian, timbul pulak filling-filling yang lain....ada jagung, mangga, oreo, peach, blueberry dan macam-macam lagilah dengan warna crepe pun berbagai-bagai ikut tema filling. Haiiih....dah macam-macam selera orang sekarang kan. Zaman-zaman akan datang tak tau ler macam mana....entah apa lagi pulak.

Lepas buat Serimuka Durian hari tu, ada lebihan durian lagi. Iza frozenkan supaya jangkahayat durian tu boleh bertahan lama. Kekadang tu mana pisang yang tak habis pun iza frozenkan....at least terselamat daripada membazir. Bila nak guna, just keluarkan dan biarkan sekejap pada suhu bilik.
Setakat ni virus mengcrepe belum lagi lah terjangkit kat iza. Tapi tak tau lah esok-esok....ntah-ntah lagi lebih-lebih kot....hihihi. Jika teman lain sibuk dengan crepe....iza buat kuih yang simple ni aje petang semalam....Karipap Apam dengan inti kastad durian. Karipap apam ni asalnya resepi Apam Perlis ambil daripada WendyinKK. Untuk kastad duriannya pula daripada KWan.
Bila apam ni berpadu dengan durian dalam mulut....wauuu!! tak boleh nak kata apa lagi....memang best....sedap sesangat. Tq to both of you.

KARIPAP APAM DURIAN
source : Iza Akma SSK
250 gm air / jus pandan
1 peket kecil (4.3gm) Eno fruit salt
sedikit pewarna hijau
Campurkan tepung dengan air/jus pandan. Kacau hingga menjadi adunan bater yang halus. Tambahkan pewarna hijau. Masukkan Eno (ketika ini adunan akan kelihatan berbuih), kacau sebati hingga buih-buih menghilang. Ketepikan untuk selama 15-25 minit.
Panaskan kuali leper dengan api yang perlahan. Ratakan sesenduk kecil adunan, layangkan atas pan agar adunan itu membulat. Bila saja permukaannya masak dan kelihatan gelembung-gelembung kecil, angkat. Ambil masa anggaran 2-3 minit...jangan masak terlalu lama dan tak perlu diterbalikkan.
Selepas diangkat, terus letakkan pada acuan karipap dan masukkan inti durian. Jika perlu sapukan sedikit minyak pada gigi acuan agar mudah dikeluarkan.
Ulangi sehingga habis.
source : Iza Akma SSK
Bahan Untuk Bater :
150 gm tepung gandum250 gm air / jus pandan
1 peket kecil (4.3gm) Eno fruit salt
sedikit pewarna hijau
Campurkan tepung dengan air/jus pandan. Kacau hingga menjadi adunan bater yang halus. Tambahkan pewarna hijau. Masukkan Eno (ketika ini adunan akan kelihatan berbuih), kacau sebati hingga buih-buih menghilang. Ketepikan untuk selama 15-25 minit.
Panaskan kuali leper dengan api yang perlahan. Ratakan sesenduk kecil adunan, layangkan atas pan agar adunan itu membulat. Bila saja permukaannya masak dan kelihatan gelembung-gelembung kecil, angkat. Ambil masa anggaran 2-3 minit...jangan masak terlalu lama dan tak perlu diterbalikkan.
Selepas diangkat, terus letakkan pada acuan karipap dan masukkan inti durian. Jika perlu sapukan sedikit minyak pada gigi acuan agar mudah dikeluarkan.
Ulangi sehingga habis.


INTI KASTAD DURIAN
120 gm susu sejat
130 gm susu segar
1 sudu besar (10gm) tepung kastad
1 sudu besar (10gm) tepung jagung
2 sudu besar gula pasir
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
150 gm isi durian
Larutkan tepung jagung, tepung kastad, susu sejat dan susu segar hingga rata.
Satukan dengan bahan-bahan lain di dalam periuk. Masak hingga inti menjadi kental. Sejukkan dahulu sebelum diisi ke dalam dadar apam tadi.

intinya yang creamy....cair di mulut
10 comments:
sedapnye dengan durian!!!
TQ untuk link :)
hehehe... buncitnya karipap... pasti sedap ni...
Assalamualaikum lama dah cari kuih ni...pernah mkn sekali je tu pun beli mmg sdp.....tq kongsi resepi ye...nak juga try buat heee
assalam
comel karipap apam, pertama kali tgk ni
pengemar durian mesti suker kan
wahh!! kreatif! xpenah terpikir nk wat camnih.. kt sini dh makin kurang durian, kene cepat2 beli wat stok frozen durian nih.
Sgt kreatif...comel..and mesti sedap kan...salam perkenalan drpd -suteraungu87.blogspot.com
TQ atas komen manis semua di sini...;)
Saya pun suka bt kuih2 ni..tp x pernah jd sempurna...he3....nnt leh cuba bt ar...mohon share resepi yer...salam perkenalan dari sukabervitamin.blogspot.com
Salam Iza. Along dah cuba & share kat blog juga. TQ ya, sedap lembut kulit dia.
@HomeKreation
W'salam Along. Alhamdulillah... happy dengar. Tkasih kembali kerana sudi mencuba :)
Post a Comment