11
NUTELLA CHOCOLATE CHIP COOKIES



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Tak berapa hari lagi kita semua berkewajipan menunaikan tuntutan rukun Islam ke-4, berpuasa Ramadan. Semoga kita diberikan Allah SWT dengan kesihatan yang baik agar dapat menyempurnakan ibadah sebaik yang boleh, lebih baik daripada tahun sebelumnya. In sha Allah.




Walaupun raya masih jauh lagi perjalanan, ramai yang dah berkira-kira biskut apalah nak buat untuk raya kali ini. Jangan terkejut. Ini bukan biskut untuk raya tau. Ini saja-saja testing jer dulu. Sekaligus mempelbagaikan koleksi biskut chips yang sedia ada dengan aneka versi.

Biskut Coklat Chips Nutella ini berbaloi sungguh membuatnya.....tak rugi mencuba sebab rasanya memang mantap. Pada yang nak mencuba, sila lah ya. Pasti anda seisi keluarga akan menyukainya.





Resepi BISKUT COKLAT CHIPS NUTELLA
by Iza Akma SSK
adapted from Citarasawan with slightly changes



Bahan A :
200 gm butter
50 gm shortening
40 gm nutella
60 gm gula kastor
90 gm gula perang
1 tsp esen vanila
1 biji telur (gred C)
secubit garam

Bahan B :
330 gm tepung gandum*
10 gm serbuk koko*
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bikarbonat* (*diayak bersama)
30 gm coffee-mate

Bahan C :
100 gm chocolate chips
100 gm chocolate button white ~ patahkan kecil
80 gm almond nibs ~ bakar dahulu
60 gm cornflakes ~ ramas kasar


Caranya :
Satu dan gaulkan Bahan (B) yang diayak dengan coffee-mate beserta Bahan (C). Ketepikan.
Pukul semua Bahan (A) dengan senduk kayu hingga sebati.
Masukkan campuran Bahan (B) dan (C) tadi. Gaul hingga jadi doh yang lembut.
Sudukan atau punjut-punjutkan adunan dengan hujung jari ke dalam dulang pembakar.
Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.



Panduan Daripada SSK :
Biskut ini saya bakar pada suhu 125C menggunakan api atas dan bawah bersekali kipas selama 40 minit. Selepas 20 minit pertama pusingkan dulang. Jika membakar dua dulang sekaligus, selepas 20 minit pertama tukarkan dulang di rak bawah ke atas dan atas ke bawah. Teruskan membakar untuk 20 minit lagi.



11 sweet comments:

Gee® said...

Waaaa.... sedapnya... baru semlm beli nutella makan wif roti... nk try laaa... TQ Iza...

Rohah said...

crunchy sangat nampaknya..wahhaaa, macam nak ngap je kak

zulaikha said...

Salam...boleh sy tau choc button white tu ape?

IZA AKMA said...

@zulaikha

Salam.

Chocolate button white tu coklat putih bentuk seperti butang sebesar 50sen ....boleh cari di kedai bakery ya Zulaikha

qaleeda gojes said...

Its look temptingggg sgt. Finally dari td fikir nk pancing hati future in lw nak buat biskut lain dari biasa dekat luar jual xD Tq sis. For the recipe. Okay Nakkk test buat dulu. Kalau jadi pecut pergi tesco beli nutella besar sebab tenga offer 20ingget jee sis xD

rosidah gee said...

Looks wonderlicious...latest biscuit for this raya..thank you dear

Siti Suraya said...

salam..nampak sdp..nak buat lah...tp,sblm buat nak tanya dulu..biskut ni manis tak?! or tak.manis sgt? panduan bakar ikut yg mana? kalau ikut yg atas ok tak? biskut ni ranggup tak?

IZA AKMA said...

@Siti Suraya
Salam. Manis biskut ni just nice & rangup. Maaf, saya tak boleh nak kata dua panduan membakar di atas boleh disesuaikan untuk oven anda. Ini kerana setiap oven mempunyai kepanasan suhu yg berbeza walaupun jenama yang sama. Suraya perlu mahirkan diri dan kenali oven anda sendiri...suhu berapa yg sesuai utk membakar biskut/kek. Cara membakar di atas hanya sebagai panduan. Saya pun selalunya tak ikut suhu yg diberikan dlm arahan resepi kerana oven saya ada temperaturenya sendiri.

Siti Suraya said...

salam kak... terima kasih kak atas resipi dan panduan...alhamdulillah...sgt berbaloi mencubanya...sgt sdp...sgt ranggup...sgt meriah....mcm famous amos cookies rasa dia....

IZA AKMA said...

@Siti Suraya
Salam. Alhamdulillah...happy k.iza dengar percubaan Suraya sukses. Tkasih Suraya, sudi mencuba & tkasih juga coz kembali lagi untuk war2kan ur good feedback here.

Juli Mawi said...

salam sis, nak tanya sis guna butter apa ya?