Kuih Lapis
Assalamualaikum kepada bloggerz semua. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana dengan izin-Nya ditemukan kita kembali dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Seharusnya kita menggunakan kesempatan yang ada menunaikan rukun Islam ke-3 ini dengan penuh pengharapan agar ibadah kita diterima dan diberkati Yang Maha Esa. Bulan-bulan puasa begini yang pening kepala memikirkan apa juadah yang nak disajikan untuk keluarga tersayang tentunya kita kaum Hawa. Tapi tak mengapa, di zaman serba canggih ini, semuanya dihujung jari. Ok lah, last weekend setelah membeli barang-barang keperluan dapur di Tesco....singgahlah sekejap kat kedai buku. Walaupun buku masakan dah berlambak kat umah tapi tangan ni saja gatal nak membelek...kot-kot lah ada yang berkenan. Belek punya belek ternampak resepi kuih lapis ala Nyonya. Nak beli buku tu tak berkenan lah pula sebab satu resepi tu je yang nak...walhal resepi kuih lapis berderet-deret kat internet....tapi tak salah kan kalau nak menambah koleksi. Resepinya saya main hafal je dalam kepala. Sib baik bahannya tak banyak....senang lah sikit nak ingat. Jadi hari Isnin saya buatlah kuih ni untuk minum petang....ada lebih lagi saya masukkan dalam chiller....walau dah semalaman dalam chiller kuih maintain lembut.
- 200 gm tepung beras
- 3 tbsp tepung ubi
- 175 gm gula
- 250 ml santan pekat
- 650 ml air
- Secubit garam
- Pewarna merah
- Satukan semua bahan kering. Masukkan santan dan air, kacau hingga rata dan sebati.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian, merah dan putih. Kukus lah selapis-lapis dengan api besar hingga masak. Satu lapisan mengambil masa anggaran 5-6 minit untuk masak. Untuk lapisan terakhir teruskan mengukus sehingga 25-30 minit. Sejukkan paling kurang 4 jam sebelum memotong, untuk hasil potongan yang cantik.
No comments:
Post a Comment