Agar-Agar Bandung Salju
Semenjak dua menjak ni cuaca panas jer....kadang tu nampak je mendung tapi panasnya boleh tahan jugak. Kalau dah panas-panas begini lawannya kena lah makan atau minum yang sejuk-sejuk baru lega. Tekak pun mengidam nak makan benda yang sejuk. Jadi semalam buat agar-agar. Kebetulan ada pula cincau....belinya minggu lepas....tapi belum terusik lagi....maka terhasillah agar-agar cincau. Nampak tak lapisan cincau yang berombak tu? Asalnya nak dinamakan agar-agar tsunami mentawai....tak jadi....lastnya my daughter beri nama agar-agar bandung salju....kerana ada rasa seperti air bandung....dan nama salju tu....kerana bila dimakan, anak tekak ni begitu nyaman dan segar sekali dengan rasa sejuk cincau tu.
Bahan A
Caranya
~pesan dari dapur singgahsana~
AGAR-AGAR BANDUNG SALJU
Bahan A
- 2000 ml susu segar
- 2 1/2 tbsp serbuk agar-agar
- 250 gm gula (ikut rasa manis masing-masing)
- secubit garam
- Perasa sirap ros
- Beberapa titik warna pink [jika perlu]
- 300 gm cincau [diparut kasar]
Caranya
- Satukan semua bahan A dan masakkan. Setelah semuanya larut, tutupkan api. Bahagikan kepada 2 bahagian yang sama. Masukkan bahan B ke dalam satu bahagian dan biarkan satu bahagian lagi plain.
- Ambil kira-kira 300ml daripada bahagian pink dan tuangkan ke dalam loyang 8" persegi. Biarkan lapisan membeku.
- Dah beku, cakar-cakarkan lapisan pink tadi. Tuangkan pula 300ml lapisan plain dan taburkan parutan cincau rata-rata. Tekankan penekan berombak atasnya, biarkan beku.
- Ulang proses yang sama sehingga semua bahan habis digunakan. Untuk lapisan yang terakhir tak perlu ditekan lagi. Untuk memudahkan, buatkan tanda di luar loyang supaya corak berombak berada pada satu arah.
~pesan dari dapur singgahsana~
- panaskan semula larutan agar-agar bila setiap kali mahu dituangkan sebagai lapisan baru [ini kerana sementara menunggu lapisan membeku, larutan agar-agar yang tinggal akan juga turut membeku]
- untuk memudahkan lapisan melekat, selalu cakar lapisan sebelumnya dan pastikan lapisan baru yang dituangkan itu masih panas
3 comments:
Salam Akma,
cantiknya agar2 bandung tu..sedap pun nampak nya.
Salam Kak Nur,
agar2 biasa je knur...cuma penampilan je yang berbeza...
Salam, cantiknya agar-agar bandung salju ni, sejuk mata memandang. Tentu sedap ya. Minta izin nak cuba ya. SELAMAT TAHUN BARU DARI PATYSKITCHEN.
Post a Comment