KUIH LAPIS CENDOL
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Sehari dua ini baru lah boleh menarik nafas dalam-dalam. Tika jerebu teruk hari itu duduk dalam rumah saja pun dah lemas.....pening kepala dengan bauan asap. Lepas subuh aje bila buka pintu buka tingkap bauan asap yang dah sedia menjadi tetamu tak diundang di luar tu apalagi berlumba-lumba masuk memenuhi seluruh ruang rumah. Hadoiih nak bernafas pun tak selesa.....cukup merimaskan. Semua pemandangan luar yang biasa dilihat sebelumnya diselimuti kabut putih menjadikan pandangan terbatas.
Setiap yang tiba pasti akan berlalu. Kini lega rasanya bila dapat mengubati kembali kerinduan melihat gahnya sang mentari memancarkan suria, kebiruan langit yang mengasyikkan serta rimbunan kehijauan pepohon yang menyegarkan. Alhamdulillah, syukur.
Semalam puas dibelek-belek bungkusan cendol yang dah duduk lama dalam petisejuk tu. Masih elok lagi.....belum expired pun. Nak buat talam.....dah pernah buat, kat SINI. Nak buat puding.....pun dah pernah juga kat SINI.
Apakata kuih lapis sebab lapis cendol belum pernah lagi. Lagipun buat kuih lapis senang kerjanya sikit, cepat siap berbanding talam sebab adunan kuih talam nak kena kacau dulu atas api sebelum kukus.....leceh.....kuih lapis tak perlu.
Nak tengok bagaimana menyediakan kuih lapis cendol ni.....jommm!
Resepi KUIH LAPIS CENDOL
by Iza Akma SSK
25 gm tepung sagu
1/4 sudu teh garam
80 gm gula pasir
300 gm santan (100gm santan kotak + 200gm air)
1 bungkus cendol ~ ditoskan
25 gm tepung sagu
1/4 sudu teh garam
125 gm gula merah
300 gm santan (100gm santan kotak + 200gm air)
1 helai daun pandan ~ disimpulkan
Sementara itu, satukan tepung beras, tepung sagu dan garam. Tuangkan santan sambil dikacau hingga sebati. Kemudian tapiskan sirap gula tadi ke dalam adunan. Kacau supaya sebati dan adunan menjadi licin. Ketepikan.
Bahagikan adunan A kepada 3 bahagian dan adunan B kepada 4 bahagian. Pembahagian adunan ini bergantung kepada berapa lapisan yang anda suka.
Bila kukusan dah betul-betul mendidih, letakkan loyang dalam kukusan. Tuangkan selapis adunan B, kukus 5 minit dengan api sederhana. Kemudian tuang pula selapis adunan A di atas lapisan B yang dah masak. Taburkan cendol dan kukus lagi 5 minit. Ulang step yang sama sehingga habis adunan digunakan. Pastikan setiap lapisan benar-benar masak baru dilapiskan dengan lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir kukus selama 15 minit sehingga masak.
Biarkan kuih betul-betul sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum boleh dipotong. Ini membolehkan kuih dapat menyejuk sepenuhnya dan mudah untuk dipotong.
by Iza Akma SSK
Bahan A :
75 gm tepung beras 25 gm tepung sagu
1/4 sudu teh garam
80 gm gula pasir
300 gm santan (100gm santan kotak + 200gm air)
1 bungkus cendol ~ ditoskan
Caranya :
Satukan tepung beras, tepung sagu, garam, dan gula pasir. Tuang santan sambil dikacau hingga mendapat satu adunan yang licin. Ketepikan.
Bahan B :
75 gm tepung beras 25 gm tepung sagu
1/4 sudu teh garam
125 gm gula merah
300 gm santan (100gm santan kotak + 200gm air)
1 helai daun pandan ~ disimpulkan
Caranya:
Masakkan gula merah, air dan simpulan daun pandan sehingga gula merah larut. Kacau selalu supaya gula tersebut cepat melarut. Bila gula dah cair, angkat dan ketepikan.Sementara itu, satukan tepung beras, tepung sagu dan garam. Tuangkan santan sambil dikacau hingga sebati. Kemudian tapiskan sirap gula tadi ke dalam adunan. Kacau supaya sebati dan adunan menjadi licin. Ketepikan.
Cara Melapis :
Panaskan kukusan terlebih dahulu. Sediakan loyang 7 inci bulat, alas dengan plastik tahan panas dan sapukan dengan sedikit minyak masak. Bahagikan adunan A kepada 3 bahagian dan adunan B kepada 4 bahagian. Pembahagian adunan ini bergantung kepada berapa lapisan yang anda suka.
Bila kukusan dah betul-betul mendidih, letakkan loyang dalam kukusan. Tuangkan selapis adunan B, kukus 5 minit dengan api sederhana. Kemudian tuang pula selapis adunan A di atas lapisan B yang dah masak. Taburkan cendol dan kukus lagi 5 minit. Ulang step yang sama sehingga habis adunan digunakan. Pastikan setiap lapisan benar-benar masak baru dilapiskan dengan lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir kukus selama 15 minit sehingga masak.
Biarkan kuih betul-betul sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum boleh dipotong. Ini membolehkan kuih dapat menyejuk sepenuhnya dan mudah untuk dipotong.
5 comments:
salam kenal dr SRC..
hai..saya datang sini dan follow..suka dengan blog ni..menarik dan macam2 ada.singgah sini.www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq
salam cantik kejadian kuih lapis cendol ni....sdp tu buat sarapan petang tq resepi...bulan puasa boleh le cuba2 kan
@Bbwana adienia
Salam kenal juga dr SSK.
Tkasih singgah & sudi follow.
@Sheila Shafeareen
Thanks sheila.
Kue talam/lapis/puding/agar2 cendol memang sedap. Rasa2 nk mkn kue cendol bulan puasa nnt leh la cuba ya sheila.
Aduh mak aii...!!! cantiknyaaa...
Post a Comment