DAGING MASAK KERISIK
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Rasa rendang asli yang sebenar walau tanpa penggunaan santan.
Masakan ini tidak ambil masa berjam-jam untuk disediakan.
So easy, so simple, so sedap.....
Sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi berperisa.
Selain nasi, dengan ketupat dan lemang pun sedap.....
Satu lagi resipi yang juga rasanya mirip rendang, boleh rujuk di entri DAGING BAWANG GORENG
Dua-dua resipi ini boleh dikategorikan sajian alternatif kepada rendang
DAGING MASAK KERISIK
by IzaAkma SSK
2 btg Serai ~ dititik
4 sdb Cili Kisar
5 sdb Kicap Manis
1 sdb Sos Tiram
6 sdb Kerisik
1 sdb Gula
1 kiub Pati Ayam
2 helai Daun Limau Purut
Garam secukup rasa
Air secukupnya
2 labu Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Bahagikan bahan kisar kepada dua bahagian. Satu bahagian perapkan dengan daging dan biarkan seketika.
Sementara itu panaskan minyak. Tumis sebahagian lagi bahan kisar bersama serai yang dititik sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili sedikit garing.
Masukkan 1/4cwn air, gula, kiub ayam, sos tiram, kicap manis, kerisik dan garam.
Bila sedikit mendidih masukkan daging yang diperap tadi dan daun limau purut. Kacau rata sehingga bahan tumisan bersalut dengan daging dan masukkan 1cwn air lagi untuk melembutkan daging
Masak sehingga daging empuk dan kuah sedikit kering.
by IzaAkma SSK
Bahan-Bahan :
500 gm Daging2 btg Serai ~ dititik
4 sdb Cili Kisar
5 sdb Kicap Manis
1 sdb Sos Tiram
6 sdb Kerisik
1 sdb Gula
1 kiub Pati Ayam
2 helai Daun Limau Purut
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Bahan Dikisar :
3 btg Serai2 labu Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Cara :
Bersihkan daging dan toskan.Bahagikan bahan kisar kepada dua bahagian. Satu bahagian perapkan dengan daging dan biarkan seketika.
Sementara itu panaskan minyak. Tumis sebahagian lagi bahan kisar bersama serai yang dititik sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili sedikit garing.
Masukkan 1/4cwn air, gula, kiub ayam, sos tiram, kicap manis, kerisik dan garam.
Bila sedikit mendidih masukkan daging yang diperap tadi dan daun limau purut. Kacau rata sehingga bahan tumisan bersalut dengan daging dan masukkan 1cwn air lagi untuk melembutkan daging
Masak sehingga daging empuk dan kuah sedikit kering.
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment