KUIH LAPIS LABU
Buatnya semalam... lewat tengahari baru siap
Sementara tunggu kuih betul-betul sejuk 4 jam hari pun dah mula gelap dan hujan
Nak tak nak terpaksa simpan dulu kuih tundakan dulu sessi bergambar
Nampak hari ini cuaca ok boleh lah sambung balik yang tertunda semalam
Kalau cuaca tak ok jugak macam semalam dah tak boleh simpan lagi dah kuih... kena tunggu hari lain lah jawabnya buat balik semula
Kuih Lapis Labu ini hasil pencarian saya di Cookpad
Suka sangat kuih ni... teksturnya begitu lembut dengan manis yang secukup rasa
Cuma melapisnya perlukan sedikit kesabaran tapi berbaloi...
Rasa puas tatkala kuih dipotong dan melihat lapisan kuih yang terhasil
❀ Kisar sebahagian santan dengan labu sehingga halus
❀ Dalam bekas lain campurkan tepung beras dan tepung sagu
❀ Masukkan sebahagian lagi santan ke dalam tepung dan kacau rata dengan whisk
❀ Kemudian tuang bahan kisar sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
❀ Asingkan 1/4 bahagian.. tambahkan paste , kacau rata & bahagikan kepada 6
❀ Baki adunan tambah pewarna lemon yellow & bahagikan kepada 6
❀ Alas loyang 7"sq dengan plastik tahan panas & sapukan minyak di dasar dan sekeliling loyang
❀ Setelah kukusan mendidih , letakkan loyang dalam kukusan
❀ Tuang adunan kuning kukus 5 minit dengan api sederhana
❀ Cucuk permukaan dengan garfu , tuang adunan coklat kukus 5 minit
❀ Ulangi sehingga adunan habis... 6 lapisan kuning & 6 lapisan coklat
❀ Lapisan terakhir kukus selama 20-25 minit
❀ Selepas tamat tempoh mengukus buka penutup kukusan , kecilkan api dan biarkan kuih dalam kukusan untuk 10 minit lagi
❀ Angkat dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong

by IzaAkma SSKBAHAN-BAHAN :
- 300 gm Labu Kuning | rebus hingga empuk & toskan
- 250 gm Tepung Beras
- 75 gm Tepung Sagu
- 800 gm Santan | campuran 300 gm santan kotak + 500 gm air
- 3 helai Daun Pandan
- 1/2 tsp Garam
- 200 gm Gula Pasir / sesuai selera
- 1 tsp Dark Cocoa Powder *
- 1 tsp Air Panas *
- 1/2 tsp Browning * | * satukan sebagai paste
CARA PENYEDIAAN :
❀ Didihkan santan , daun pandan , gula & garam sehingga gula larut❀ Kisar sebahagian santan dengan labu sehingga halus
❀ Dalam bekas lain campurkan tepung beras dan tepung sagu
❀ Masukkan sebahagian lagi santan ke dalam tepung dan kacau rata dengan whisk
❀ Kemudian tuang bahan kisar sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
❀ Asingkan 1/4 bahagian.. tambahkan paste , kacau rata & bahagikan kepada 6
❀ Baki adunan tambah pewarna lemon yellow & bahagikan kepada 6
❀ Alas loyang 7"sq dengan plastik tahan panas & sapukan minyak di dasar dan sekeliling loyang
❀ Setelah kukusan mendidih , letakkan loyang dalam kukusan
❀ Tuang adunan kuning kukus 5 minit dengan api sederhana
❀ Cucuk permukaan dengan garfu , tuang adunan coklat kukus 5 minit
❀ Ulangi sehingga adunan habis... 6 lapisan kuning & 6 lapisan coklat
❀ Lapisan terakhir kukus selama 20-25 minit
❀ Selepas tamat tempoh mengukus buka penutup kukusan , kecilkan api dan biarkan kuih dalam kukusan untuk 10 minit lagi
❀ Angkat dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong
puashati dengan hasil... puashati dengan rasa
No comments:
Post a Comment