IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK PAHANG
Selalunya kalau ke Kuantan pasti akan singgah makan di RnR Temerloh dan sudah semestinya lauk yang dicari ialah patin masak tempoyak
Bila diamati rasa kuah masak tempoyak cara pahang agak ringan berbanding cara perak
Kalau orang perak masak gini dipanggil masak asam tempoyak... masa tumbuk cili dengan kunyit ditumbuk sekali bawang merah pastu ketuk serai dan siat-siatkan daun kunyit masuk dalam kuah
Tapi cara pahang hanya cili dengan kunyit saja digunakan... lebih kurang macam masakan nogori yang langsung tak guna bawang dalam masak lemak
Lain negeri lain cara lain juga rasa...
Apa pun caranya kalau dah namanya hantu tempoyak tak kisah la cara mana pun dua-dua teman suka...
source : Khairul Hakimin Fb
❀ Bukakan api
❀ Tumbuk cili dengan kunyit hidup sampai lumat , masukkan dalam periuk (tak perlu guna bawang)
❀ Masukkan tempoyak , kacau rata
❀ Biar sampai mendidih
❀ Jika warna pudar tambah serbuk kunyit dalam 1 sdb
❀ Masuk daun kesum dan kantan , kacau lagi
❀ Rasa dulu... kalau guna tempoyak masam , dah ok... tapi kalau guna tempoyak manis kena tambah asam keping (masak tempoyak kena rasa masam-masam sikit baru sedap)
❀ Masukkan ikan... bila dah masuk ikan jangan dikacau beriya nanti hancur ikannya
❀ Dah mendidih masuk garam dan sesuaikan rasa
::My Note::
- 1 ekor ikan patin , potong & bersihkan
- lumurkan dengan tepung gandum untuk hilangkan bau hanyir & bilas bersih sekali lagi
- guna 10 biji cili padi merah untuk 500 ml air... itu pun dah pedas
- tempoyak ikut suka banyak mana bergantung pada masam / manisnya tempoyak
- kantan tak payah bubuh
- tambah sedikit saja gula

by IzaAkma SSKsource : Khairul Hakimin Fb
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor Ikan Patin
- 1 senduk Tempoyak / lebih
- 2 ikat Daun Kesum
- 1 kuntum Bunga Kantan (optional)
- 1 genggam Cili Padi
- 2 inci Kunyit Hidup
- Asam Keping (jika perlu)
- Serbuk Kunyit (jika perlu)
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN :
❀ Isi air dalam periuk anggaran 1 liter atau ikut suka... tak perlu banyak sangat , nanti cair tak sedap❀ Bukakan api
❀ Tumbuk cili dengan kunyit hidup sampai lumat , masukkan dalam periuk (tak perlu guna bawang)
❀ Masukkan tempoyak , kacau rata
❀ Biar sampai mendidih
❀ Jika warna pudar tambah serbuk kunyit dalam 1 sdb
❀ Masuk daun kesum dan kantan , kacau lagi
❀ Rasa dulu... kalau guna tempoyak masam , dah ok... tapi kalau guna tempoyak manis kena tambah asam keping (masak tempoyak kena rasa masam-masam sikit baru sedap)
❀ Masukkan ikan... bila dah masuk ikan jangan dikacau beriya nanti hancur ikannya
❀ Dah mendidih masuk garam dan sesuaikan rasa
::My Note::
- 1 ekor ikan patin , potong & bersihkan
- lumurkan dengan tepung gandum untuk hilangkan bau hanyir & bilas bersih sekali lagi
- guna 10 biji cili padi merah untuk 500 ml air... itu pun dah pedas
- tempoyak ikut suka banyak mana bergantung pada masam / manisnya tempoyak
- kantan tak payah bubuh
- tambah sedikit saja gula
No comments:
Post a Comment