KERABU TOMATO
Seperti yang dijanji , giliran Kerabu Tomato mengisi entri hari ini. Resipi ditukil daripada salah satu koleksi buku masakan yang dibeli sekitar Disember 2013. Baru dapat mencuba satu resipi daripada buku tersebut dan banyak lagi yang lain yang menarik. Ada kesempatan saya akan cuba yang lain lain dan kongsikan di sini nanti , insyaallah...
Kerabu ni simple je... tak pedas sangat tapi sangat wangi sebab ada kerisik , serai dan bunga kantan. Kalau suka yang kaw kaw pedas boleh tambahkan hirisan cili padi. Siapa yang on diet dan yang menjaga kecantikan kulit sesuai sangat... boleh dikatakan 2 in 1 sebab ada tomato. Yang tak diet pun dialu-alukan untuk mencuba... bukan saja sedap malah tomato selain mencantikkan kulit ia juga bagus untuk kesihatan. Info berkenaan tomato ada saya selitkan sekali di bawah nun... :)
KERABU TOMATO
by House of SSKsource : Dr. Shahrim Karim & Normariya Ulfa Sariman @ Resipi & Khasiat HERBA di Malaysia
BAHAN A :
- 60 gm Kerisik
- 15 gm Belacan | dibakar
- 2 sdb Minyak Jagung
- 1 biji Limau Nipis | ambil jus
- 400 gm Tomato | buang biji - hiris memanjang
- 100 gm Bawang Besar | hiris
- 40 gm Cili Merah | hiris
- 2 batang Serai | hiris halus
- 1 kuntum Bunga Kantan | hiris
- Garam & Gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN :
❀ Campurkan kerisik , belacan , minyak dan jus limau , kacau rata
❀ Masukkan campuran kerisik ke dalam tomato dan herba yang dihiris
❀ Perasakan dengan garam dan gula , gaul hingga rata
❀ Sejukkan di dalam petisejuk sebelum dihidangkan
❀ Campurkan kerisik , belacan , minyak dan jus limau , kacau rata
❀ Masukkan campuran kerisik ke dalam tomato dan herba yang dihiris
❀ Perasakan dengan garam dan gula , gaul hingga rata
❀ Sejukkan di dalam petisejuk sebelum dihidangkan
Antara bahan makanan yang mempunyai manfaat besar kepada kesihatan dan kecantikan kulit ialah tomato.
Bukan saja sedap dan menjadi antara bahan penting masakan, tomato boleh memberi zat secukupnya kepada kulit dan rambut.
Bagi mereka yang berminat dengan rawatan secara semula jadi yang murah, mudah dan berkesan, berikut disenaraikan kebaikan tomato dan cara menggunakannya untuk menjaga kecantikan kulit.
1. Dimakan begitu saja untuk mendapatkan nutrisinya dan kandungan air yang tinggi bagi melembapkan kulit dan sarat dengan mineral, kalsium, vitamin A, vitamin C, flavonoid, vitamin B kompleks, tiamin, folat dan niacin. Bukan saja baik untuk kulit tetapi menjaga kesihatan mata.
2.Kandungan antioksidan seperti lycopene dan zea-xanthin dalam tomato mampu melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas.
3. Bersifat antikanser dan mengelak reaksi kerosakan akibat pemakanan harian dan pendedahan kepada elemen alam sekitar sehingga merosakkan kesihatan dan menjejaskan penampilan.
4. Ia mampu memulihkan sel dan membina otot memandangkan tomato mempunyai kandungan protein.
5. Merawat liang roma terbuka dengan cara mencampurkan empat sudu jus tomato dengan satu sudu air, sebelum disapu ke seluruh muka menggunakan bola kapas. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci.
6. Menyerikan wajah dengan cara menggosok potongan tomato pada kulit sehingga jus menyerap ke dalam kulit. Ia juga boleh membantu meratakan warna kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat.
7. Biji tomato mempunyai khasiat yang mampu merawat pelbagai masalah kulit. Ia boleh membantu melawan masalah penuaan pramatang dengan cara menyapu tomato kisar ke wajah sebelum tidur dan hanya basuh keesokan paginya.
8. Merawat jerawat dan ruam panas. Belah tomato dan sapukan pada wajah ataupun sapukan isi tomato pada wajah dan biarkan kira-kira satu jam. Sapu secara konsisten mampu memberi kesan ketara.
9. Mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah. Sebum terlalu banyak boleh menyumbat liang roma, seterusnya menyebabkan jerawat dan parut pada wajah. Tomato membantu mengurangkan masalah minyak berlebihan seterusnya kulit lebih licin dan bersih.
10.Tomato bertindak sebagai pelindung matahari semula jadi, sekali gus membantu memberikan wajah lebih muda kepada mereka yang rajin mengamalkannya.
11. Ia juga mengandungi lapisan minyak semula jadi yang boleh digunakan sebagai penyegar semula jadi selepas kulit dicuci bersih.
12.Pengambilan tomato setiap hari mampu melawan kerosakan sel pada tahap selular, seterusnya membantu kulit kelihatan lebih anjal dan kurang garis halus.
13. Menyapu tomato pada kulit membantu mencerahkannya secara semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya.
14. Kulit lebih lembut dan bermaya. Campuran jus tomato dan madu melembapkan kulit dan menjadikannya lebih berseri.
15. Jus tomato juga boleh disapu dan digosok menggunakan tangan dengan cara membulat. Ia dapat menyingkirkan sel kulit mati, seterusnya kulit menjadi lebih gebu dan cerah.
(kredit info : MyMetro)
No comments:
Post a Comment