APAM CHEESE
24 September 2019, Selasa
Citarasa purba macam saya ni mana lerr suka cheese sangat. Namun bila melibatkan kuih muih ya ampun tak mampu menolak. Lagi pun kuantiti cheese dalam kuih tak begitu banyak. Masih boleh diterima. Jumpa resipi ni kat satu group Fb tiga tahun lalu. Kegebuannya buatkan teruja untuk cuba. Sesudah dua tahun simpan keterujaan, terlaksana juga tahun lepas.
Kebetulan masa buat tu ada blueberry filling. So try bubuh sikit dalam konon sebagai inti. Pastu layerkan isian adunan menjadi tiga lapisan warna bertemakan warna filling. Alhamdulillah jadi. Cuma filling tu jatuh ke bawah. Mungkin sebab adunan terlalu ringan. Tak dapat menampung berat filling supaya terletak elok di tengah. Apam dah sedap. Next time mungkin boleh lorekkan saja kat atas berbanding bubuh dalam. Tak apalah... belajar daripada kesilapan. Jika tak pernah silap, tak pernah salah, kita tak akan pernah belajar. Apa pun simpan dulu resipi kat sini sesiap mana tahu esok esok boleh buat lagi.
APAM CHEESE
by House of SSKBAHAN A:
- 2 biji Telur A
- 1 cwn Gula Kastor
- 1 sdt Ovalet
- 2 cwn Tepung Naik Sendiri
- 2 sdt Esen Vanila
BAHAN B:
- 1 cwn Susu Sejat
- 2 keping Cheddar Cheese
CARA PENYEDIAAN :
❀ Panaskan kukusan
❀ Masak Bahan (B) dengan api sederhana sehingga cheese larut. Ketepikan
❀ Mixer telur, gula, ovalet, vanila hingga kembang dan gebu
❀ Masukkan Bahan (B) yang dimasak tadi, kacau rata
❀ Diikuti tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balik hingga sebati
❀ Isikan adunan ke dalam papercup
❀ Kukus dengan api sederhana 8-9 minit
❀ Panaskan kukusan
❀ Masak Bahan (B) dengan api sederhana sehingga cheese larut. Ketepikan
❀ Mixer telur, gula, ovalet, vanila hingga kembang dan gebu
❀ Masukkan Bahan (B) yang dimasak tadi, kacau rata
❀ Diikuti tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balik hingga sebati
❀ Isikan adunan ke dalam papercup
❀ Kukus dengan api sederhana 8-9 minit
No comments:
Post a Comment