KERABU MAGGI THAI
25 September 2019, Rabu
Juga viral sekitar 2017. Masa tengah hot viral tu seru tak sampai lagi. Hajat hati nak rasa dulu kat mana-mana baru boleh buat. Lagipun maggi jenis tu tak nampak jual pun kat kedai-kedai (sekarang dah banyak jual). Sehinggalah jalan-jalan ke Utara tahun lepas. Ambil peluang merasa kat sana. Dengan pedasnya, masam-masam macam tomyam, berair-air mata makan kepedasan. Tapi sedapp! Langsung jumpa maggi siam kat sana terus rembat bawa balik. Bahan utama dah ada, rasa pun dah tahu baru senang hati buat.
KERABU MAGGI THAI
by House of SSK
BAHAN A :
- 3 bungkus Maggi Siam Perisa TomYam
- 3 Serbuk Perasa (yang terdapat dalam bungkusan maggi)
- Udang Segar
- Sotong
- Crabstick (rebus dahulu kemudian hiris)
BAHAN B (tumbuk) :
- Bawang Besar Merah | hiris halus
- Karot | hiris halus
- Kubis Ungu | hiris halus
- Tomato Cherry | belah 2
- Cili Padi | hiris
- Daun Ketumbar | hiris
- 1 batang Serai | ambil bahagian putih - hiris halus
CARA PENYEDIAAN :
❀ Panaskan air dalam periuk bersama 1 serbuk perasa
❀ Celurkan dulu sekejap udang, sotong dan crabstick dalam air rebusan secara berasingan dan tos.
❀ Asingkan 7 sdb air rebusan tersebut ke dalam satu bekas lain untuk sos@kuah. Jika mahu lebih kuah boleh lebihkan air rebusan.
❀ Kemudian rebuskan maggi. Angkat, tos dan buang air rebusan.
❀ Setelah siap, masukkan kesemua bahan rebus ke dalam mangkuk
❀ Masukkan juga semua bahan sayur dan cili yang telah dihiris
❀ Ambil 2 lagi baki serbuk perasa, masukkan dalam bekas berisi air rebusan yang diasingkan tadi. Kacau rata
❀ Tuang ke dalam mangkuk berisi campuran maggi, gaul sebati
❀ Taburkan lagi sedikit daun ketumbar jika mahu
❀ Siap untuk dihidang
Note :
# Tak perlu tambah perasa lain sebab rasa daripada serbuk perasa dah cukup serasi dan seimbang.
# Jus limau kalau nak bubuh pun boleh tapi sedikitt saja ye sebab dah cukup rasa masam
# Banyak mana sotong udang sayur semua agak-agak ikut sesuai selera

No comments:
Post a Comment