GULAI LEMAK CILI PADI UDANG DENGAN DAUN SELOM
23 September 2019, Isnin
Ulam daun selom cicah sambal belacan memang tak asing lagi kepada penggemar lauk kampung.
Saya ni kalau beli seikat untuk ulam semata payah benar nak habisnya. Lepas jenjalan di google dapat idea. Apa kata terjunkan dalam gulai.
Terus terfikir apa rasa ye bubuh dalam gulai... tak pahit ke kuah nanti?
Projek apa rasa bermula.
Saya pilih untuk tumbuk cili, kunyit dan bawang. Kaedah tradisional gituu. Petua orang tua tua dulu jangan dilanggar. Masa tumbuk campurkan juga sedikit garam. Kalau dapat garam kasar lagi bagus.
Dah siap masak apa yang difikir tadi terjawab sudah.
Udang di laut, selom di darat, dalam periuk bersatu jua.
Pada saya paduan keduanya ngam sangat sebab udang manis. Kuah haruslah pekat biar bersalut dengan udang dan daun selom. Kalau ulam seikat susah nak bagi habis tapi buat gulai macam ni macam tak cukup pula seikat. Saya lebih suka cedok selom, udang dapat seekor dua pun cukup. Tak sangka daun selom yang selalunya sedap buat ulam, kerabu rupanya enak juga dibuat gulai.
GULAI LEMAK CILI PADI UDANG DENGAN DAUN SELOM
by House of SSK
BAHAN A :
- 20 ekor Udang Sederhana Besar | bersihkan & tos
- 1 ikat Daun Selom | patahkan kasar-kasar
- 1 batang Serai | dititik
- 1 keping Asam Gelugur
- 500 gm Santan Pekat Segar
- Gula secubit
BAHAN B (tumbuk) :
- 7 biji Cili Padi Hijau
- 4 biji Cili Padi Merah
- 2 ulas Bawang Merah
- 1 inci Kunyit Hidup
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN :
❀ Masukkan Bahan (B) bersama separuh santan dan serai ke dalam periuk
❀ Masak sehingga mendidih atas api perlahan
❀ Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah
❀ Masukkan secubit gula, udang dan daun selom
❀ Biarkan anggaran 5 minit, masukkan baki santan
❀ Kacau rata dan seimbangkan rasa
❀ Dah mendidih tutup api
❀ Hidangkan panas bersama nasi putih
❀ Masak sehingga mendidih atas api perlahan
❀ Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah
❀ Masukkan secubit gula, udang dan daun selom
❀ Biarkan anggaran 5 minit, masukkan baki santan
❀ Kacau rata dan seimbangkan rasa
❀ Dah mendidih tutup api
❀ Hidangkan panas bersama nasi putih
1 comment:
Wah... boleh dicuba nanti. Tengok dari picnya pun dah tahu memang sedap gulai lemak udang ni.
Post a Comment