AYAM BALI BEREMPAH
20 September 2019, Jumaat
Satu lagi menu yang pernah viral satu malaya sikit masa lalu.
Biasanya gitu ler. Dah jadi viral baru nampak. Berlumba sakan semua follow. Jika tak duduk ler diam-diam kat tempatnya... tak siapa tau. Termasuk ler yang menaip ni hahha... masa tengah viral tu ler baru terhegeh nak buat. Sebab tertanya jugak macam mana rasa sampai boleh jadi letops. Siapa yang dah pernah buat mesti tau kan keenakan ayam bali. Cuma yang ini topup dengan rempah sikit.
AYAM BALI BEREMPAH
by House of SSKBAHAN A :
- 1 ekor Ayam | potong - gaul kunyit & garam - goreng separuh masak
BAHAN B (kisar asing cili dengan bahan lain) :
- 8 tangkai Cili Kering (suka pedas tambah)
- 6 biji Bawang Merah Besar
- 1 labu Bawang Putih
- Halia sedikit saja (hujung jari kelingking)
- Belacan (sebesar setengah ibu jari)
BAHAN C :
- 6 batang Serai | dititik
- 8 tangkai Daun Kari
- 3 sdb Gula Pasir
- 1 sdb Serbuk Ketumbar | disangai
- Kicap Manis (ikut kesesuaian warna)
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN :
❀ Guna minyak lebihan goreng ayam tadi, goreng serai sampai separa coklat
❀ Masukkan daun kari sampai garing guna api sederhana
❀ Masuk bahan kisar bawang, halia, belacan, tumis hingga wangi
❀ Masuk cili kisar, tumis sampai garing naik bau dan pecah minyak dengan api perlahan
❀ Masuk gula, garam, kicap 5 renjis (sampai dapat warna merah maroon) dan serbuk ketumbar, kacau rata
❀ Masuk sedikit air dan biar mendidih
❀ Masuk ayam, biar sampai kuah pekat sikit
❀ Siap untuk dihidangkan (nak lagi sedap lepas masak jangan terus makan biarkan dulu seketika)

No comments:
Post a Comment