BINGKA UBI KAYU
04 September 2019, Rabu
Kadang-kadang bila dah terikat dengan sesuatu yang dah lama kita ikut, sebolehnya tak nak ubah dah. Terutama bab resipi bila sudah menepati citarasa. Tapi tak salah mencuba. Macam kuih tradisi ini. Orang dulu-dulu buat bingka ubi kayu hanya guna bahan asas parutan ubi kayu, gula, santan dan garam. Bila tiba generasi baru ada tokok tambah. Contohnya resipi Chef Azahari Abdullah ini yang menurutnya pernah jadi kontroversi sebab tambah telur.
Tapi bila saya cuba ok je rasa. Sedap cuma lembut sikit. Dah sejuk pun maintain lembut. Part ubi, saya lebih suka kaedah lama iaitu parut sebab kalau blend tekstur jadi halus sangat. Untuk kuih tradisi jika ada santan fresh better guna fresh.
BINGKA UBI KAYU
by House of SSK
BAHAN A :
- 600 gm Ubi Kayu | parut
- 200 gm Gula Pasir / secukupnya
- 1 sdt Garam /secukup rasa
- 2 biji Telur (size kecil)
- 100 gm Santan Kotak*
- 100 gm Air* | *satukan
- 3/4 sdt pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN :
❀ Dalam bekas adunan masuk bahan ikut urutan, gaul sebati dan ketepikan
❀ Sapu loyang dengan minyak/planta kemudian panaskan sekejap dalam oven
❀ Keluarkan loyang, tuangkan adunan dan sudukan atasnya 3-4 sudu makan planta/butter
❀ Bakar pada suhu 175C 30-40 minit api atas dan bawah. Bila cucuk lidi tak lekat maknanya dah masak
❀ Biar benar-benar sejuk baru potong

No comments:
Post a Comment