PIZZA BANANA KAYA
18 September 2019, Rabu
Pizza versi manis pisang dan kaya yang pernah menjadi viral.
Sebab tak larat nak tengok asyik lalu lalang terbuat juga sudahnya.
Kisahnya masa tu, nak merasa punya pasal tak sanggup tunggu lama. Keluar gi cari pisang... cari kaya... cari bahan semua. Pusing mencari... kaya pandan pula tak ada. Kaya biasa ada tapi tetap juga nak hijau. So beli daun pandan buat kaya pandan sendiri. Banyak la kerja sikit tapi tak rugi apa aihh... dapat juga belajar buat homemade kaya. Part kaya settle, merasa jua akhirnya pizza viral. Kebetulan ada crumble lebihan buat Fruit Pastry Cake resipi Chef Asma. Guna juga tabur atas bagi perabih.
Selepas kejadian pertama bila terkenang sweet sweet nyer tu kombinasi pula dengan pizza yang gebu, dua tiga kali juga ulang buat.
PIZZA BANANA KAYA
by House of SSKBAHAN DOH PIZZA :
- 300 gm Tepung Gandum
- 20 gm Marjerin Planta
- 1 sdt Bread Improver
- 1/4 sdt Garam*
- 1 1/2 sdb Susu Sejat*
- 1 sdt Gula Pasir* | *satukan - kacau rata
- 70 gm Air Suam**
- 10 gm Gula Pasir**
- 6 gm Yis Mauripan**
- 100 gm Air** | **satukan - kacau rata - biar kembang & berbuih
CARA PENYEDIAAN :
❀ Satukan tepung dengan marjerin.
❀ Uli dengan campuran susu * bagi rata
❀ Kemudian tuang campuran yis ** yang sudah kembang tadi.
❀ Uli hingga sebati dan doh tak lekat di tangan. Jika adunan melekit tambah lagi 1 sdb tepung gandum
❀ Perap 45 minit hingga naik sekali ganda dalam bekas bertutup kain lembap

BAHAN TOPPING :
- 1 sdt Gula Pasir | untuk tabur atas doh
- Kaya Pandan
- Pisang Montel | hiris agak tebal
- Mozarella Cheese
- Sedikit Crumble
CARA PENYEDIAAN :
❀ Panaskan oven 170 C api atas bawah
❀ Gris pan pizza 12" yang berlubang di dasar dengan marjerin
❀ Setelah doh kembang, tumbuk doh dan ulikan sekejap
❀ Ratakan doh dalam pan
❀ Cucuk permukaan dengan garfu - tabur gula pasir - ratakan kaya - tabur sebahagian moza - atur pisang - tabur moza - tabur crumble
❀ Bakar suhu 160 C api atas bawah (no fan) selama 20 minit. Kemudian tukar api atas sahaja untuk 15 minit lagi. 5 minit terakhir tukar api grill untuk perangkan bahagian atas (cara bakar, suhu dan jangkamasa bakar mengikut cara dan oven masing-masing)
❀ Ayak snow powder waktu menghidang

No comments:
Post a Comment