AYAM MASALA Chef Wan
11 Oktober 2019, Jumaat
Lauk iringan Nasi Dhal.
No komen sebab resipi Chef Wan dah semestinya mabeles.
Bahan lain semua cukup, yogurt je tak ada. Sedangkan resipi perlukan yogurt. Hati pula tak menyempat nyempat nak tunggu hari lain... berkeras juga nak buat jap jap tu. So jalan senang, ambil susu sejat campur cuka... dah siap ganti yogurt. Pastu dah boleh terus ikut kata hati hehe...
AYAM MASALA
by House of SSK
BAHAN A :
- 2 sdm Minyak Sapi
- 4 sdm Minyak Masak
- 2 labu Bawang Besar | hiris halus
- 2 kuntum Cengkih
- 3 biji Pelaga
- 400 gm Dada Ayam | potong ketulan kecil
- 2 sdm Tomato Puree
- 150 gm Susu Sejat
- Segenggam Daun Ketumbar | cincang kasar
- 2 biji Cili Hijau | buang biji - cincang
- Air ikut keperluan
- Garam & Gula Perang secukup rasa
BAHAN B (sebatikan) :
- 100 gm Susu Sejat
- 1 sdm Cuka Makan
BAHAN C (disatukan) :
- 2 sdt Serbuk Ketumbar
- 2 sdt Garam Masala
- 1 sdt Serbuk Cili
- 1 sdt Serbuk Lada Hitam
CARA PENYEDIAAN :
❀ Panaskan minyak sapi bersama minyak
❀ Tumis bawang hiris, cengkih dan pelaga sehingga bawang lembut
❀ Masukkan Bahan (C) bersama ayam. Goreng dengan api sederhana sehingga naik bau. Pastikan selalu dikacau supaya tak hangit
❀ Masukkan tomato puree, susu sejat dan sedikit air. Masak sehingga kuah pekat
❀ Perisakan dengan garam dan gula
❀ Masuk Bahan (B), daun ketumbar dan cili hijau. Masak sampai kuah pekat kuah yang disukai
❀ Hiaskan ikut selera dan hidangkan bersama nasi ketika masih panas

No comments:
Post a Comment