LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA
09 Oktober 2019, Rabu
Sekali lagi berulang.
Cerita lama yang pernah menimpa ramai food bloggers.
Malam semalam dengan santai saya log in update facebook seperti biasa. Lepas update scroll sekejap. Ramai nyer lahai promosi macam-macam online PJJ. Sampai lah ke satu pjj yang menawarkan 4 serangkai kaswi. Rasa macam minat juga nak join sebab ada sejenis dua kaswi macam lain sikit. Tapi rileks dulu ambil tempoh bertenang. Sementara itu jari ligat search gugel. Search punya search membawa ke blog sendiri. Bila tengok balik laa dah buat rupanya dulu. Tapi mungkin tak sama seratus peratus kot dengan pjj tersebut. Then back to facebook... search facebook pula. Sebaik click aje... keluar semua pautan yang melibatkan gambar dan resipi daripada SSK. Tapi atas nama fb orang lain bukan saya. Of coz lah saya kenal gambar sendiri. Semua jumpa secara tak sengaja.
Ini bukan kali pertama saya jumpa nama pemilik akaun fb di atas.
Mula-mula saya jumpa tiga tahun lepas. Pun secara tak sengaja juga. Pemilik tersebut telah terang-terangan lagi bersuluh menyalahi etika mencuri gambar daripada blog ini tanpa meminta walau sepatah kebenaran daripada saya. Walhal di sidebar blog dah dipamerkan dengan jelas sekali di Copyright Reserved, 'Please Do Not Copy And Paste' untuk semua content termasuk gambar dalam blog. Jika ada yang tak perasan atau buat buat tak perasan sila baca dan fahamkan.
Saya bukan nak mendabik dada mengatakan gambar blog ini cantik. Tidak sama sekali. Gambar saya banyak lagi kekurangan dan kelemahan dan masih lagi belajar mendalami ilmu fotografi. Malah jika ada yang hubungi saya minta kebenaran, insyaallah saya akan izinkan. Apa cara untuk hubungi saya pun saya dah paparkan alamat emel di blog. Tapi kenapa masih ada insan insan yang tak bertanggungjawab terus mencuri dan mencuri sesuka hati. Bukan setakat curi, siap crop lagi buang watermark. Tak cukup dengan itu, selepas watermark saya dinyah... dengan rasa tak malu tepek pulak nama dia sendiri kat gambar. Pastu copy paste resipi bulat-bulat daripada sini then credit kan resipi atas nama dia sendiri. Kemudian share pula di group-group facebook seolah-seolah gambar dan resipi milik dia. Maka berduyun lah yang datang like, komen n share. Ada yang like tu pula di kalangan food bloggers yang saya tahu. Macam mana sang sang lanun nak insaf kalau apa yang mereka buat terus mendapat sokongan padu daripada likers.
Saya pelik sangat sangat. Kemana hilangnya adab budi bahasa dan rasa malu. Tak ada rasa malu walau sebesar zarah ke ambil hasil karya titik peluh orang lain dan mengaku itu hasil karya sendiri?
Bukan saya nak nama ke apa tapi cukup hasil penat lelah saya dihargai. Bukan dipandang enteng dipijak sesuka hati. Mungkin hanya sesetengah food bloggers saja yang faham bagaimana susah payahnya demi untuk satu entri. Untuk satu entri saja saya kena habiskan masa hampir sehari suntuk. Daripada menyiapkan bahan, memasak, setup untuk sesi fotografi, mencari angle yang baik, cahaya yang bagus, menonggeng, meniarap, memanjat... semua tu tak terkecuali bagi mendapatkan gambar yang elok. Sampai kadang tu sakit sakit pinggang sebab ada angle akan menyebabkan pinggang sakit. Sakit sakit ini bukan pengakuan daripada saya seorang. Tanyalah pada mana mana phopers pun semua mereka akan cakap yang sama.
Itu baru part masak dan ambil gambar. Belum lagi step-step lain yang perlu dilakukan sehinggalah entri dapat di publish. Semua itu menuntut tenaga, masa dan buah fikiran. Bagaimana saya tak sakit mata sakit hati bila orang buat macam tu. Orang-orang sebegini biasanya tak makan saman. Diberi kata dua pun habis-habis mereka akan buat dono aje. Saya ingat dia curi satu rupanya banyak. Kat atas tu semua image yang saya dah screenshot. Semua resipi itu kalau uoll nak tengok cari je kat index. Ini yang saya tahu dan jumpa depan mata. Di belakang yang saya tak tahu entah berapa banyak lagi ada. Sebelum kes dia ni ada juga dulu kes lain katanya berniaga... curi gambar SSK, crop buang watermark then gunakan gambar tu untuk promosi product dia. Saya tegur pun tak jalan apa apa. Dengan bangganya dia jadikan gambar itu seolah-olah kepunyaan sendiri untuk lariskan jualan.
Tak tahu nak cakap apa dah. Mungkin dunia dah akhir zaman. Orang yang menipu dan tak jujur disanjung dipuja dikejar. Sedangkan orang yang berlaku jujur dibuang dan dianggap menipu. Berapa banyak komen yang saya terima cakap saya ni menipu dalam berkongsi resipi. Ada yang kata saya ambil gambar yang cantik-cantik daripada gugel then paste kat blog. Untuk apa saya nak buat semua macam tu kalau akhirnya akan musnahkan blog saya sendiri. Tapi semua tu saya simpan tak pernah kongsikan. Bagi saya biarlah yang pahit itu saya seorang yang tahu.
Apa pun saya respect pada site owners dan orang perseorangan yang emel kepada saya mohon keizinan untuk gambar dan artikel di SSK. Sekurangnya masih ada insan yang kenal erti susah payah dan hormati hasil kerja orang lain.
No comments:
Post a Comment