FRUITY PASTRY CAKE
04 Oktober 2019, Jumaat
Ingat lagi kek yang pernah meletup satu malaya sekitar tahun lalu.
First time saya buat September 2018, kek ni tengah hot. Merata mencari buah strawberi. Semua tempat kehabisan. Kuat betul penangan. Last terpaksa 'panjat' Gunung Jerai. Baru jumpa. Itu yang dapat buat second FPC ada strawberi. Selagi tak nampak merah merah strawberi atas kek rasa tak puas. Mesti nak ada juga.
Posting ini adalah FPC saya ke-3.
Selepas ke-3, ada buat lagi yang ke-4 resipi Chef Asma (maaf tak dapat share) dan ke-5 follow kat fb tapi tak puashati. Nasib baik strawberi senang dapat. So dapatlah make-up kan FPC dengan strawberi. Baru puas nengok ada bayang strawberi.
FPC yang gerenti jadi dan dijamin sedap!
Buah terletak elok tak tenggelam. Kek yang sangat moist dan manis just nice.
Ke-moist-an kek akan lebih terserlah selepas semalaman.
FRUITY PASTRY CAKE
by House of SSKsource : Cik Dayang Zuhaila
BAHAN A :
- 125 gm Pure Butter
- 130 gm Gula Kastor
- 3 biji Telur (A)
- 1/2 biji Lemon | ambil jus & parut kulit atau 2 sdb Sunquick
- 2 sdb Susu Pekat Manis (utk lembap n moist)
- 2 sdb Susu Full Cream
- Secubit Garam Halus
BAHAN B :
- 210 gm Tepung Superfine (jika tepung gandum ayak 3x)
- 100 gm Plain Yogurt (nak sedap sour cream)
HIASAN :
- Strawberry, Blueberry, Peach (jangan potong nipis nanti tenggelam)
- Snow Powder
CARA PENYEDIAAN :
❀ Putar butter dan gula kastor hingga kembang, gebu, putih dan berkrim
❀ Masuk secubit garam, putar lagi
❀ Masuk telur satu persatu. Pastikan adunan di putar sebati selepas setiap kemasukan telur
❀ Masuk jus lemon, parutan kulit dan susu pekat, putar lagi
❀ Masuk susu full cream, putar lagi sebati
❀ Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan yogurt sambil diputar hingga sebati. Adunan agak pekat
❀ Alihkan mixer, kaupbalikkan adunan bagi rata
❀ Panaskan oven
❀ Sediakan loyang 9"sq/10" bulat dan alas baking paper
❀ Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Hentakkan loyang beberapa kali supaya adunan merata.
❀ Atur potongan buah. Letak saja jangan tekan. Buah tak perlu digaul dengan gula
❀ Bakar 160C api atas bawah 45 minit bergantung pada oven
❀ Ayak snow powder apabila menghidang (ayak tinggi supaya taburannya cantik)
Catatan HoSSK :
# lemon... 1 biji sunkist ambil jus dan parut kulit
# yogurt... yogurt Greek
# telur... 60 gm/each
# butter... Anchor unsalted
# peach... Hosen, belah 2
# strawberi... belah 2
# blueberi... biar sebiji-sebiji
# bakar seperti resipi selama 40 minit

No comments:
Post a Comment