KASWI TEPUNG BERAS
07 Oktober 2019, Isnin
Biasa kuih kaswi guna tepung gandum jarang sekali tepung beras. Kalau tepung gandum, tekstur kenyal lembut lembut manja. Manakala tepung beras, kenyal dan sikit padat tapi padat yang masih lagi lembut, bukan keras. Kuih kaswi ni ada penggemarnya sendiri. Tang mana sedapnya masing-masing punya jawapan tersendiri . Jika tanya saya, saya suka sebab rasa kenyal-kenyal. Tapi biarlah kenyal yang sedap. Kalau terlebih kenyal pun tak sedap juga. Dibandingkan kaswi melayu dengan kaswi nyonya, kaswi nyonya lagi lebih kenyal. Rasa kenyal kaswi sebab campuran tepung ubi. Kalau terlebih campur, kuih akan jadi liat dan tak sedap.
Masa geledah cari sana sini resipi kaswi tepung beras, salah satu yang jumpa resipi Zaimah ni. Tak rugi cuba. Two thumbs up!
KASWI TEPUNG BERAS
by House of SSKBAHAN A :
- 2 cwn Gula Merah
- 2 cwn Air
- 3 helai Daun Pandan
BAHAN B :
- 2 cwn Tepung Beras
- 2 sdb Tepung Ubi
- 1 cwn Santan Pekat
- 2 sdb Air Kapur (jangan terlalu jernih, ambil pekat sikit)
- 1/2 sdk Garam
CARA PENYEDIAAN :
❀ Masak Bahan (A) hingga larut. Biarkan sejuk
❀ Campurkan semua Bahan (B) dalam satu bekas. Sebatikan dengan sirap gula merah. Tapis jika perlu
❀ Sapu sedikit minyak pada loyang
❀ Setelah kukusan mendidih, tuangkan adunan dalam loyang dan kukus selama 45 minit
❀ Dah benar-benar sejuk baru potong dan gaul dengan kelapa yang dicampur secubit garam.
❀ Sedia untuk dihidang
❀ Campurkan semua Bahan (B) dalam satu bekas. Sebatikan dengan sirap gula merah. Tapis jika perlu
❀ Sapu sedikit minyak pada loyang
❀ Setelah kukusan mendidih, tuangkan adunan dalam loyang dan kukus selama 45 minit
❀ Dah benar-benar sejuk baru potong dan gaul dengan kelapa yang dicampur secubit garam.
❀ Sedia untuk dihidang
No comments:
Post a Comment