GULAI PAKIS PETAI
03 Oktober 2019, Khamis
Ada masa bila dah buntu sangat tak tau nak masak apa, akan selongkar balik majalah lama tak pun kitab lama resipi bertulisan tangan. Semua catatan tu daripada rancangan tv, radio mahu pun akhbar dulu dulu. Ketika itu samada suka atau tak suka paksa juga tulis. Bukan macam sekarang, senang... copy n paste. Waktu itu tulisan masih ada bentuk abjad dan boleh dibaca lagi.
Ingat lagi dulu waktu darjah 4 hanya saya dan dua tiga rakan, cikgu pilih benarkan tulis guna pen. Sementara rakan lain terus guna pensil. Cikgu pilih atas alasan tulisan cantik dan jarang silap dalam menulis. Jeles juga dorang tengok kami boleh guna pen hihi. Dan seawal usia sepuluh tahun juga sudah belajar menulis tulisan sambung. Laa ni semua dah lain... tulisan mengalahkan doktor... sendiri tulis sendiri tak boleh baca haha. Jauh beza dengan zaman sekolah dan uni dulu... member semua duk puji tulisan lawa. Sekarang nak dapat tulisan lawa tu balik jenuh. Tak bolehh... skill dah ke laut.
Ini pun salah satu resipi yang ditukil daripada kitab lama. Seingat saya diambil daripada akhbar tapi tahun tak ingat. Kebiasaannya resipi lama lama khusus lauk pauk, tak dinafikan hasil rasa memang tip top. Jarang yang tak menepati rasa. Ini pada pandangan saya lah.
Selepas bertahun-tahun terperap dalam kitab, lima tahun lalu buat pertama kali saya pun cuba. Memang sedap. Lepas lepas tu asal teringin gulai pucuk paku mesti buat yang ini. Lagi pun tak susah cari bahan semua boleh dapat kat pasar. Dengan gulai yang penuh aroma, hidang pula dengan nasi putih hangat, ikan goreng, sambal belacan diiringi ulaman sudah cukup menambat selera penggemar masakan kampung.
GULAI PAKIS PETAI
by House of SSKBAHAN A :
- 200-300 gm Pucuk Paku
- 20 ekor Udang Besar
- 6 papan Petai
- 2 biji Limau Nipis | ambil jus
- 2 cwn Santan Pekat Segar
- 1/2 cwn Air
- Pati Ikan Bilis (optional)
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
BAHAN B (tumbuk/kisar) :
- 15 tangkai Cili Kering
- 1 labu Bawang Merah Besar
- 1 inci Kunyit Hidup
- 3 biji Buah Keras
- Sedikit Belacan
CARA PENYEDIAAN :
❀ Panaskan sedikit minyak dan tumis Bahan (B) sehingga wangi
❀ Masukkan udang dan goreng seketika
❀ Masuk santan dan air
❀ Apabila mendidih masukkan petai dan pucuk paku
❀ Perisakan dengan garam, gula dan pati ikan bilis
❀ Masak hingga pucuk paku empuk
❀ Akhir sekali sebelum tutup api masukkan jus limau
Note :
# petai boleh dikurangkan sesuai selera
# kuantiti air ikut kepekatan kuah sebab pucuk paku mengeluarkan air
# buah keras untuk memekat dan memberi rasa lemak
# belacan anggaran 1" atau boleh kurangkan
# masak gulai kena rajin kacau supaya santan tak pecah dan api kena perlahan
❀ Masukkan udang dan goreng seketika
❀ Masuk santan dan air
❀ Apabila mendidih masukkan petai dan pucuk paku
❀ Perisakan dengan garam, gula dan pati ikan bilis
❀ Masak hingga pucuk paku empuk
❀ Akhir sekali sebelum tutup api masukkan jus limau
Note :
# petai boleh dikurangkan sesuai selera
# kuantiti air ikut kepekatan kuah sebab pucuk paku mengeluarkan air
# buah keras untuk memekat dan memberi rasa lemak
# belacan anggaran 1" atau boleh kurangkan
# masak gulai kena rajin kacau supaya santan tak pecah dan api kena perlahan
1 comment:
Memang nampak menyelerakan gulai pakis petai ni, sekali tengok je pun dah tahu memang sedap.
Post a Comment