NASI DHAL
08 Oktober 2019, Selasa
Lama dah bookmark nak buat. Alhamdulillah berkesempatan juga.
Lembut dan rasa lemak lemak kacang dhal. Sedap!
Lauk mengiringi nasi, Ayam Masala. Pun best juga rasa ala klasik India gitew.
Jom intai resipi nasi dulu :)
NASI DHAL
by House of SSKBAHAN A :
- 3 cwn Beras Basmathi
- 4.5 cwn Air Rebusan Ayam
- 5 sdb Susu Sejat
- 2 biji Tomato | potong 8
- 100 gm Kacang Dhal Siap Rebus
- Garam secukup rasa
BAHAN B (campur sedikit minyak semasa kisar) :
- 1 labu Bawang Besar Merah
- 6 ulas Bawang Putih
- 3 cm Halia
- 1 cm Kunyit Hidup
- 10 biji Lada Hitam
BAHAN C (tumis) :
- 2 inci Kulit Kayu Manis
- 3 biji Pelaga | ketuk bagi pecah sikit
- 1 kuntum Bunga Lawang
- 3 kuntum Bunga Cengkih
- 2 helai Daun Pandan | simpul
- 1 batang Serai | dititik
- 1 sdb Minyak Sapi
- 3 sdb Minyak Jagung
BAHAN D (hiasan) :
- 3 sdb Bawang Goreng
CARA PENYEDIAAN :
❀ Basuh beras, rendam 30 minit dengan campuran sedikit cuka dalam air rendaman (sukatan beras dan air guna cawan rice cooker). Toskan
❀ Panaskan minyak sapi sama minyak jagung dalam kuali
❀ Tumis Bahan (B) sehingga wangi dan agak garing
❀ Masukkan buah tomato, kacaukan sebentar
❀ Masukkan beras, gorengkan selama 10 minit sambil dikacau rata
❀ Masuk air rebusan, garam dan kacang dhal (untuk air rebusan, keluarkan sebanyak 5 sdb dan gantikan ia dengan susu sejat)
❀ Kacau rata lalu tuang ke dalam rice cooker. Biarkan sehingga nasi elok masaknya.
❀ Gemburkan nasi perlahan-lahan dan hidangkan dengan taburan bawang goreng

No comments:
Post a Comment