KEK SARANG SEMUT
18 Oktober 2019, Jumaat
Kek sarang semut yang saya cuba dua tahun lalu. Nak dijadikan cerita waktu tu teringin sesangat nak buat selepas bertandang rumah sedara. Selain dijamu makan tengahari, tuan rumah juga jamu kek sarang semut yang lembut sangat sedap. Nak makan banyak segan pula. Nak tanya resipi lagi segan. Balik rumah macam-macam sumber dicari, semua versi perap. Part perap memerap yang malas, lama nak tunggu. Masa tu versi tak perap macam tak ada... hampir kebanyakan suruh perap nak bagi cantik bersarang. Last jumpa resipi ini... perap boleh tak perap boleh, pastu nak kukus ke bakar suka hati. Apalagi laju jela buat. Saya tak perap dan pilih untuk kukus. Yesss... dapat juga buat kek sarang semut yang lembutt, sedapp dan manis pun sedang elok. Cuma sarangnya macam kurang meriah. Nantilah bila-bila 'R' datang nak cuba lagi sampai dapat... biar penuh dengan sarang.
KEK SARANG SEMUT
by House of SSKsource : Fb Ida Shahida
BAHAN A :
- 1 cwn Gula Pasir
- 1 cwn Air Panas
- 3 sdb Butter
❀ Goreng gula dengan api sederhana sampai cair dan warna perang yang cantik
❀ Masukkan air panas perlahan-lahan, biar gula larut
❀ Padam api dan terus masukkan butter, kacau sampai butter cair
❀ Ketepikan

BAHAN B :
- 4 biji Telur
- 3/4 cwn Susu Pekat Manis
- 1 cwn Tepung Gandum
- 2 sdt Soda Bikarbonat
- 1 sdt Eseb Vanila
❀ Mixer telur sampai kembang
❀ Masukkan susu pekat dan mixer hingga rata
❀ Masukkan tepung dan soda yang diayak terlebih dahulu diikuti esen vanila, kaupbalik sebati
❀ Akhir sekali masukkan gula hangus tadi, kacau dan sebatikan
❀ Sediakan loyang, sapu sedikit butter keseluruhan loyang. Alas dengan baking paper seluruh atau bahagian dasar sahaja. Sapukan butter atas baking paper
❀ Tuangkan adunan ke dalam loyang
❀ Bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu
Panduan & Tips by Ida Shahida :
- Resipi boleh dibakar terus tanpa perlu diperap. Tetap sedap cuma kejadian sarangnya kurang cantik
- Jika nak perap, perap selama 3-4 jam dalam bekas bertutup rapat untuk mendapatkan sarang yang cantik. Sepanjang proses pemerapan tidak boleh sesekali dibuka atau sekejap buka sekejap tutup. Selepas diperap kacau dulu sekejap dengan senduk kayu/spatula sekadar untuk sebatikan adunan baru pindahkan ke dalam loyang
- Boleh dikukus ataupun dibakar. Jika dikukus, selama 50-60 minit atau bakar selama 40 minit 180C
- Warna kek bergantung pada warna gula hangus yang dimasak. Masa proses memasak gula hangus, sentiasa dikacau sampai menjadi karamel/warna perang. Cuma gula jangan terlebih hangus nanti kek akan rasa pahit.
- Telur jangan di mixer terlalu lama kerana akan mengeringkan kek. Mixer sekadar berbuih anggaran 2-3 minit sahaja
- Semasa masuk susu dan tepung, kacaukan sekejap saja. Ini akan membuatkan kek jadi lembap dan lembut
- Sekiranya dikukus, tutup loyang dengan aluminium foil berbanding balut dengan kain supaya kek lebih cantik. Caranya, mesti tinggikan sedikit foil daripada tinggi loyang supaya apabila dikukus kek dapat naik dengan sempurna dan permukaan kek tidak menyentuh foil. Sekiranya dibakar, tak perlu ditutup dengan foil
- Kukus dengan api kuat dari mula sampai selesai dan jangan dibuka kukusan sehinggalah cukup tempoh masa mengukus
- Untuk dapatkan potongan yang cantik dan berlubang, belah kek di tengah dan tengok arah urat. Kemudian potong kek secara melintang urat.

No comments:
Post a Comment