SAMBAL TEMPOYAK PUCUK UBI
17 Oktober 2019, Khamis
Hidangan tradisional yang enak. Kalau bulan puasa berbuka nasi sangat dicari-cari buat tambah selera. Biasa orang buat campur macam-macam jenis sayur kampung. Tapi saya buat yang senang jumpa depan mata je. Tempoyak pula saya campur... separuh tempoyak biasa, separuh tempoyak ready made jenama Vias. Boleh tahan sedap juga Tempoyak Vias ni.
Masak gini kuah kena pekat dan sayur betul-betul lembut baru sedap. Santan kena segar, sayuran kena segar baru dapat rasa lemak-lemak manis yang asli dan aroma yang fresh. Hidangan ini lebih sedap dimakan sehari selepas dimasak.
SAMBAL TEMPOYAK PUCUK UBI
by House of SSKBAHAN A :
- 200 gm Tempoyak
- 250 gm Santan Pekat Segar | asingkan 50 gm untuk dimasukkan akhir
- 1/2 kiub Pati Ikan Bilis
- 1/2 cwn Air | jika perlu
- Sedikit Terung Pipit
BAHAN B (tumbuk) :
- 1.5 inci Kunyit Hidup
- 12 biji Cili Padi
- Garam
BAHAN C (dihiris) :
- 5 ulas Bawang Merah
- 2 ulas Bawang Putih
- 100 gm Isi Petai
- 2 batang Serai
- 1 biji Cili Merah
- 250 gm Daun Pucuk Ubi
- 2 helai Daun Kunyit
CARA PENYEDIAAN :
❀ Masukkan Bahan (B), tempoyak, santan dan kiub ikan bilis ke dalam periuk. Didihkan di atas api sederhana sambil dikacau perlahan-lahan
❀ Masukkan terung pipit. Renihkan selama 5-10 minit dan kacau lagi
❀ Tambah hirisan bawang merah, bawang putih, serai, petai, cili merah dan kacau biar rata
❀ Masukkan hirisan daun pucuk ubi, daun kunyit dan kacau.
❀ Setelah semua sayur dah lembut, masukkan santan yang diasingkan tadi, kacau rata
❀ Rasakan garamnya. Jika sudah cukup rasa boleh padamkan api

No comments:
Post a Comment