3
AYAM MAHARANI / MAHARANI CHICKEN



.... السلام عليكم



Marvellous...!!


AYAM MAHARANI
recipe by Asmah Laili
source  : Treat & Trick
tested  : Iza Akma SSK



Bahan-Bahan :
1 ekor ayam – potong kecil, cuci dan toskan hingga kering
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam

Bahan Kisar A :
5 biji bawang besar
10 biji cili hijau
5 biji cili merah
1 biji tomato ~ buah tomato ni iza cincang jer
2 sudu makan tomato puree
1 inci halia
8 ulas bawang putih
2 sudu makan rata rempah kari daging
1 sudu kecil garam masala ~ iza buh 2 sudu kecil

Bahan Kisar B :
1/4 cawan yogurt
1/4 cawan santan kotak
1 cawan air
10 biji kacang gajus

Bahan C :
2 helai daun bay
1 inci kayu manis
5 biji buah pelaga
½ cawan daun pudina
½ cawan daun ketumbar
garam
secukupnya minyak untuk menumis
** iza tambah 2 sudu kecil gula perang dan gula pasir secukup rasa

Bahan Hiasan @ Tabur :
segenggam bawang goreng
sedikit daun ketumbar


Caranya :
Ayam digaul dengan kunyit, lada hitam dan garam dan digoreng. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis daun bay, kayu manis dan pelaga hingga wangi.
Masukkan bahan kisar A dan tumis hingga hampir garing dan naik bau.
Tuangkan campuran bahan kisar B, daun pudina, daun ketumbar dan garam. Kacau rata dan biarkan mendidih. Tambah air jika terlalu kering.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api yang perlahan hingga ayam empok dan naik minyak.
Padam api dan tabur daun ketumbar dengan bawang goreng (ramas sebelum ditabur). Jangan digaul. Kacau rata sebelum dihidang.




3 sweet comments:

tun_telani said...

Salam kak iza.. wahh.. masakan fushion betul nih.. ala2 india pun ada gak, tp masuk bay leaf tuu. nmpk pun tau sedap.

Qasey Honey said...

alahai sedap n mnariknya tgk ayam maharani tu..

Treatntrick Treat and Trick said...

Terliur kak tengok, resipi Mami ini memamng sedap, terima kasih sudi mencuba ya....