Nasi Lemak Pandan
Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan nasi lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan bagi menambahkan aromanya. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi trend kini nasi lemak dihidangkan bersama pelbagai lauk sampingan yang lain seperi daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).
Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu tengah hari dan malam. Oleh kerana nasi lemak merupakan satu sajian ringkas maka ia dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja.
Kalau biasanya hanya daun pandan ditambahkan sebagai pemberi aroma kepada nasi, tapi dengan sedikit kreativiti, jusnya pula ditambahkan bukan saja sebagai aroma malah menjadikan nasi lemak berwarna hijau secara semulajadi. Ternyata sedap nasi lemak ni...wangi dan harum jer baunya...Untuk nasi lemak ni, kononnya nak buat kelainan tak buat sambal sebab dah tambah dengan lauk Ayam Masak Bali dan Acar Telur. Tapi tak boleh lah...mesti nak ada jugak sambalnya...baru la meriah...
Bahan-Bahan
Bahan-bahan sampingan untuk menghidang
Caranya

NASI LEMAK PANDAN
Recipe: Puan Asma Laili
Source: K.Nur @ My Little Kitchen
Bahan-Bahan
- 1 kg beras Basmati (cuci bersih dan toskan)
- 5 helai daun pandan yang lebar (ditumbuk dan ambil airnya, masukkan kedalam santan)
- 1500 ml santan dari 2 biji kelapa parut putih (boleh digantikan dengan 3 kotak santan jika mahu)
- 1/2 batang serai
- 2 cm halia
- 2 biji bawang putih
- 4 biji bawang merah
- garam secukup rasa
Bahan-bahan sampingan untuk menghidang
- 3 batang timun, dikupas kulitnya dan dipotong serong
- sambal tumis untuk nasi lemak
- 1 kg ikan selar, digoreng
- 1 kg kepak ayam, digoreng
- 250 gram ikan bilis dan segenggam kacang tanah, digoreng
- beberapa keping rempeyek atau keropok belinjau
- beberapa helai daun pisang
Caranya
- Serai, halia, bawang putih dan bawang merah, dititik dipecah-pecahkan dan diramas. Satukan bahan-bahan yang diramas dengan santan dan garam kedalam periuk nasi. Gaul rata dan masak sehingga naik wapnya. Kemudian masukkan beras yang ditoskan. Kacau rata. Masaklah sehingga nasinya tanak.
2 comments:
Dah lama masuk list nasi lemak ijou ni tp tak terbuat lagi.. adeih sodapnya nampak..
Maaf lah Akma, sampai Akma dah buat Nasi Lemak Pandan pun knur tak tau...terima kasih ya sudi mencubanya...nak mintak sepinggan dah tentu habis punya ni...hihi...
Post a Comment