0
Majlis Pertunangan

SELALU ENTRY MASAKAN, TAPI KALI INI MAJLIS BERTUNANG. JUMAAT LEPAS...SAYA SATU KELUARGA, ADIK-BERADIK BERSAMA KELUARGA MEMASING BERSAMA IBU-AYAH BERKONVOI KE KUANTAN UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN ADIK BONGSU LELAKI SAYA. KEBETULAN ABANG YANG SULUNG TINGGAL DI SANA...JADI TAK PERLU LAH WE ALL NAK MENEMPAH DAN MENYEWA HOTEL...SENANG SIKIT.
INI ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAM OLEH SAYA AND MY DEAR HUBBY...

GAMBAR SEBELUM KAMI BERANGKAT KE RUMAH PIHAK PEREMPUAN.
SET DARIPADA PIHAK LELAKI...SIMPLE-SIMPLE JE....
KEK BUAH....HADIAH UNTUK  PIHAK PEREMPUAN. KEK TU SAYA BUATKAN RINGKAS....TAK DE DECORATION PUN....

ALHAMDULILLAH, PADA 29 MEI 2010...BERSATU DUA HATI DENGAN SEBUAH IKATAN PERTUNANGAN.
IBU KU SEDANG MENYARUNGKAN CINCIN PERTUNANGAN KEPADA BAKAL MENANTUNYA ...NADIA.
INI LAH ADIK BONGSU KU...JUGA MENERIMA SEBENTUK CINCIN PERTUNANGAN...HADIAH DRPD NADIA...DISARUNGKAN OLEH BAKAL BAPA MERTUANYA.
INI PULA...BALASAN DARIPADA PIHAK PEREMPUAN...DIRAKAM SETIBANYA DI RUMAH SELEPAS SELESAI MAJLIS....KEK ADA...COKLAT ROCHER PUN ADA...YANG MENARIK PERHATIAN SAYA....BEKAS CINCIN....TU YANG MACAM PAYUNG TU....YANG NI, AWAL-AWAL LAGI SAYA DAH CHOPP!!....NAK BAWAK BALIK...
NAK JELAS LAGI?....MEH, SAYA CLOSE-UP...MENARIK KAN...

TAHNIAH BUAT NIEZAM & NADIA....SEMOGA IKATAN HATI AKAN BERAKHIR KE JINJANG PELAMIN...INSYAALLAH...


0
Slice Cheese Cake

LIHAT KAT BLOG KENGKAWAN YANG ADA TAYANGKAN CHEESE CAKE NI...RASA TERTARIK PULA NAK MENCUBA. MACAM-MACAM VARIASI COLOUR DAN PERISA ADA. LIHATKAN TIDAK PERLU BAHAN YANG BANYAK...SAYA PUN BUATLAH. MASA TENGAH BAKAR TU...HARUM SEMERBAK SATU RUMAH...NAMPAK IA NAIK DENGAN CANTIK SEKALI. DARI RUPANYA, SAYA TAHU KEK NI MEMANG RINGAN...MACAM SPONGE KEK PUN ADA. RASA MEMANG MARVELLOUS...MALATOPS!! CUMA SATU YANG SAYA TAK BERAPA PUAS HATI...BAHAGIAN BAWAHNYA MACAM PADAT SIKIT...SIKIT JE...TAPI BAHAGIAN ATASNYA CANTIK...GEBU...TAK TAHU MANA SILAPNYA....LAIN KALI BOLEH CUBA LAGI HINGGA DAPAT HASIL YANG LEBIH BAIK.

SLICE CHEESE CAKE

BAHAN-BAHAN:
4-5 KEPING SLICE CHEESE
200 ML SUSU SEGAR
70 GM BUTTER
70 GM TEPUNG GANDUM (saya guna tepung superfine)
70 GM GULA KASTOR
4 TELUR (MEDIUM) - ASINGKAN KUNING & PUTIH
1 TSP ESEN VANILLA

CARANYA:
SIAT KECIL-KECIL CHEESE DAN CAMPURKAN DENGAN SUSU SEGAR.
KACAU ATAS API PERLAHAN HINGGA CAIR.
MASUK BUTTER, KACAU HINGGA LARUT, TUTUP API DAN SEJUKKAN.
PUKUL PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA JADI MERINGUE.
DALAM BEKAS LAIN, PUKUL KUNING TELUR HINGGA KEMBANG DAN MASUKKAN DALAM ADUNAN CHEESE, MASUK TEPUNG SIKIT-SIKIT, PUKUL LAGI SUPAYA TAK BERKETUL.
AKHIR CAMPURKAN MERINGUE DALAM ADUNAN TEPUNG BERSAMA DENGAN ESEN VANILLA. KAUP BALIKKAN SUPAYA RATA. BAKAR DENGAN SUHU 170C SELAMA 20 MINIT, TURUNKAN SUHU 140C DAN TERUSKAN MEMBAKAR SELAMA 40 MINIT LAGI.

0
Puding Sagu Gula Melaka



UCAPAN TERIMA KASIH DRPD SAYA KEPADA PENGUNJUNG2...TAK KIRA LAH DARI MALAYSIA, BRUNEI DARUSSALAM, SINGAPURA JUGA DARI NEGARA2 LAIN...YANG TERUS SETIA MENGUNJUNGI SINGGAHSANA KITCHEN...TERMASUK JUGA PADA MEREKA YANG SUDI LINK KAN BLOG INI KE DALAM BLOG MEREKA. SINGGAHSANA KITCHEN SENTIASA MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN ANDA SEMUA.

PUDING SAGU CUKUP POPULAR KEPADA MEREKA YANG GEMARKAN DESSERT. MUGKIN KENGKAWAN KAT LUAR SANA PUN ANTARA PENGGEMAR PUDING INI. JADI PADA SAPA2 YANG NAK MENCUBA...RESEPI NI DIJAMIN MENJADI DAN AMAT ENAK SEKALI TERUTAMA BILA DIMAKAN SEJUK. MEMANG TAK CUKUP KALAU BUAT SIKIT-SIKIT. ALAA, KOSNYA PUN TAKLAH MAHAL, DARIPADA MEMBELI KAT LUAR...LEBIH JIMAT BUAT SENDIRI...BOLEH MAKAN RAMAI-RAMAI BERULANG-ULANG.




INI LAH DIA PUDING SAGU TU...AMACAM NAMPAK MENGGODA TAK..?? KALAU TERGODA, BUAT TAU...JANGAN TAK BUAT...CONFIRM SEDAPP!!


PUDING SAGU GULA MELAKA


BAHAN-BAHAN:
450 GM SAGU - DIBASUH DAN DIRENDAM DENGAN 600 ML AIR SELAMA 30 MINIT
2 LITER AIR
PEWARNA MERAH, HIJAU DAN KUNING


CARA:
PANASKAN AIR SEHINGGA MENDIDIH DAN MASUKKAN SAGU, MASAK SEHINGGA SAGU JERNIH.
BASUH SAGU DI BAWAH AIR YANG MENGALIR UNTUK MENGHILANGKAN KANJINYA.
BAHAGI KEPADA EMPAT BAHAGIAN, CAMPURKAN SETIAP BAHAGIAN DENGAN PEWARNA MERAH, HIJAU DAN KUNING (LEBIHKAN BAHAGIAN PUTIH).
MASUKKAN SAGU WARNA DAHULU DI DALAM ACUAN DAN TUTUP DENGAN SAGU BERWARNA PUTIH.
SEJUKKAN SAGU DI DALAM PETI SEJUK SEBELUM DIHIDANGKAN BERSAMA SIRAP GULA MELAKA DAN SANTAN.


BAHAN SIRAP GULA MELAKA:
250 GM GULA MELAKA - DIRACIK HALUS
50 GM GULA PASIR
2 HELAI DAUN PANDAN
300 ML AIR


CARANYA:
MASAKKAN SEMUA BAHAN SEHINGGA MENDIDIH DAN TAPIS.


BAHAN SANTAN:
250 ML SANTAN PEKAT
250 ML AIR
2 HELAI DAUN PANDAN
2 TSP GARAM


CARANYA:
MASAK SEMUA BAHAN SEHINGGA MENDIDIH DAN TAPIS.



0
Roti Jala & Kari Ayam

DAH 3-4 HARI BLOG SAYA BERCUTI. AGAKNYA SAPA2 YANG BERTANDANG KE SINI...BORING KAN...ASIK2 TENGOK POST YANG LAMA JE...TAKDE POST BARU KER..??
OK LAH...MENU SAYA SEMALAM KARI AYAM BERSAMA DUA JENIS LAGI LAUK YANG LAIN...RESEPI KARI NI, COPY LAMA DAH...DARI BRO ROZZAN... TENGAH2 DUK MENGACAU KUAH KARI TU, HATI BERBISIK 'ALANG-ALANG DAH MASAK KARI AYAM NI...BAIK BUAT ROTI JALA SEKALI'. LAGIPUN SAYA DAH JANJI DENGAN ANAK2 NAK BUAT ROTI JALA DARI MINGGU LEPAS LAGI. '...TAK PE BILA DAH ABIS MASAK LAUK2 NI SEMUA, MASAK ROTI JALA PULA..', HATIKU TERUS BERBISIK. DAH SELESAI MASAK, SAYA PUN BUKA INTERNET...CARI RESEPI ROTI JALA. DALAM BANYAK2 RESEPI, RESEPI ROTI KIRAI BRO ROZZAN JUGA BERKENAN DIHATI...PRINT RESEPI...TERUS KE DAPUR BANCUH ADUNAN.
HAA...INILAH ROTI JALA ATAU ADA JUGA ORANG YANG PANGGILNYA ROTI KIRAI. SAYA BUAT 1/3 ADUNAN JE. ROTI JALA BOLEH DIHIDANGKAN DENGAN CARA DIGULUNG ATAU DILIPAT....TERPULANGLAH PADA MASING2. RASA..? KALAU DAH LIHAT ANAK2 DAN DEAR HUBBY MAKAN BERSELERA TU...APA MAKNANYA...SEDAP LA KAN...MEREKA NI CEREWET SIKIT, KALAU TAK SEDAP, JAMAH PUN TAK NAK. TAPI YE...MEMANG PUN ROTI JALA NI SEDAP, HINGGAKAN SAYA CUMA DAPAT SEKEPING JE...BERTAMBAH ENAK BILA DIMAKAN BERSAMA KUAH KARI.
LEGA DAN SERONOK RASA BILA JANJI PADA ANAK DAH TERTUNAI...LEBIH2 LAGI ROTI JALA MAKANAN FAVOURITE MEREKA...

ROTI JALA

BAHAN-BAHAN:
1 KG TEPUNG GANDUM
300 ML SUSU CAIR (SEJAT)
950 - 1000 ML AIR
3 BIJI TELUR
3 SDT GARAM(atau ikut rasa)
SEDIKIT PEWARNA KUNING

CARANYA:
SEMUA BAHAN DISATUKAN, KACAU RATA2 LALU DITAPIS.
PANASKAN KUALI LEPER, SAPUKAN SEDIKIT MINYAK DAN MULALAH "MERENJIS" ATAU 'MENGIRAI'.
SESEKALI SAPUKAN MINYAK ATAS KUALI.
SETELAH MASAK, AMBIL 2-3 KEPING, TANGKUPKAN DAN LIPAT.

KARI AYAM

BAHAN-BAHAN:
1 EKOR AYAM DI POTONG 8 ATAU 12 KEPING

DIKISAR HALUS DENGAN SEDIKIT AIR:
-2 BIJI BAWANG BESAR
-4 ULAS BAWANG PUTIH
-1 INCI HALA
-2 BIJI CILI MERAH (saya tambah sendiri)
-10 BIJI BADAM (tambah sendiri)

10 SUDU BESAR(mumbung) SERBUK KARI BABAS
1 BIJI BAWANG BESAR (hiris)
5 KUNTUM BUNGA CENGKIH
3 KUNTUM BIJI PELAGA
2 INCI KAYU MANIS
1 HELAI DAUN PANDAN (tambah sendiri sbb takde daun kari)
1 BATANG SERAI (dititik) (tambah sendiri)
MINYAK SECUKUPNYA

200 ML SANTAN KOTAK
3 BIJI KENTANG (belah 4)
2 BIJI TOMATO (optional)
GARAM & GULA SECUKUP RASA
2 SUDU BESAR KERISIK (tambah sendiri)
ASAM KEPING (tambah sendiri)

CARA:
PANASKAN MINYAK DALAM PERIUK. TUMIS SERAI, DAUN PANDAN, BAWANG BESAR HIRIS DAN REMPAH PENUMIS HINGGA BAWANG LAYU. MASUKKAN BAHAN KISAR YANG TELAH DICAMPUR DGN REMPAH KARI TADI DAN KACAU RATA. TUMIS HINGGA REMPAHNYA GARING DAN NAIK BAU. KEMUDIAN MASUKKAN AYAM, SECUKUP AIR (2-3 CAWAN), GARAM, GULA DAN SEPARUH SANTAN TADI. KACAU SEBENTAR DAN BIARKAN AYAM HINGGA SETENGAH MASAK, LALU MASUKKAN KENTANG. BILA KENTANG DAN AYAM HAMPIR MASAK, MASUKKAN ASAM KEPING, LEBIHAN SANTAN TADI BERSAMA TOMATO DAN KERISIK. KECILKAN API DAN BIARKAN KUAHNYA MENDIDIH SEBENTAR (5 MINIT) SEBELUM DITUTUP API.

2
Talam Lapis Coklat Delight

FIRST TIME MENCUBA DAN MERASA TALAM NI, TERUS JATUH HATI. SAYA NI SUKA DENGAN KUIH-KUIH TALAM YANG TEKSTURNYA KENYAL ALA-ALA NYONYA BEGINI. INI KALI KEDUA SAYA MEMBUATNYA...RASA??...MEMANG TAK KALAH DENGAN KUIH-KUIH TALAM YANG LAIN.

TALAM LAPIS COKLAT DELIGHT
(Sumber : Puan Yon Abu Bakar)

BAHAN-BAHAN:
300 GM TEPUNG BERAS
200 GM TEPUNG UBI
1/2 TSP GARAM
1/2 TSP AIR KAPUR (saya jadikan 1 tsp)
900 ML SANTAN PEKAT
3/4 TBSP SERBUK KOKO *
COKLAT PASTE SECUKUPNYA *(saya gantikan dgn cappuchino paste)
1 TBSP SANTAN PEKAT *
1 TBSP JUS PANDAN *
PEWRNA HIJAU SECUKUPNYA *

BAHAN SIRAP:
320 GM GULA KASTOR ( saya jadikan 210gm sbb tak suka manis)
250 ML AIR
4 HELAI DAUN PANDAN

CARANYA:
1. MASAKKAN BAHAN UNTUK SIRAP HINGGA GULA CAIR DAN SEDIKIT DIDIH. BIARKAN SEKETIKA HINGGA SUAM. MASUKKAN SANTAN DAN GARAM, KACAU RATA.
2. PANASKAN PENGUKUS. GUNAKAN LOYANG 8X8 INCI.
3. SATUKAN TEPUNG DAN AIR KAPUR. MASUKKAN CAMPURAN SIRAP DAN SANTAN, KACAU RATA DAN TAPIS.
4. BAHAGI KEPADA 3 BAHAGIAN:
- BAWAH : CAMPURKAN DGN SERBUK KOKO & COKLAT PASTE
- TENGAH: CAMPURKAN DGN 1 TBSP SANTAN PEKAT (saya tambah esen ros sikit)
- ATAS : CAMPURKAN DGN 1 TBSP JUS PANDAN & PEWARNA HIJAU
5. TUANG ADUNAN COKLAT SEBAGAI LAPISAN BAWAH KEDALAM LOYANG. KUKUS SELAMA 5 MINIT/HINGGA MASAK DENGAN API KUAT. SETELAH MASAK, CAKAR-CAKARKAN...BARU LAPISKAN DENGAN LAPISAN TENGAH. LAKUKAN HINGGA HABIS.
5. LAST SEKALI TERUSKAN MENGUKUS UNTUK SELAMA 20 MINIT/HINGGA MASAK.


0
Murtabak Paratha

CARA MUDAH BUAT MURTABAK...HANYA PERLU MASAKKAN INTINYA SAJA.
INTINYA LAIN,TAK SAMA MACAM YANG DI JUAL KAT PASAR MALAM TU...MY GRANDMOTHER YANG AJARKAN. MY GRANDMOTHER SUKA BUAT MURTABAK NI ESPECIALLY BULAN PUASA...ROTI CANAINYA BUAT SENDIRI...SIAP TEBAR LAGI. DALAM RAMAI-RAMAI CUCUNYA, SAYALAH YANG BERMINAT NAK BELAJAR BUAT...YANG LAIN TAK AMBIL PUSING PUN...TAU SIAP DAN MAKAN JE. PUASLAH DIA DUK AJAR MACAM MANA NAK BUAT & TEBAR ROTI CANAI TAPI LAST-LAST CUCUNYA NI AMBIL SHORTCUT JE...GUNA ROTI CANAI SEGERA. APAPUN MEMANG SEDAP, KAYA DENGAN ISI AYAM, TELUR DAN BERKHASIAT KERANA ADA CAMPURAN SAYURAN DIDALAMNYA...

MURTABAK PARATHA

BAHAN-BAHAN:
2 PEKET ROTI CANAI SEGERA (saya guna brand KAWANKU sbb mudh utk lipatkan nnt)

INTI:
300 GM ISI AYAM
6 BIJI TELUR
3 BIJI CILI MERAH (yang besar)-ditumbuk
2 BIJI BAWANG BESAR - dihiris
1 ULAS BAWANG PUTIH - dihiris
1/2 BIJI KUBIS BULAT (yang besar)
1 IKAT (20 tangkai) DAUN KUCAI - dipotong2 sepanjang 1inci
1/2 KIUB AYAM (optional)
1 TANGKAI DAUN SUP }
1 TANGKAI DAUN BAWANG } dihiris halus
GARAM & GULA SECUKUP RASA

CARANYA:
1. TUMISKAN BAWANG YANG DIHIRIS SEHINGGA NAIK BAU.
2. MASUKKAN CILI YANG DITUMBUK. TUMIS SEHINGGA WANGI.
3. MASUKKAN AYAM DAN KIUB AYAM. KACAU HINGGA AYAM MASAK.
4. MASUKKAN KUBIS, MASAK HINGGA KUBIS SETENGAH LAYU.
5. MASUKKAN DAUN KUCAI, HIRISAN DAUN BAWANG & SUP, GARAM & GULA SECUKUP RASA.
6. LAST SEKALI, PECAHKAN TELUR DALAM BEKAS-DIPUKUL RATA DGN GARFU DAN MASUKKAN KEDALAM SAYURAN TADI. MASAK SEHINGGA KERING. KETEPIKAN.
7. AMBIL SEKEPING ROTI CANAI, ISIKAN INTI PADA SEBELAH BAHAGIAN. LIPATKAN DUA. TEKAN KELILING DENGAN GARFU (macam buat karipap).
8. KEMUDIAN MASAKKAN MURTABAK TADI DIATAS KUALI NON-STICK DENGAN SEDIKIT SAJA MINYAK/MARJERIN.

0
Opor Ayam

FIRST TIME MASAK OPOR AYAM. APA YANG SAYA TAHU...ADA SESETENGAH RESEPI MENGGUNAKAN KERISIK DAN ADA YANG TIDAK. WALAUPUN TAK ADA KERISIK OPOR INI TETAP SEDAP...ANAK-ANAK DAN HUBBY GITU SUKA SEKALI...MAKAN HINGGA MENJILAT JARI...BUKAN MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI TAPI SEMEMANGNYA ENAKKK...

OPOR AYAM (sumber: Chef Noraini Sidek)

BAHAN-BAHAN:
1 EKOR AYAM
100 ML MINYAK MASAK
50 GM BAWANG PUTIH } dikisar halus
20 GM HALIA }
100 GM BAWANG MERAH }
6 CM KULIT KAYU MANIS
5 KUNTUM BUNGA CENGKIH
5 KUNTUM BUNGA LAWANG
4 BIJI BUAH PELAGA
3 CAMCA BESAR REMPAH KURMA }
1 CAMCA BESAR SERBUK KETUMBAR } dicampur dengan sedikit air
1 CAMCA BESAR SERBUK JINTAN MANIS }
30 GM BIJI BADAM }
10 GM BUAH KERAS (replace dgn cashewnut-sbb buah keras tak de) } dikisar halus
2 BATANG SERAI-dititik
2 KEPING ASAM KEPING
30 GM CILI HIJAU-dimayang/dibelah dua je
1 BIJI KELAPA PARUT-ambil 1 1/2 liter santan

CARANYA:
1. PANASKAN MINYAK DI DALAM PERIUK.
2. TUMIS BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH DAN HALIA KISAR HINGGA NAIK BAUNYA.
3. MASUKKAN BUAH PELAGA, BUNGA CENGKIH, BUNGA LAWANG DAN KULIT KAYU MANIS.
4. MASUKKAN CAMPURAN REMPAH KURMA, KETUMBAR DAN JINTAN. KACAU HINGGA SEBATI.
5. MASUKKAN SERAI, ASAM KEPING, BUAH BADAM DAN BUAH KERAS.
6. MASUKKAN AYAM DAN KACAU SEHINGGA EMPUK.
7. APABILA AGAK KERING, MASUKKAN SANTAN. BIARKAN MENDIDIH DAN KACAU SUPAYA SANTAN TIDAK MERUAP.
8. MASUKKAN CILI HIJAU DAN BIARKAN HINGGA MENDIDIH.

**setelah masak,jika dibiarkan seketika...kuah akan menjadi lebih pekat sbb adanya badam dan buah keras...

0
Kaswi Beriani

HARI INI SAYA NAK SHARE DENGAN YOU ALL SATU LAGI KUIH...SEKALI TENGOK SEPERTI CARA BERLAUK...RUPA JE HAMPIR SAMA TAPI RASA LAIN-LAIN. KASWI BERIANI NI, KALAU NAK TAHU ADA RASANYA YANG TERSENDIRI. TAK NAK KOMEN BANYAK SEBAB LAIN ORANG LAIN CITARASA KAN...
KALAU KAT ATAS TU, KUKUS DALAM ACUAN LOMPANG...YANG NI PULA DIKUKUS DALAM LOYANG DAN DIPOTONG. JANGAN JELING JE, TRY LAH BUAT.

KASWI BERIANI

BAHAN UNTUK LAUK:
250 GM DAGING KISAR
50 GM KISMIS KUNING (replace dgn black raisin)
50 GM REMPAH BERIANI
1 TANGKAI DAUN KETUMBAR - DIHIRIS
1 TANGKAI DAUN PUDINA - DIHIRIS (tak letak pun)
SECUKUP MINYAK MASAK
GARAM & GULA SECUKUP RASA

HIASAN:
2 BIJI CILI MERAH - BUANG BIJI DAN HIRIS NIPIS
DAUN SUP & DAUN BAWANG - DIHIRIS HALUS

BAHAN KISAR:
1 LABU BAWANG BESAR
1 HIRIS HALIA
2 ULAS BAWANG PUTIH
3 TANGKAI CILI KERING

BAHAN UNTUK KASWI:
200 GM TEPUNG BERAS
100 GM TEPUNG UBI
50 GM TEPUNG JAGUNG
1000 ML SANTAN
1 TSP AIR KAPUR
1 TSP LEMON YELLOW COLOURING
GARAM SECUP RASA.

CARA MASAK LAUK:
1. PANASKAN MINYAK, GORENG KISMIS SEBENTAR LALU DIANGKAT DAN KETEPIKAN.
2. TUMIS REMPAH KISAR DAN KACAU HINGGA BANGKIT AROMANYA.
3. MASUKKAN PULA REMPAH BERIANI, DAGING DAN GARAM. MASAK SEHINGGA DAGING EMPUK DAN KERING.
4. MASUKKAN PULA HIRISAN DAUN KETUMBAR, PUDINA DAN KISMIS. GAUL LAGI.
5. ALIHKAN DALAM PINGGAN DAN SEJUKKAN.

CARA BUAT KASWI:
1. GAUL RATA SEMUA BAHAN KASWI.
2. MASAK ATAS API SEDERHANA SEHINGGA PEKAT SEDIKIT LALU DIANGKAT.
3. TUANG KE DALAM ACUAN DAN KUKUS SELAMA 20 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK.
4. SEWAKTU MASIH PANAS LAGI, TABURKAN LAUKNYA DAN TEKAN SEDIKIT DI PERMUKAAN KASWI ITU. KEMUDIAN TABURKAN PULA DENGAN HIRISAN LADA MERAH, DAUN SUP & DAUN BAWANG.

0
Kerabu Taugeh Daun Selom

BILA SEBUT SAJA KERABU, PASTI ADA YANG KECUR BILA MENDENGARNYA. TAK KIRA LA KERABU APA PUN...RASANYA YANG ASLI SUNGGUH MEMIKAT SELERA APATAH LAGI BILA DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS BESERTA MASAKAN KAMPUNG YANG LAIN...ENAKKK.
BAHAN-BAHAN UNTUK KERABU MUDAH DIDAPATI DAN KOSNYA TIDAK LAH MAHAL. RESEPI KERABU YANG SAYA BERI DI BAWAH, HANYA LAH SEBAGAI PANDUAN SEBAB SAYA KALAU BUAT KERABU NI...SUKATAN BAHAN AGAK-AGAK JE IKUT SESUAI SELERA SAYA. JADI PADA SIAPA YANG INGIN MENCUBA, SESUAIKAN KUANTITI BAHAN DENGAN CITARASA ANDA YE...

KERABU TAUGEH DAUN SELOM

BAHAN-BAHAN:
TAUGEH
DAUN SELOM
KELAPA PARUT
CILI MERAH
BELACAN
BAWANG BESAR
LIMAU NIPIS/KASTURI
GARAM & GULA SECUKUP RASA

CARANYA:
1. TAUGEH DICELUR SEKEJAP, TOSKAN. DAUN SELOM DIPATAH-PATAHKAN.
2. KELAPA DIGORENG TANPA MINYAK SEHINGGA KEKUNINGAN DAN AGAK-AGAK GARING.
3. BELACAN DIBAKAR DAN DITUMBUK BERSAMA CILI MERAH SEPERTI MEMBUAT SAMBAL BELACAN.
4. GAULKAN KESEMUA BAHAN DALAM BEKAS. PERAHKAN LIMAU DAN PERASAKAN GARAM & GULA. GAUL SEHINGGA RATA.
5. HIDANGKAN.

0
Som Som Pandan

SOM-SOM NI MEMANG MENGANCAM...SEDAP, LEMBUT...SESUAI DIMAKAN BILA-BILA SAJA DIMANA JUA..HEHE. DULU ZAMAN SEKOLAH, MAK SELALU BUATKAN SOM-SOM HINGGAKAN JADI FAVOURITE KAMI ADIK BERADIK. SAYA LIHAT MAK KALAU BUAT KUIH APA PUN, TAK PAKAI RESEPI2 NIH...SEMUA MAIN AGAK-AGAK JE. YELAH MASA TU KECIL LAGI KAN TAK MINAT PUN BAB2 MASAK NI...YG TAHU CUMA MAKAN. TP BILA DAH BERKELUARGA NI KENALAH AMBIL TAHU HAL MASAK MEMASAK. LAGIPUN ANAK2 MEMANG SUKA MAKAN LEBIH-LEBIH LAGI DESSERT2 YG MACAM NI. KALAU BUAT SEKEJAP JE DAH LICIN. APA-APA PUN SOM-SOM YANG SATU NI AKAN TERUS JADI KEGEMARAN KAMI SEFAMILY...HIGHLY RECOMMENDED!!

SOM-SOM PANDAN
(Sumber: Fida@myresepi)

BAHANNYA:
100 GM TEPUNG BERAS
100 GM TEPUNG JAGUNG
1600 ML SANTAN (500 ml santan KARA + air)
100 ML AIR PANDAN (100 ml air + pandan paste)
1 TSP GARAM
PEWARNA HIJAU

SIRAP GULA:
500 GM GULA MELAKA
1000 ML AIR
2 HELAI DAUN PANDAN

CARANYA:
1. MASAK SIRAP GULA HINGGA GULA LARUT DAN TAPIS. KETEPIKAN.
2. SATUKAN KESEMUA BAHAN2 DALAM PERIUK DAN GAUL RATA. MASAK HINGGA PEKAT DAN KILAT, HINGGA ADUNAN MELETUP-LETUP.
3. TUANG ADUNAN KE DALAM LOYANG ATAU ACUAN DAN SEJUKKAN.
4. SAJIKAN BERSAMA SIRAP GULA MELAKA.

2
Kek Nangka Singgahsana



SEBUT SAJA NANGKA, TENTU RAMAI PEMINATNYA KAN...KAMI SATU FAMILY PUN TERMASUK DLM KELOMPOK ITU. NANGKA YG DAH RANUM..BUKAN SAJA BOLEH DIMAKAN BEGITU JE, MALAH BOLEH DIBUAT PENGAT, KUIH TALAM, PUDING DAN JGN TAK TAU...NANGKA JUGA BOLEH DIBUAT KEK. RESEPI NI SAYA SIMPAN DAH LEBIH KURANG 20 THN. SEDAP KEK NIH, LEMBUT, GEBU, WANGI DGN AROMA NANGKA DAN TAK JEMU DIMAKAN. UNTUK LEBIH SEDAP GUNAKAN ISI NANGKA YG WARNA KEMERAHAN TU...


KEK NANGKA SINGGAHSANA

BAHANNYA:

6 BIJI TELUR (B)
200 GM TEPUNG GANDUM
(saya guna tepung superfine-kek lebih halus)
200 GM NANGKA YANG TELAH DICINCANG (nak lebih boleh tambah lagi)
130 GM KELAPA PARUT
225 GM BUTTER
130 GM GULA KASTOR
(sukatan gula ni dah cukup manisnya bagi saya...kalau nak manis lagi boleh tambah)
1/4 TSP BAKING POWDER
1 TBSP SUSU PEKAT MANIS


CARANYA:

1. BUTTER DAN GULA DIPUKUL HINGGA KEMBANG, MENJADI PUTIH DAN BERKRIM.
2. MASUKKAN TELUR SATU PERSATU SAMBIL DIPUKUL LAGI HINGGA KEMBANG.
3. MASUKKAN KELAPA PARUT, NANGKA DAN SUSU PEKAT MANIS. GAUL DENGAN SPATULA HINGGA RATA.
4. MASUKKAN TEPUNG SIKIT DEMI SEDIKIT. KAUPBALIK HINGGA RATA DAN SEBATI.
5. ALAS & GRIS LOYANG DGN BUTTER. TUANGKAN ADUNAN DLM LOYANG DAN BAKAR DALAM OVEN YANG TELAH DIPANASKAN TERLEBIH DAHULU DGN SUHU IKUT KEPANASAN OVEN MASING-MASING. (kalau oven saya 155C selama 45 minit api atas dan bawah)


0
Daging Dendeng


SEMALAM TERINGIN PULA NAK MAKAN DENDENG...CARI RESEPI...JUMPALAH DGN RESEPI YANG SATU NI. PERNAH MAKAN DENDENG TAPI BELUM PERNAH BUAT LAGI. KEBETULAN BAHAN PUN SENANG DAN SEMUANYA ADA...SAYA PUN TRYLAH RESEPI TU. HASILNYA MEMANG BERBALOI DAN SEDAP SEKALI...TERASA REMPAH-RATUSNYA, CUKUP SEMUA PERASANYA. OLEH KERANA ANAK2 BELUM PERNAH LIHAT MAKNYA MASAKKAN DENDENG, MEREKA KATA...PELIK..TAPI SEDAAAPPP!! MY HUSBAND PUN KATA SEDAPPP. MANA-MANA MASAKAN YG SEDAP TENTU AKAN ADA ULANGANNYA NANTI.
MEH INTAI RESEPI...

DAGING DENDENG
(Sumber: Chef Noraini Sidek)

BAHAN-BAHAN:
600 GM DAGING PEJAL (DIPOTONG BESAR)
1 SUDU MAKAN SERBUK KETUMBAR
1/2 SUDU TEH JINTAN MANIS (SAYA WAT 1 SDT SERBUK JINTAN MANIS)
1/2 SUDU TEH JINTAN PUTIH (SAYA WAT 1 SDT SERBUK JINTAN PUTIH)
1 KEPING ASAM GELUGOR (SAYA GANTI DGN 1/2 CAWAN AIR ASAM JAWA)
2 SUDU MAKAN KICAP MANIS (TAMBAH SENDIRI)
4 BIJI BUAH TOMATO-DICINCANG KASAR (SAYA WAT 3 BIJI JE)
GARAM & GULA SECUKUP RASA
MINYAK UNTUK MENUMIS

BAHAN DIKISAR KASAR:
10 BIJI CILI KERING (TAMBAH SENDIRI)
8 BIJI BILI MERAH
1 BIJI BAWANG BESAR
3 ULAS BAWANG PUTIH

CARANYA:
1. DAGING DIREBUS BERSAMA DGN 3 CAWAN AIR, SERBUK KETUMBAR, JINTAN DAN GARAM HINGGA EMPUK. KELUARKAN DAGING DARI AIR REBUSAN. SEJUKKAN.
2. DAGING DIPOTONG NIPIS DAN DITUMBUK DGN LESUNG BATU SUPAYA ELOK NIPISNYA.(CARA SAYA: REBUS DAGING HINGGA EMPUK-DAGING DIHIRIS NIPIS DAN DITUMBUK-LUMURKAN DAGING DGN SERBUK KETUMBAR, JINTAN MANIS DAN JINTAN PUTIH. PERAPKAN 30 MINIT).
4. PANASKAN MINYAK, GORENG DAGING SEHINGGA GARING. TOSKAN MINYAKNYA.
5. PIJARKAN DUA CAWAN MINYAK, TUMISKAN BAHAN KISAR SEHINGGA PECAH MINYAK DAN NAIK BAU. MASUKKAN TOMATO CINCANG, AIR ASAM JAWA DAN KICAP MANIS.
6. MASUKKAN GARAM DAN GULA SECUKUP RASA. MASAKLAH HINGGA DIDIH DAN PEKAT.
7. MASUKKAN DAGING DAN KACAU RATA. JIKA SUKA DENDENG YG KERING, MASAKLAH HINGGA KERING.



0
Selamat Hari Ibu

SEMPENA HARI IBU SEMALAM, SUDAH PASTI RAMAI IBU-IBU MENERIMA SEJAMBAK PENGHARGAAN DARIPADA ANAK2. SEMESTINYA SETIAP IBU MERASA GEMBIRA DAN TERHARU DI HATI ATAS PENGHARGAAN DAN PERHATIAN YG DIBERI. BERSEMPENA HARI TU JUGA, SAYA MENERIMA KEJUTAN BERUPA HADIAH FROM MY LOVELY PRINCESS. ITULAH HADIAHNYA...WALAUPUN KECIL TAPI DAH CUKUP BERMAKNA BUAT SAYA. SEJAK UMURNYA 7 THN HINGGALAH SEKARANG DAH 10 THN, DIA TAK LUPA TARIKH TU...MUDAH-MUDAHAN AKAN TERUS BEGITU SAMPAI BILA2 HENDAKNYA, INSYAALLAH.
TAK TERLEWAT RASANYA, SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU DI LUAR SANA. TERISTIMEWA SEKALI BUAT IBU SAYA, PUAN HAJJAH FATIMAH ZAINUN DI TG.MALIM, PERAK. SUNGGUH BESAR NILAI HARGA JASA DAN PENGORBANANMU. DIRI MU TIDAK PERNAH BERHENTI MENUMPAHKAN SELURUH KASIH SAYANG SELAMA MEMBESARKAN DAN MENDIDIK KU WALAU HINGGA KINI. SEGALA KEIKHLASANMU ITU TIADA TANDINGANNYA...TERIMAKASIH IBU...

0
Talam Serunding Kentang


SERUNDING MEMANG POPULAR KETIKA RAYA. IA DIMAKAN BERSAMA LEMANG, KETUPAT DAN LONTONG. KINI SERUNDING TAK LAGI TERHAD KETIKA RAYA BAHKAN MUDAH DIDAPATI DIMANA2 SEPANJANG MUSIM. PENGGUNAAN SERUNDING JUGA TELAH DIVARIASIKAN DALAM PEMBUATAN KUIH-MUIH ANTARANYA KUIH TALAM.
KUIH NI BERBEZA SIKIT RASANYA DRPD KUIH2 TALAM YG LAIN SBB ADA SERUNDING. KALAU ANDA NAK TAHU RASANYA...RESEPI PUN DAH ADA...SUDI2 LAH MENCUBANYA YE!!

TALAM SERUNDING KENTANG

LAPISAN BAWAH:
200 GM KENTANG-DIPOTONG DADU-DIREBUS DAN TOSKAN
500 ML SANTAN PEKAT + 200 ML AIR
20 GM TEPUNG GANDUM
180 GM TEPUNG BERAS
1 TSP GARAM
1 SDB GULA PASIR
50 GM SERUNDING DAGING

CARANYA:
1. SEBATIKAN SEMUA BAHAN KECUALI SERUNDING DAN KENTANG.
2. KACAU NAIK WAP DAN MASUKKAN KENTANG DAN SERUNDING.
3. KUKUS 15 MINIT.

LAPISAN ATAS:
400 ML SANTAN + 400 ML AIR
100 GM TEPUNG GREEN PEA
30 GM TEPUNG GANDUM
100 GM GULA PASIR
1 BIJI TELUR
1/2 TSP GARAM
SEDIKIT PEWARNA LEMON

CARANYA:
1. BANCUH DAN SEBATIKAN SEMUA BAHAN. KACAU NAIK WAP.
2. TUANG ATAS LAPISAN BAWAH.
3. KUKUS 20-25 MINIT.

0
Menu 4 Serangkai


SELALUNYA KAWAN2 SEMUA TENGOK N3 KUIH-MUIH JE KAN. APAKATA HARI NI, KITA BERUBAH SELERA LIHAT N3 MASAKAN LAUK PULA. INILAH MENU KAMI SEKELUARGA FOR DINNER YESTERDAY...SIAP DGN DESSERT LAGI. MENUNYA TAK LAH SPECIAL MANA, CUMA LAUK MASAKAN KAMPUNG.
SUP TU SAYA NAMAKAN SUP AYAM WARISAN SBB RESEPI KELUARGA. MASAK LEMAK CILI API DAN ACAR NENAS DGN TIMUN TU...BIASA JE. DESSERT PULA, PUDING TOFU DIMAKAN BERSAMA SIRAP GULA MELAKA, MEMANG ENAK SEKALI BILA DIMAKAN SEJUK. LGPUN SUAMI & ANAK2 SUKA SEKALI MAKAN PUDING NI...MASUK YG NI ENTAH BERAPA KALI DAH BUAT, LEBIH2 LAGI DALAM KEADAAN CUACA YG PANAS BEGINI.

0
Kaswee Pandan Lapis

BUAT KUIH NI ATAS PERMINTAAN ANAK2. DAH BANYAK KALI DAH BUAT KUIH NI...AMBIL RESEPI DARI BLOG MATGEBU. RESEPI NI SUNGGUH SEDAP, TAK RUGI MENCUBANYA. SELALUNYA SAYA BUAT KASWEE YG SATU COLOUR AJE TP KALI NI SAYA BUAT BERLAPIS2 (IDEA DARI DAPUR RINN). KERJANYA AGAK REMEH SIKIT SBB NAK KUKUS SELAPIS2 TP SBB SUKA TENGOK KUIH YG CANTIK2...TAK KISAH LAH...JANJI HASILNYA MEMUASKAN HATI DAN YG PENTING...SEDAP.

KASWEE PANDAN LAPIS

LAPISAN GULA MERAH
BAHAN A:
175 GM GULA MERAH
120 GM GULA PASIR
225 ML AIR
1 HELAI DAUN PANDAN

BAHAN B:
95 GM TEPUNG GANDUM
60 GM TEPUNG UBI
30 GM TEPUNG BERAS
450 ML AIR
1/2 CMB AIR KAPUR
1/2 CMB PEWARNA COKLAT (SAYA GANTI DGN 1/4 TSP CAPPUCINO
PASTE
)

CARANYA:
1. SATUKAN BAHAN A DAN MASAKKAN ATAS API SEDERHANA HINGGA GULA LARUT. SEJUKKAN.
2. SATUKAN BAHAN B DLM SATU BEKAS. KACAU RATA DGN WHISK.
3. SATUKAN NO 1 DAN NO 2. KACAU RATA DAN TAPIS.

LAPISAN PANDAN
BAHAN A:
295 GM GULA PASIR
225 ML AIR
1 HELAI DAUN PANDAN

BAHAN B:
95 GM TEPUNG GANDUM
60 GM TEPUNG UBI
30 GM TEPUNG BERAS
450 ML AIR PANDAN (KISAR 5-6 HELAI DAUN PANDAN)
1/2 CMB AIR KAPUR
SEDIKIT PANDAN PASTE & PEWARNA HIJAU (JIKA PERLU)

CARANYA:
1. CARA MENYEDIAKAN LAPISAN PANDAN SAMA SEPERTI LAPISAN GULA MERAH.
2. SETELAH SIAP ADUNAN UNTUK DUA LAPISAN ITU, BOLEHLAH MULA MENGUKUS DGN AIR MENDIDIH SELAPIS DEMI SELAPIS. ACUAN HENDAKLAH DISAPU DGN SEDIKIT MINYAK.
3. BALUT TUTUP KUKUS DGN KITCHEN TOWEL ATAUPUN LAP TUTUP KUKUS SETIAP KALI MENUANG LAPISAN BARU.
4. BIARKAN SEJUK BETUL SEBELUM DIPOTONG DAN HIDANGKAN BERSAMA KELAPA PARUT YG DIGAUL DGN SEDIKIT GARAM.
5. JIKA SUKA BOLEH JUGA DIKUKUS DALAM ACUAN LOMPANG YG COMEL2 TU.

0
Apam Beras Kacang Merah


DARIPADA KACANG MERAH BOLEH DIJADIKAN KUIH TALAM, KUIH LAPIS, PUDING, SBG INTI PAU DAN BANYAK LAGI YG BOLEH DIPELBAGAIKAN JIKA KITA KREATIF MENGOLAHNYA.
OK LAH, KITA DAH BIASA MAKAN APAM KAN, APA KATA KALI NI KITA RASA PULA APAM BERPERISA KACANG MERAH. RESEPI SAYA GUNAKAN RESEPI APAM BERAS YG BIASA TU...HASILNYA, NOT BAD LAH...SEDAP...

APAM BERAS KACANG MERAH

BAHAN-BAHANNYA:
1 CWN NASI
2 CWN TEPUNG BERAS
1 CWN GULA PASIR (BOLEH KURANGKAN PD SIAPA YG TAK SUKA MANIS)
1 CWN ISI KACANG MERAH (KCG MERAH DLM TIN)
1 1/4 CWN AIR
1 TSP YIS MAURIPAN
1 PEKET KECIL ENO
SEDIKIT PEWARNA PINK (JIKA SUKA)

CARANYA:
1. AMBIL AIR KACANG MERAH, CAMPURKAN DGN AIR BIASA DAN JADIKAN SEBANYAK 1 1/4 CWN. GUNAKAN AIR NI UNTUK DIKISAR BERSAMA NASI DAN GULA HINGGA HALUS.
2. KACANG MERAH DILECEK KASAR. KETEPIKAN.
3. GAUL RATA TEPUNG BERAS DAN YIS. MASUKKAN CAMPURAN NASI YG DIKISAR TADI DAN KACAU HINGGA SEBATI. KEMUDIAN MASUKKAN KACANG MERAH YG TELAH DILECEK TADI. KACAU HINGGA RATA.
4. TUTUP RAPAT DAN PERAP 3-4 JAM. KEMUDIAN KACAU PERLAHAN2, MASUK PEWARNA PINK DAN ENO, KACAU SEBATI PERLAHAN2. BIARKAN SEBENTAR.
5. LENSERKAN ACUAN LOMPANG DGN SEDIKIT MINYAK. KUKUS APAM DGN API KUAT SELAMA 15-20 MINIT DLM PENGUKUS YG TELAH DIPANASKAN TERLEBIH DULU.
6. BOLEHLAH DIHIDANGKAN BERSAMA KELAPA PARUT.