0
Ikan Tongkol Kicap Pedas

Sebelum ke resepi, jom intai dulu artikel ni...

Ikan mempunyai kandungan gizi yang tinggi apalagi ikan di laut yang juga memiliki kandungan gizi yang sangat tinggi dan baik dikonsumsi untuk menambah kecerdasan anak. Daging ikan tongkol sangat gurih, padat dan mudah diolah menjadi berbagai menu makanan sehingga ikan ini menjadi pilihan yang tepat untuk menjadi menu makanan sehari-hari. Selain itu, ikan tongkol juga memiliki kandungan protein yang tinggi dan sangat cocok dikonsumsi oleh anak-anak dalam masa pertumbuhan. Karena itulah ikan tongkol sebagai menu makanan laut sangat disarankan karena rasanya sangat enak dan bergizi. Selain lezat dan bergizi, tongkol juga memiliki khasiat yang cukup spesifik, yaitu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah dan menghambat proses penuaan. Makannya, jika ingin awet muda, disarankan untuk mengkonsumsi daging ikan tongkol. Jika dikonsumsi secara rutin, minimal tiga kali dalam seminggu sebagai menu utama, penyakit semacam rheumatic dan anemia akan sulit mengganggu anda.
Petikan artikel -- 'Khasiat Ikan Tongkol Bagi Kesehatan'

IKAN TONGKOL KICAP PEDAS
Bahan-Bahan:
  • 500 gm kepingan ikan tongkol
  • 2 sdt serbuk kunyit*
  • Sedikit garam*
  • 3 biji ubi kentang (dibuang kulit dan dihiris bulat-bulat)
  • 2 kuntum bunga cengkih**
  • 1 batang kulit kayu manis**
  • 1/2 kuntum bunga lawang**
  • 4 biji bawang besar (dihiris gegelang)
  • 4 biji tomato separuh ranum (dihiris)
  • 2 cawan air
  • 2 sdb kicap pekat
  • 1 sdb kicap manis
  • 1 sdb kicap cair
  • 6 biji cili hijau (dibelah dua memanjang)
  • 1 sdt brown sugar (jika suka)
  • 1 biji tomato (dipotong 4 atau 6)
Bahan Tumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sdt lada hitam biji
Caranya:
  1. Gaulkan ikan dengan bahan * dan biarkan selama 10 minit.
  2. Goreng hirisan ubi kentang. Kemudian gorengkan pula ikan hingga garing, toskan minyak dan ketepikan.
  3. Panaskan 2 sdb minyak dalam kuali lain. Masukkan semua rempah kering **, tumis hingga wangi, terus masukkan bahan tumbuk dan tumis lagi sehingga naik bau.
  4. Masukkan bawang dan tomato yang dihiris. Kecilkan api dan masaklah hingga bawang layu. Masukkan air dan semua kicap tadi. kacaulah perlahan-lahan hingga mendidih.
  5. Masukkan ikan, kentang dan belahan cili hijau. Didihkan perlahan-lahan selama 5-10 minit. Kemudian masukkan gula (jika digunakan) dan sesuaikan rasanya. Lastly, masukkan tomato yang dipotong. Kacau-kacau sekejap dan angkat.
  6. Hidangkan panas-panas.

0
Chocolate Mambo Cookies

Satu lagi biskut yang crunchy, bila digigit terasa krup krap krup krap kerana adanya almond dan coklat chip di dalamnya. Sesuai untuk perayaan mahupun sebagai kudapan seharian...pasti disukai anak-anak.

CHOCOLATE MAMBO COOKIES
Bahan A:
  • 150 gm butter
  • 50 gm crisco
  • 100 gm gula kastor
  • 1/2 tsp chocolate emulco
  • 1/2 tsp cappuccino emulco
  • 2 biji kuning telur
Bahan B:(diayak)
  • 250 gm tepung gandum / red rose flour
  • 50 gm tepung kentang
  • 60 gm tepung kastad
  • 1/8 tsp emplex
  • Secubit baking powder
Bahan C:
  • 50 gm chocolate chips
  • 30 gm almond nib - bakar dahulu
Hiasan: Kuning Telur, Chocolate Smarties

Caranya:
1. Putar bahan A hingga sebati.
2. Satukan bahan C & B, masukkan ke dalam A
3. Gaulkan hingga sebati dan rehatkan selama 20 minit.
4. Canai, terap dan sapukan kuning telur.
5. Letakkan sebarang hiasan yang anda suka dan bakar pada suhu 150C-160C sehingga masak.

0
Alambanba Nut Cookies

Haa...ini salah satu biskut jualan yang mendapat sambutan empat tahun lepas. Biskut ni very crunchy...sedap... penuh dengan rasa coklat dan kacang di dalamnya.

ALAMBANBA NUT COOKIES
Bahan A:
  • 140 gm butter
  • 20 gm shortening / crisco
  • 40 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp cappuccino emulco
Bahan B: (diayak)
  • 180 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung jagung
  • 20 gm tepung kentang
  • 1 tbsp susu tepung
  • Secubit baking powder
Bahan C: (dimesin halus)
  • 50 gm coco-crunch
  • 20 gm kacang tanah
  • 50 gm chocolate rice
Hiasan: Paper-cup, Hazelnut (bakar & buang kulit), White Choc

Caranya:
1. Putar bahan A hingga rata dan sebati saja.
2. Ayak bahan B dan satukan dengan bahan C.
3. Masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
4. Rehatkan selama 20 minit. Bulat-bulatkan, masukkan hazelnut dan bakar hingga masak.
5. Sejukkan dan salutkan dengan coklat dan hiaslah ikut suka.

0
Kek Marble

Mana-mana blog saya jalan semua ada tayangan kek marble. Kat sini je yang belum lagi. Untuk itu saya pun try lah resepi nih...dah banyak kali buat...tak pernah sekali pun fail. Resepi ni dah 11 tahun, dapat dari channel tv India...masa tu duk Dhaka setahun ikut suami kerja kat sana. Ketika di sana tv Malaysia langsug tak leh nak tengok tak de coverage...tv international yang lain ade...nak tak nak terpaksa lah tengok tv negara lain...paling seronok tv Itali dan Australia...macam-macam idea dan style masakan yang diorang tunjukkan...seronok betul.
Ok berbalik cerita kek ni, jadi dan naik dengan cantik sekali. Nak bubuh perisa apa pun terpulang pada masing-masing.

KEK MARBLE
Bahan-Bahan:
  • 150 gm tepung gandum (asingkan 10 gm)
  • 150 gm butter
  • 150 gm gula kastor
  • 3 biji telur (A)
  • 10 gm cocoa powder
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • Perisa sunkist emulco
Caranya:
1. Seperti biasa, pukul butter dan gula hingga kembang berkrim dan putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi hingga adunan kembang.
3. Masukkan tepung ke dalam adunan, kaup balik hingga rata dan sebati.
4. Bahagikan kepada dua bahagian.
  • Bahagian a: Masukkan cocoa powder.
  • Bahagian b: Biarkan plain, tambahkan dengan 10 gm tepung yang diasingkan tadi dan 1/2 tsp perisa sunkist emulco.
    5. Tuangkan ke dalam acuan yang telah dialas dan digris secara berselang-seli hingga habis adunan.
    6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180 C hingga masak.

    0
    Rahsia Pemakanan

    SETIAP YANG KITA MAKAN MEMPUNYAI RAHSIA DAN FUNGSINYA UNTUK KEBAIKAN TUBUH SERTA KESIHATAN DIRI. OLEH ITU PEMAKANAN SEIMBANG SEHARUSNYA DIUTAMAKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. GAYA SIHAT ITU JUGA HARUS DITERAP DAN DIDIDIK DALAM DIRI ANAK-ANAK SEDARI KECIL AGAR MENJADI KEBIASAAN DAN SATU KEMESTIAN DALAM HIDUP MEREKA. INI KERANA APA YANG MEREKA MAKAN SEKARANG INI AKAN MEMBERI KESAN PADA MEREKA DI KEMUDIAN HARI NANTI.  JOM IKUTI INFO SELANJUTNYA.

    Pakar pemakanan menyarankan kita memakan ikan sardin paling tidak 2 minggu sekali untuk kesihatan jantung dan peredaran darah.  Ini kerana, ikan sardin mengandungi lemak omega 3.  Ikan sardin yang terbaik adalah yang diperolehi dari Bandar Alaska.  Ini kerana semakin sejuk kawasan tersebut, semakin banyak lemak ikannya.
    Untuk khasiat yang penuh sebaiknya ikan sardin dimakan bersama kulit dan tulangnya. Kedua bahagian ini merupakan sumber kalsium yang sangat baik. Sementara isinya pula mengandungi vitamin D juga baik antara lainnya membantu penyerapan kalsiumnya.

    Bawang putih sangat baik untuk kesihatan termasuk memerangi kanser. Supaya kandungan khasiatnya semakin baik, kata pakar, ketika membuat pasta atau masakan yang lainnya, biarkan cincangan bawang putih selama 10 minit sebelum dimasak.  Sepanjang dibiarkan pertumbuhan anti kanser yang terdapat di dalam bawang putih akan semakin kuat.

    Tempe dan tauhu adalah sumber protien yang sangat baik dan murah jika dibandingkan dengan protein haiwan seperti daging, ayam mahupun ikan.  Makanlah setiap hari tempe dan tauhu. Kacang soya mengawal kadar kolestrol dan trigliserid dan tekanan darah sentiasa rendah. Selain itu juga, ia mengawal supaya pembuluh darah akan tetap elastik. Mungkin kerana itu, mereka yang mengamalkan vegetarian kebanyakannya lebih sihat dan bacaan tekanan darah mereka menjadi lebih baik.

    Ayam bakar, daging bakar dan sate memang enak. Tapi tahukah anda, jangan pernah membakar ayam, daging atau sate tanpa diperap bersama bahan rempahnya  terlebih dahulu. Ini kerana lapisan rempah tersebut akan mencegah pembentukan zat karsinogen yang sering ada pada makanan-makanan yang dibakar. Begitu juga sebaiknya sate dimakan sekali bersama dengan timun dan bawang kerana dikatakan dua bahan ini dapat mencegah kewujudan zat karsinogen dalam tubuh badan yang membawa mudarat kepada kesihatan.

    SEMOGA INFO INI DAPAT MEMBERI KITA SEDIKIT SEBANYAK GAMBARAN TENTANG KEPENTINGAN PEMAKANAN SIHAT....
    Sumber: SEDAP/Bil 11/Vol 1/2009

    0
    Talam Lapis Tembikai


    DAH LAMA TAK BUAT KUIH-KUIH TALAM NIH, KALAU LAMA TAK BUAT NANTI SKILL HILANG...JADI SEMALAM RAJINKAN JUGALAH DIRI UNTUK BUAT KUIH TALAM TEMBIKAI NI UNTUK MINUM PETANG. DAH DUA KALI BUAT...NAK PERABISKAN AIR SOYA YANG DIBELI HARI TU. KUIH TALAM NI DALAM KELOMPOK KUIH NYONYA. RASANYA BERLAINAN SEDIKIT DARI KUIH TALAM YANG LAIN TU...KALAU NAK TAHU BOLEH LAH MENCUBA...


    TALAM LAPIS TEMBIKAI


    BAHAN-BAHAN:
    150 GM TEPUNG BERAS
    140 GM TEPUNG UBI
    20 GM TEPUNG SAGO
    500 ML AIR SOYA TANPA GULA
    200 ML SANTAN PEKAT
    220 GM GULA KASTOR (saya jadikan 145-150 gm...tak suka manis-manis)
    1/2 TSP GARAM
    60 GM CINCAU (potong kiub)
    BEBERAPA TITIK BRIGHT RED & GREEN COLOURING
    BEBERAPA TITIK PANDAN PASTE


    CARANYA:
    1. SATUKAN SEMUA BAHAN KECUALI CINCAU, PEWARNA DAN PANDAN PASTE KE DALAM BEKAS, TAPIS. BAHAGIKAN ADUNAN : 200 GM CAMPURKAN PANDAN PASTE DAN PEWARNA HIJAU, DAN 200 GM DIBIARKAN PLAIN.
    2. MANAKALA YANG SELBIHNYA DIWARNAKAN DENGAN WARNA MERAH DAN CAMPURKAN CINCAU.
    3. LAPISAN PERTAMA, KUKUSKAN ADUNAN BERWARNA HIJAU DALAM LOYANG 8 INCI BULAT. KUKUSKAN DENGAN API KUAT SELAMA 5 MINIT DALAM PENGUKUS YANG TELAH DIPANASKAN TERLEBIH DAHULU.
    4. TUANGKAN PULA LAPISAN PLAIN, KUKUS LAGI 5 MINIT.
    5. AKHIRNYA, KUKUS LAPISAN MERAH DENGAN API SEDERHANA SELAMA 15-20 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK. SEELOK-ELOKNYA BIARKAN SEJUK PALING KURANG 4 JAM UNTUK MENDAPATKAN POTONGAN YANG CANTIK.


    0
    Nasi Lemak Express Sambal Sotong

    DULU NASI LEMAK HANYA DIMAKAN SEBAGAI BREAKFAST. TAPI KINI TIDAK LAGI. NASI LEMAK KINI BOLEH DINIKMATI TAK KIRA MASA BUKAN HANYA KETIKA BREAKFAST, MALAH JUGA BOLEH DINIKMATI KETIKA LUNCH MAHUPUN DINNER...SENANG KATA...BILA-BILA MASA LAH. KALAU TIDAK MASAKAN NASI LEMAK ANTARABANGSA KG. BARU TU YANG SEBELUM NI HANYA GERAI BIASA TEPI JALAN BOLEH BERKEMBANG MAJU HINGGA PUNYA RESTORAN SENDIRI SEKARANG. SAMPAI BEGITU SEKALI KEAJAIBAN NASI LEMAK...TAK KIRA UMUR...BANGSA...SEMUA MENYUKAINYA...HINGGA ORANG YANG NIAGA NASI LEMAK TU BOLEH BUAT DUIT...KAYA RAYA...
    OK LAH, INI SET NASI LEMAK LUNCH KAMI SEMALAM...BESERTA SAMBAL SOTONG DAN SAMPINGAN LAIN. RESEPI NI BANYAK JADI SAYA CUMA BUAT HALF JE...

    NASI LEMAK EXPRESS

    BAHAN A:
    2 1/2 KG BERAS
    2 1/2 TBSP GARAM

    BAHAN B:
    2500 ML AIR
    1/4 INCI HALIA
    1 CAWAN BAWANG BESAR DADU
    4 BATANG SERAI (dititik)
    4 HELAI DAUN PANDAN
    3 TBSP GULA

    BAHAN C:
    500 GM SANTAN PEKAT
    1/2 CAWAN MINYAK

    CARANYA:
    MASAK BAHAN A & B SEPERTI BIASA. BILA BERAS KERING BARU MASUKKAN CAMPURAN SANTAN DAN MINYAK. MASAKKAN LAGI HINGGA MASAK DAN KERING.

    SAMBAL SOTONG

    BAHAN-BAHAN:
    10 EKOR SOTONG
    1 CAWAN CILI MESIN
    3 CAWAN BAWANG BESAR (mesin)
    50 GM BELACAN
    5 ULAS BAWANG PUTIH (dihiris)
    AIR ASAM JAWA
    GARAM & GULA SECUKUP RASA

    CARANYA:
    PANASKAN MINYAK. MASUKKAN BELACAN DAN GORENG SEKEJAP DENGAN API SEDERHANA. SETELAH ITU MASUKKAN CILI MESIN DAN BAWANG KISAR. MASAK SEHINGGA GARING, WANGI DAN NAIK MINYAK. MASUKKAN BAWANG PUTIH, KACAU DAN BIARKAN SEBENTAR. KEMUDIAN MASUKKAN AIR ASAM JAWA DAN PERASAKAN DENGAN GARAM DAN GULA, BIARKAN MENDIDIH. AKHIRNYA, MASUKKAN SOTONG, BIARKAN SEHINGGA SOTONG MASAK TAPI JANGAN TERLALU LAMA NANTI SOTONG AKAN JADI LIAT DAN KERAS.

    1
    Thai Mango Glutinous Rice

    LAST WEEKEND KAMI DINNER KAT KG. BARU. KEBETULAN KAT SITU ADA MACAM-MACAM DESSERT THAI MARI...ANTARANYA PULUT MANGGA YANG FEMES TU. SEBELUM NI SAYA CUMA DENGAR NAMA...BELUM PERNAH RASA...JADI SAYA GUNA PELUANG NI UNTUK MERASAINYA SENDIRI. OHH!!...MACAM NI RASANYA PULUT MANGGA...PATUT LAH RAMAI SUKA...RUPANYA SEEDAPP...
    BALIK RUMAH, SEARCH RESEPI KAT INTERNET. BANYAK JUGA LAH DAPAT. TAPI UNTUK PERMULAAN NI SAYA TRY DULU RESEPI CHEF TANIA. YANG LAIN-LAIN TU FOR NEXT TIME PROJECT. KEBETULAN ADA LAGI BEBERAPA BIJI MANGGA YANG TINGGAL ...BUAH TANGAN SUAMI BALIK OUTSTATION DARI DHAKA. KAT SANA BULAN-BULAN BEGINI MUSIM MANGGA. BUAH MANGGA SANA RASANYA LEBIH SEDAP DARIPADA MANGGA SINI...LEBIH MANIS...LEBIH MURAH...
    TAK RUGI MENCUBA RESEPI CHEF TANIA NIH...SEDAPP!!...SAYA BUAT HALF RECIPE...INGATKAN ANAK-ANAK TAK MAKAN...SEBAB KAT KEDAI HARI TU MEREKA TAK MAKAN...TAPI YANG SAYA BUAT NI, MAKAN LAH PULAK...MEREKA KATA, '...SEDAP LA MAK...'.
    SORRY CHEF TANIA, SAYA UBAH SIKIT PADA CARA MEMBUAT PULUTNYA...OK, JOM LAYAN RESEPI.

    THAI MANGO GLUTINOUS RICE @ PULUT MANGGA THAI
    BAHAN-BAHAN:
    5OO GM BERAS PULUT (direndam 1 jam)
    200 GM AIR *
    150 GM GULA *
    2 SUDU MAKAN MINYAK *
    1 SUDU BESAR GARAM *

    SATUKAN SEMUA YANG BERTANDA * . KUKUS PULUT DAN SIRAM DENGAN AIR GULA SEBANYAK 2 KALI...HINGGA MASAK.
    CARA SAYA:
    PULUT SAYA TAK KUKUS, SAYA TANAK JE SEPERTI BIASA HINGGA MASAK (Macam masak nasi tu...tapi sukatan air dan pulut sama / sama paras. Kalau you all nak kukus pun boleh juga...terpulang lah). SEMENTARA PULUT MASAK, GULA, AIR, MINYAK DAN GARAM DI MASAK TERLEBIH DULU UNTUK DIJADIKAN AIR GULA. SELEPAS PULUT MASAK, DENGAN CEPAT MASUKKAN KE DALAM BEKAS. SEMASA PULUT MASIH LAGI PANAS TUANGKAN AIR GULA TADI. KACAU RATA-RATA SUPAYA PULUT DAN AIR GULA ELOK SEBATINYA. KETEPIKAN.

    BAHAN SOS / KUAH:
    150 GM TEPUNG BERAS
    80 GM GULA HALUS
    300 GM AIR
    250 GM SANTAN PEKAT
    2 HELAI DAUN PANDAN DIIKAT
    SEDIKIT GARAM

    CARANYA:
    SATUKAN SEMUA BAHAN INI. MASAK DENGAN API KECIL SEHINGGA MENJADI SOS, JIKA AGAK KENTAL BOLEH TAMBAH SEDIKIT AIR, SOS INI TIDAK BOLEH PEKAT DAN TAK BOLEH CAIR.

    HIDANGKAN BERSAMA PULUT DAN MANGGA.


    0
    Sweet & Sour Chicken Nugget

    ANAK-ANAK REQUEST NAK MAKAN NUGGET. NAK BAGI MEREKA MAKAN NUGGET GORENG MACAM GITU JE...TAK SAMPAI HATI PULA. SEBENARNYA MEREKA TAK KISAH PUN...GORENG PUN GORENG LAH...ASALKAN NUGGET...CUMA IBUNYA NI YANG TERLEBIH RAJIN. MAKA SEPINTAS LALU IDEA DATANG NAK BUAT MASAK MASAM MANIS NI. BERSELERA SUNGGUH LIHAT MEREKA MAKAN...

    SWEET & SOUR CHICKEN NUGGET

    BAHAN-BAHAN:
    20-25 KEPING NUGGET
    1 BIJI BAWANG BOMBAY - didadu
    4 ULAS BAWANG PUTIH - dicincang
    1 KEPING HALIA - dicincang (jika suka)
    1 SUDU TEH GULA - jika perlu
    GARAM SECUKUP RASA

    BAHAN SAYURAN:
    1/2 BIJI TIMUN - dipotong dadu
    1/2 BATANG LOBAK MERAH - dipotong dadu
    5 BIJI CENDAWAN BUTANG dalam tin - dipotong 4
    1 BIJI BUAH TOMATO - dibuang biji dan potong dadu

    BAHAN SOS:
    1 SUDU MAKAN SOS PLUM
    3 SUDU MAKAN SOS CILI
    3 SUDU MAKAN SOS TOMATO

    CARANYA:
    1. MACAM BIASA GORENG NUGGET SEHINGGA KEKUNINGAN. KETEPIKAN.
    2. PANASKAN SEDIKIT MINYAK. MASUKKAN BAWANG PUTIH DAN HALIA CINCANG. GORENG SEHINGGA KEKUNINGAN DAN NAIK BAU.
    3. MASUKKAN 1/2 CAWAN AIR BESERTA DENGAN BAHAN SOS. BIARKAN DIDIH. JIKA TERKURANG RASA SOSNYA TAMBAH LAGI IKUT CITARASA MASING-MASING.
    4. MASUKKAN BAWANG BOMBAY DAN BAHAN SAYURAN, BIARKAN MASAK. RASAKAN GARAM DAN MANISNYA.
    5. BILA NAK MAKAN, SUSUNKAN NUGGET DALAM PINGGAN, TUANGKAN SOS MASAM MANIS DI ATASNYA DAN HIDANGKAN.

    0
    Mee Goreng Panas


    MEE GORENG FOR OUR YESTERDAY BREAKFAST. SIAP MASAK...HIAS ALA KADAR...MASIH LAGI PANAS...TERUS AMBIL GAMBAR. TAK IKUT RESEPI SANGAT SEBAB ADA ANTARA BAHAN TAK ADA...KEHABISAN STOK. SEBAGAI GANTI GUNAKAN APA YANG ADA AJE. JANJI PERUT ANAK-ANAK DAN SUAMI TERISI. SAYA TAK KISAH SANGAT...DAH BIASA TAK BREAKFAST. MEE GORENG NI RESEPI BIASA-BIASA...DAH BIASA BUAT...TAPI TETAP SAYA TURUNKAN SEBAGAI PANDUAN UNTUK YANG BARU-BARU NAK BELAJAR MASAK TU...

    MEE GORENG PANAS

    BAHAN-BAHAN:
    1 BUNGKUS (450 GM) MEE KUNING
    10 EKOR UDANG SEDERHANA BESAR
    2 EKOR SOTONG
    6 BATANG SAWI
    1 KEPING ISI AYAM
    3 KEPING TAUHU IKAN
    1 BIJI TOMATO (dipotong dadu)
    1 BATANG CELERY
    BEBERAPA KEPING DAUN KUBIS
    SEGENGGAM TAUGEH

    BAHAN DIKISAR:
    8 TANGKAI CILI KERING (direndam dengan air panas)
    3 ULAS BAWANG PUTIH
    3 BIJI BAWANG MERAH
    1/4 CAWAN IKAN BILIS

    BAHAN SOS:
    3 SUDU MAKAN SOS TIRAM
    3 SUDU MAKAN SOS TOMATO
    3 SUDU MAKAN KICAP PEKAT MANIS

    BAHAN HIASAN:
    2 BIJI TELUR (direbus / didadar)
    1 BIJI CILI MERAH
    1 SUDU TEH BAWANG GORENG
    1 SUDU TEH DAUN BAWANG DIHIRIS

    CARANYA:
    1. TUMIS BAHAN KISAR SEHINGGA NAIK BAU. MASUKKAN BUAH TOMATO, BIARKAN SEHINGGA SETENGAH LAYU.
    2. MASUKKAN ISI AYAM, TAUHU IKAN, SOTONG DAN UDANG BERSAMA SEDIKIT AIR (mengikut pekat kuah yang anda gemari). BIARKAN SEHINGGA BAHAN MENDIDIH.
    3. MASUKKAN BAHAN SOS. RASAKAN DAN JIKA PERLU TAMBAH GARAM. KEMUDIAN MASUKKAN SAYUR-SAYURAN. BIARKAN SEKEJAP.
    4. MASUKKAN MI, KACAU LAGI. AKHIR SEKALI MASUKKAN TAUGEH. KACAU-KACAU SEKEJAP DAN ANGKAT.
    5. HIDANGKAN KETIKA MASIH PANAS BERSAMA HIASAN LAIN.

    1
    Kenali Rahsia Diri

    ANTARA SEDAR ATAU TIDAK ANDA MAHU PUN ANAK ANDA AKAN MENGAMBIL SNEK SETIAP KALI MENONTON TELEVISYEN, SEMASA BELAJAR ATAU BEREHAT SAMBIL MINUM PETANG. TANPA ANDA TAHU, TERSELIT RAHSIA DIRI ANDA ATAU ANAK ANDA DI SEBALIK KUDAPAN YANG DIAMBIL. JOM KITA SINGKAP RAHSIA DI SEBALIKNYA.

    SNEK PILIHAN


    BISKUT
    UNTUK ANDA YANG SUKAKAN BISKUT, ANDA SEORANG YANG SUKA TERMENUNG. NAMUN ANDA BUKAN TERMENUNG KOSONG, ANDA SUKA BERFIKIR. SEGALA KEPUTUSAN YANG ANDA BUAT BERDASARKAN LOGIK TANPA MELIBATKAN EMOSI. ANDA CUKUP MENGHARGAI KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN. KADANG-KADANG KAMU GELISAH KERANA TERLALU BANYAK BERFIKIR.  ANDA JUGA SEORANG YANG KUAT BERANGAN.


    NUGGET atau DRUMMET
    ANDA SEORANG YANG TELITI.  ANDA SENTIASA MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK DIRI ANDA. ANDA INGIN HIDUP DI DALAM DUNIA YANG AMAN TANPA KONFLIK.  SELAIN ITU ANDA AMAT MENYAYANGI HAIWAN DAN AMAT MENGAMBIL BERAT TENTANG HAK-HAK HAIWAN.  ANDA TIDAK SUKAKAN KETIDAK ADILAN.  ANDA JUGA AKAN MEMASTIKAN SETIAP ORANG AKAN DILAYAN DENGAN ADIL.


    SOSEJ DENGAN ROTI
    SIKAP ANDA YANG RAMAH MEMBUATKAN ANDA RAMAI KAWAN. BONUS UNTUK KAWAN-KAWAN ANDA KERANA  ANDA SEORANG SAHABAT YANG SETIA DAN BOLEH DIPERCAYAI.  KAWAN-KAWAN SENANG APABILA BERADA DI SAMPING ANDA KERANA ANDA PANDAI MENYESUAIKAN DIRI DI MANA SAJA ANDA BERADA.

    AISKRIM
    ANDA SEORANG YANG PERAMAH DAN DISUKAI RAMAI.  ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN DALAMAN UNTUK MENCAPAI PERKARA YANG ANDA INGINKAN.  KELUARGA ANDA ADALAH PERKARA PALING PENTING DALAM HIDUP.  ANDA JUGA BERASA SELESA BERADA DI RUMAH.  ANDA SEORANG YANG BEKERJA KERAS TETAPI ANDA TAHU BILA DAN BAGAIMANA UNTUK BEREHAT DAN MENIKMATI HIDUP.


    KEKACANG
    JIKA ANDA SALAH SEORANG YANG MENGGEMARI KEKACANG MAKA KAMU ADALAH SEORANG YANG SENTIASA CERGAS DAN PENUH BERTENAGA.  ANDA SUKAKAN HIDUP YANG PENUH DENGAN PELBAGAI AKSI.  IDEA DAN PENDAPAT YANG ANDA BERIKAN BIASANYA SUNGGUH KREATIF DAN HEBAT SEHINGGA KAWAN-KAWAN ANDA AMAT MENGAGUMI ANDA.




    MAKANAN RINGAN
    ANDA YANG SUKAKAN MAKANAN INI ADALAH SEORANG YANG MENGIKUT KATA HATI DAN BOLEH DIHARAP.  ANDA SEORANG YANG BERSOPAN DAN MENJALAN CARA HIDUP YANG PENUH DENGAN TATA SUSILA.  TETAPI ADA MASANYA ANDA JUGA AGAK KERAS KEPALA.  ANDA SEORANG YANG SANGAT BERETIKA DAN MENGEKALKAN INI DALAM HIDUP ANDA.


    COKLAT
    ANDA YANG SUKAKAN COKLAT ADALAH SEORANG YANG SENTIASA CERIA.  ANDA PANDAI MENIKMATI HIDUP.  ISTILAH MURUNG TIADA DALAM KAMUS HIDUP ANDA.  BAGI ANDA TIADA MASALAH YANG TIDAK BOLEH DISELESAIKAN. ANDA JUGA SEORANG YANG SENTIASA CERIA.

    0
    Asam Tumis Nyonya Style


    MASYARAKAT BABA NYONYA YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI KAUM PERANAKAN BEGITU MASYHUR DENGAN PELBAGAI MASAKAN TRADISIONAL YANG BEGITU ENAK DAN MENARIK SERTA MEMPUNYAI BANYAK PERSAMAAN DENGAN MASAKAN KAUM MELAYU.
    ANTARA YANG DIKENALI IALAH MASAKAN ASAM TUMIS. MASAKAN INI TAK BANYAK BEZA DENGAN ASAM PEDAS DAN BANYAK MENGGUNAKAN BAWANG PUTIH DALAM RAMUANNYA. KUAHNYA YANG PEKAT...SUNGGUH SEDAP SEKALI...DITAMBAH DENGAN HARUMAN DAUN KESUM DAN BUNGA KANTAN.

    ASAM TUMIS NYONYA STYLE

    BAHAN-BAHAN:
    1 EKOR IKAN SENANGIN (dibersihkan dan dipotong)
    3 TANGKAI DAUN KESUM
    2 TANGKAI BUNGA KANTAN
    125 ML AIR ASAM JAWA
    750 ML AIR
    MINYAK MASAK SECUKUPNYA

    BAHAN-BAHAN PES (dikisar):
    1 1/2 INCI LENGKUAS
    1 INCI KUNYIT HIDUP
    200 GM BAWANG MERAH
    100 GM BAWANG PUTIH
    1 INCI BELACAN
    300 GM CILI MERAH
    3 BATANG SERAI

    BAHAN-BAHAN HIASAN:
    5 BIJI BENDI (tak letak sebab tak ada stok)
    1 BIJI TERUNG *
    2 BIJI TOMATO * (dipotong keci)
    1 BIJI BAWANG BESAR (dihiris sedikit tebal)

    CARANYA:
    1. TUMIS BAHAN PES BERSAMA DAUN KESUM DAN BUNGA KANTAN SEHINGGA NAIK MINYAK.
    2. KEMUDIAN MASUKKAN AIR DAN AIR ASAM JAWA. BIARKAN HINGGA MENDIDIH.
    3. MASUKKAN GARAM DAN IKAN.
    4. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN HIASAN. TUNGGU HINGGA MASAK DENGAN API PERLAHAN.

    0
    Indonesian Chendol Pudding


    PUDING NI BUAT DAH LAMA, BARU TODAY NAK POST. RESEPI DARI BUKU CHEESE LAYERED CAKES PUBLISHED BY Y3K PUBLISHER. BAHAN DAN CARA PENYEDIAANNYA AGAK REMEH SEDIKIT TAPI HASILNYA SEDAP...LAIN DARI YANG LAIN. SAYA BERI RESEPI ASAL DALAM ENGLISH YER...NANTI ADA MASA SAYA TRANSLATE KAN DALAM BAHASA MELAYU. OK..JOM...

    INDONESIAN CHENDOL PUDDING

    FOR INTERIOR
    INREDIENT A:
    300 ML WATER
    50 GM CASTER SUGAR
    2 TSPS AGAR-AGAR POWDER

    INGREDIENT B:
    FEW DROPS OF RED, YELLOW, PURPLE COLOURING

    FOR CHENDOL JELLY
    INGREDIENT C:
    100 HM CINCAU (diced)
    100 GM READY-MADE CHENDOL
    100 GM COLOURED SAGO (cook in lots of water, drain well)

    INGREDIENT D:
    1200 ML DILUTED COCONUT MILK (500 ml concentrated coconut milk + 700 ml water)
    2 TBSPS AGAR-AGAR POWDER
    150 GM CASTER SUGAR
    A DASH OF SALT

    INGREDIENT E: mixed together
    100 ML WATER
    80 GM GREEN PEA POWDER / CORNFLOUR

    METHOD:
    1. PUT INGREDIENT A TO A BOIL. STIR OFTEN TILL AGAR-AGAR POWDER IS DISSOLVED. DIVIDE HOT SOLUTION INTO THREE PORTIONS. COLOUR EACH PORTION SEPARATELY WITH INGREDIENT B. AFTER JELLY HAS COAGULATED, DICE IT SMALL.

    2. BRING INGREDIENT D TO A BOIL. STIR IN INGREDIENT E AND BOIL VERY BRIEFLY. REMOVE FROM HEAT ONCE IT STARTS TO BOIL. DIVIDE INTO THREE PORTIONS.
    • FIRST PORTION, ADD IN CINCAU AND RED-COLOURED DICED JELLY.
    • SECOND PORTION, ADD IN CHENDOL AND PURPLE-COLOURED DICED JELLY.
    • THIRD PORTION, ADD IN COOKED RED SAGO AND YELLOW-COLOURED DICED JELLY.
    3. SET NO.(2) LAYER BY LAYER WITH THE DIFFERENT COLOURED PORTIONS IN AN 8 INCHES X 4 INCHES RECTANGULAR MOULD. KEEP CHILLED BEFORE SERVING.

    0
    Pulut Durian

    MUSIM-MUSIM DURIAN NI, SANA-SINI BERSEPAH ORANG MENJUAL DURIAN. PADA SIAPA YANG HANTU DURIAN TU...INILAH MASANYA MAKAN SAKAN. DURIAN MEMANG SEDAP...TAPI INGAT, DURIAN NI PANAS...BOLEH JADI BAHAYA PADA PENGHIDAP HIPERTENSI JIKA DIMAKAN BERLEBIHAN...
    DUA TIGA HARI LEPAS, BILA JALAN-JALAN KAT PASAR MALAM...NAMPAK DURIAN...TERINGIN PULA NAK MAKAN...JADI BELI LAH 3 PEK RM10. LAGI PUN KAMI SATU FAMILY RASANYA DAH LAMA TAK PEKENA DURIAN.  HAJAT HATI BELI DURIAN NAK BUAT PENGAT.  SAYA DARI KECIL MEMANG TAK MAKAN DURIAN MACAM TU JE...TAK SUKA...TAPI BILA DAH JADI KUIH KE...PENGAT KE...HAA...YANG ITU MAKAN LER...LEBIH-LEBIH LAGI KALAU DAH JADI TEMPOYAK....YANG ITU JANGAN CAKAP LAH...LAGI LER SUKA...HEHEHE...
    SEBELUM NI MASAK PENGAT DURIAN MAIN CAMPAK-CAMPAK, IKUT SUKATI SENDIRI SEBAB DAH BIASA TENGOK MAK MASAK SEMUA MAIN LEBUR AJE DALAM PERIUK. TAPI KALI NI SAJA NAK UBAH ANGIN, FOLLOW RESEPI DARI BUKU KOMPILASI MASAKAN DURIAN TERBITAN ALAF 21. TENGOK RESEPI PUN, TERAMATLAH SENANGNYA KAN...

    KUAH DURIAN

    BAHAN-BAHAN:
    500 ML SANTAN PEKAT
    200 ML AIR
    250 GM GULA MERAH (saya kurangkan sebab tak nak kuah yang gelap sangat)
    100 GM GULA KASTOR (kalau tak suka manis boleh kurangkan)
    7 ULAS DURIAN
    2 HELAI DAUN PANDAN

    CARANYA:
    1. MASAK AIR DAN SANTAN DI DALAM PERIUK DI ATAS API SEDERHANA. KACAU SELALU.
    2. MASUKKAN DURIAN, GULA MERAH, GULA KASTOR DAN DAUN PANDAN. DIKACAU RATA.
    3. MASAK LAGI SEHINGGA MENDIDIH DAN PEKAT ENAK DIHIDANGKAN BERSAMA ROTI MAHUPUN PULUT.

    BAHAN PULUT:
    500 GM BERAS PULUT - dibersihkan & ditos
    600 ML AIR
    SEDIKIT GARAM

    CARANYA:
    MASAK PULUT BERSAMA AIR SEPERTI MASAK NASI DENGAN API SEDERHANA SEHINGGA MASAK.

    0
    Chicken Blackpepper

    AYAM KALAU DIMASAK APA PUN MEMANG SEDAP. AYAM BERLADA HITAM NI WALAUPUN RINGKAS...SAMA ADA SEDIKIT BERKUAH MAHUPUN KERING...TETAP UUMPH!!...LEBIH-LEBIH LAGI BILA DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS. RESEPI OLEH CHEF SABRI...ALA CHEF YANG POPULAR KAT TV TU....LEBIH KURANG MACAM MASAK KICAP, CUMA AYAMNYA TIDAK PERLU DIGORENG TERLEBIH DULU...SENANG KAN...SESUAI UNTUK MEREKA YANG KESUNTUKAN MASA.

    CHICKEN BLACKPEPPER

    BAHAN-BAHAN:
    800 GM DAGING AYAM (dihiris)
    30 GM BAWANG PUTIH (cincang)
    100 GM BAWANG BESAR (potong dadu)
    100 GM LADA BENGGALA MERAH
    100 GM LADA BENGGALA HIJAU (potong kiub)
    4 SUDU BESAR SOS TIRAM
    8 SUDU BESAR KICAP CAIR (saya ganti dengan kicap manis)
    4 SUDU BESAR LADA HITAM (kisar)
    100 ML MINYAK MASAK
    SEDIKIT GARAM DAN GULA

    CARANYA:
    1. PANASKAN MINYAK, TUMISKAN BAWANG PUTIH DAN HALIA HINGGA NAIK BAU.
    2. MASUKKAN LADA HITAM, AYAM, SOS TIRAM DAN KICAP CAIR. SAYA TAMBAH SIKIT AIR SEBAB NAMPAK TERLALU KERING. KACAU RATA DAN SEBATIKAN.
    3. KEMUDIAN MASUKKAN LADA BENGGALA MERAH DAN HIJAU, GARAM SERTA GULA SECUKUP RASA.

    0
    Kek Lapis Nirwana

    KATA ORANG, RAJA SEGALA BUAH ADALAH DURIAN...MANAKALA RAJA SEGALA KEK ADALAH KEK LAPIS...HEHEHE...BETUL KE STATEMENT NIH...?

    INILAH KEK LAPIS PERTAMA BERJAYA SAYA HASILKAN SEKITAR TAHUN 2006....BETULL...SIAP ADA DATE LAGI KAT GAMBAR TU...GAMBAR NI BUKAN CIPLAK YER...MEMANG ORI KEPUNYAAN SAYA...SEBAB SAYA PERNAH TERJUMPA GAMBAR NI DALAM BLOG LAIN TANPA PERMISSION DARIPADA SAYA (saya masih ingat blog tu...tapi rasanya tak perlulah saya nyatakan di sini)...SIAPA PUN AKAN MARAH KALAU HASIL USAHANYA DICURI OLEH ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEMUDIAN TERANG-TERANGAN PAMERKAN PULA GAMBAR TERSEBUT DALAM BLOG MEREKA...(dengan nada sedikit emosi)...

    OK LAH, GAMBAR NI SAYA DAH FRAMEKAN CANTIK-CANTIK SEBAGAI KENANGAN UNTUK SAYA....JUGA UNTUK TATAPAN PARA PENGUNJUNG KE SINI. TIKA ITU ERA KEK LAPIS BAGAIKAN TSUNAMI...HOT...SANA SINI ORANG MEMPERKATAKAN TENTANG KEK LAPIS...MERATA KURSUS KEK LAPIS DIADAKAN...DAN BERATUR PULA ORANG PI BELAJAR...

    PASARAN KEK LAPIS MASA TU TAK MACAM SEKARANG...AMAT TERHAD...TAPI SEKARANG DAH RAMAI ORANG BERNIAGA KEK LAPIS SAMA ADA SECARA ONLINE MAHUPUN DI PASARAN TERBUKA TERUTAMA BILA TIBA MUSIM PERAYAAN.

    SAYA MASIH INGAT LAGI, SEBELUM-SEBELUM TU...SETIAP PERCUBAAN MEMBUAT KEK LAPIS DARI MAJALAH MAHUPUN INTERNET...PASTI GAGAL. SETELAH BERKALI-KALI GAGAL...TERGERAK HATI UNTUK MENDALAMI PROSES PEMBUATAN KEK LAPIS YANG SEBENARNYA. SETELAH MENGIKUTI KURSUS, BARULAH SAYA FAHAM, MEMBUAT KEK LAPIS NI ADA TEKNIKNYA YANG TERSENDIRI...PATUTLAH SELAMA NI BUAT SEMUANYA FAILED...SEBAB TEKNIK TAK BETUL...SEMUA MAIN REDAH JE. PENGAJARAN YANG SAYA DAPAT, SETIAP APA YANG KITA NAK LAKUKAN MESTILAH DENGAN ILMU...BIARLAH ILMU ITU PENUH DI DADA SEBELUM MEMULAKAN SESUATU...PASTI KEJAYAAN AKAN MENYUSUL...INSYAALAH.

    KALAU ADA YANG TANYA RESEPI....INILAH RESEPINYA....RESEPI DARI CHEF ASMA.


    KEK LAPIS NIRWANA

    BAHAN A:
    18 BIJI KUNING TELUR
    7 BIJI PUTIH TELUR
    350 GM GULA HALUS
    225 GM TEPUNG GANDUM / SUPERFINE
    1 1/2 TBSP OVALATTE
    1 1/2 TSP BAKING POWDER

    BAHAN B:
    375 GM BUTTER
    12 TBSP SUSU PEKAT MANIS
    1 1/2 TSP ESEN VANILLA

    BAHAN C:
    PEWARNA HIJAU DAN KUNING
    SEDIKIT PEWARNA BRIGHT RED
    RAISIN & CHOCOLATE CHIP

    CARANYA:
    1. PUKUL BAHAN (A) HINGGA KEMBANG.
    2. DI DALAM BEKAS BERASINGAN PUKUL BAHAN (B) HINGGA KEMBANG.
    3. SATUKAN BAHAN (A & B) PUKUL DENGAN WHISK TANGAN.
    4. BAHAGIKAN KEPADA 4 BAHAGIAN:-
    • a) 1 bahagian campurkan pewarna kuning (letak chocolate chips)
    • b) 2 bahagian campurkan pewarna hijau (letak raisin)
    • c) 1 bahagian campurkan pewarna merah
    5. SEDIAKAN ACUAN 8.5"x 8.5"x 4".
    BAKARLAH SELAPIS DEMI SELAPIS DENGAN SETIAP LAPISAN 100 GM.

    0
    Gado-Gado Bonda

    SAYA NAMAKANNYA GADO-GADO. TAPI MUNGKIN TEMPAT LAIN...NAMANYA PASEMBUR ATAU JUGA ROJAK. NAMA LAIN-LAIN TAPI BENDANYA LEBIH KURANG SAMA JE. SEBAB APA GADO-GADO BONDA...SEBAB SAYA BIASA LIHAT MAK SELALU BUAT GADO-GADO NI SEMENJAK SAYA KECIL LAGI.
    MENURUT CERITA MAK....DULU DI KAMPUNG, ADA SEBUAH KEDAI MAKAN MENJUAL GADO-GADO. KALAU TAK SILAP NAMA TUAN KEDAI TU PAK HARUN...PAKCIK NI LAH YANG MEMBERI NAMA GADO-GADO. KEDAI MAKANNYA TAK PERNAH PUTUS DIKUNJUNGI ORANG. MAK KATA, MENGIKUT CERITA ORANG YANG PERNAH MAKAN DI KEDAI PAK HARUN...GADO-GADONYA SPECIAL DAN SEDAP SANGAT...ITU SEBAB LAKU...HARI-HARI HABIS. DENGARKAN CERITA DARI MULUT KE MULUT TU...MAK PUN SURUH LAH AYAH PERGI BELI SEBUNGKUS...NAK RASA...YES, MEMANG BETUL KATA MEREKA SEMUA...SEDAP!!. SETELAH TU, MAK PUN TRY AND ERROR HASILKAN GADO-GADO...TAPI TAK SESEDAP GADO-GADO PAK HARUN. KEBETULAN AYAH SAYA MEMANG BERKAWAN BAIK DENGAN PAK HARUN. NAK DIJADIKAN CERITA...SATU HARI MAK MENYURUH AYAH CUBA-CUBA RISIKKAN RESEPI DARI PAK HARUN. UNTUNGLAH PAK HARUN NI TAK LOKEK...SEDIA BERKONGSI RESEPI WALAUPUN RESEPI TU MODAL DIA CARI MAKAN.
    DARI SITULAH BERMULANYA CERITA GADO-GADO NI...KINI MENJADI FAVORIT KAMI SEKELUARGA. HINGGAKAN SUAMI YANG BELUM PERNAH MAKAN TU PUN...BILA DAH BERKAHWIN DENGAN SAYA...GADO-GADO MENJADI ONE OF HIS FAVOURITE...

    GADO-GADO BONDA

    BAHAN CUCUR:
    2 CAWAN (200 GM) TEPUNG GANDUM
    1 1/4 CAWAN (250 GM) AIR - masukkan sikit-sikit
    1/2 TSP SODA
    1/2 IKAT DAUN SUP & DAUN BAWANG - dihiris halus
    6 EKOR BESAR UDANG HIDUP - dipotong dua (kalau suka udang yg banyak...letaklah lebih)
    GARAM SECUKUPNYA

    CARANYA:
    CAMPURKAN SEMUA BAHAN DAN BANCUH SEPERTI MEMBUAT CUCUR UDANG. SETELAH MINYAK PANAS GORENGKAN CUCUR INI PANJANG-PANJANG HINGGA KEKUNINGAN. SETELAH SEJUK, HIRISKAN SEDERHANA TEBAL (jgn tebal sangat dan jgn nipis sangat).

    BAHAN UNTUK KUAH:
    250 GM UBI KELEDEK
    150 GM KACANG TANAH (disangai)
    8 TANGKAI CILI KERING (direbus dan blend hingga halus)
    1 BIJI BAWANG MERAH YANG BESAR
    2 ULAS BAWANG PUTIH
    1 CM BELACAN
    3-4 SUDU MAKAN SOS TOMATO
    2 SUDU MAKAN GULA MERAH / BROWN SUGAR
    GARAM DAN GULA PASIR SECUKUP RASA

    CARANYA:
    1. UBI KELEDEK DIKUPAS KULITNYA DAN DIREBUS HINGGA EMPUK. AIR REBUSANNYA DISIMPAN. UBI DIKISAR / DILECEK HALUS.
    2. KACANG TANAH YANG TELAH DISANGAI, DIKISAR BERSAMA BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.
    3. PANASKAN MINYAK, TUMIS CILI KISAR HINGGA GARING.
    4. MASUKKAN KACANG TANAH YANG DIKISAR BERSAMA DENGAN KELEDEK. KACAU HINGGA RATA.
    5. MASUKKAN AIR REBUSAN UBI DAN SOS TOMATO. APABILA MENDIDIH, MASUKKAN GULA MERAH, GARAM DAN JIKA PERLU DITAMBAH DENGAN GULA PASIR.

    ** KUAH HENDAKLAH ADA RASA MANIS DAN MASAM SOS TOMATONYA...BARU SEDAP..

    BAHAN-BAHAN SAMPINGAN LAIN:
    1 BIJI KECIL TIMUN (dipotong bulat kemudian dihiri jejari)
    60 GM TAUGEH (dicelur)
    2 BIJI TELUR AYAM (direbus dan dibelah dua - jika suka)
    2 KEPING TAUHU (digoreng dan dihiris)
    BEBERAPA KEPING DAUN SALAD (dihiris)

    CARA HIDANGAN:
    CAMPURKAN CUCUR BESERTA BAHAN-BAHAN SAMPINGAN LAIN DALAM PINGGAN DAN TUANGKAN KUAH KE ATASNYA.

    0
    Banana Steam Brownies

    BROWNIES MERUPAKAN KUDAPAN PALING DIGEMARI DI AMERIKA SEJAK ABAD KE-19. NAMUN SEJAK BEBERAPA TAHUN TERAKHIR INI, DEMAM BROWNIES MELANDA DAPUR INDONESIA, TERUTAMANYA DI KOTA BANDUNG...KOTA YANG TERKENAL DENGAN PELBAGAI JENAMA BROWNIES. ANTARA YANG POPULAR...BROWNIES AMANDA DAN KARTIKA SARI.
    KESINAMBUNGAN POPULARITI BROWNIES DI SANA...MEMBAWA PEMBAHARUAN KEPADA PENCINTA CHOCOLATE CAKE DI NEGARA INI.


    BROWNIES INI....TAK LEH NAK KOMEN APA DAH...MEMANG SEDAPPP, LEMBUT DAN MOIST. APATAH LAGI COKLAT BILA DIPADUKAN DENGAN PISANG...MEMANG ENAK DAN NYAMAN JE RASANYA. BILA DAH MAKAN SATU, NAK LAGI DAN LAGI...CANNOT STOP...TAK CAYA??..CUBA LAH....

    BANANA STEAM BROWNIES

    BAHAN A:
    270 GM DARK COOKING CHOCOLATE
    80 GM BUTTER

    BAHAN B:
    150 GM TEPUNG GANDUM
    30 GM SERBUK KOKO
    1 TSP BAKING POWDER
    1/2 TSP ESEN PISANG
    6 BIJI TELUR (A)
    260 GM KASTOR
    300 GM PISANG EMAS / RAJA - dilecek halus bersama garam
    1/4 TSP GARAM
    80 GM WALNUT / CASHEWNUT - untuk hias tabur atas (jika suka)

    CARANYA:
    1. BAHAN A: CAIRKAN COKLAT SECARA DOUBLE-BOIL. KEMUDIAN MASUKKAN BUTTER, GAUL RATA. BILA BUTTER SUDAH MENCAIR, TUTUP API DAN KETEPIKAN.
    2. PUKUL TELUR DAN GULA HINGGA BETUL-BETUL KEMBANG.
    3. MASUKKAN TEPUNG, KOKO DAN BAKING POWDER YANG TELAH DIAYAK. GAUL HINGGA RATA. SAMBIL DIKACAU TU, MASUKKAN LARUTAN KOKO TADI. GAUL LAGI HINGGA RATA.
    4. AKHIR SEKALI, MASUKKAN PISANG YANG TELAH DILECEK, DIGAUL RATA.
    5. TUANGKAN ADUNAN KE DALAM ACUAN 9x9x2 YANG DIALAS KERTAS DAN DISAPU BUTTER.
    6. JIKA SUKA, TABURKAN ATAS DENGAN WALNUT/CASHEWNUT YANG TELAH DICINCANG. TUTUP LOYANG DENGAN FOIL. BILA AIR KUKUSAN DAH BENAR-BENAR MENDIDIH, MENGELUARKAN WAP YANG BANYAK, MASUKKAN ACUAN BERISI ADUNAN, KUKUS SELAMA I JAM.

    0
    Masak Lemak Cili Api Rebung


    MASAK LEMAK REBUNG CILI API SINONIM DENGAN MASYARAKAT MELAYU. IA MERUPAKAN SALAH SATU MASAKAN TRADISIONAL YANG TERUS DI WARISI HINGGA KINI. JUADAH TRADISI BUKAN SAJA DIGEMARI OLEH ETNIK MELAYU MALAH JUGA DIGEMARI OLEH ETNIK LAIN DI MALAYSIA.

    BOLEH DIKATAKAN MASAKAN TRADISI MELAYU JUGA TELAH DI AKUI DENGAN KEENAKAN DAN KELAZATANNYA OLEH PELANCONG-PELANCONG LUAR KE NEGARA INI. KITA SEPATUTNYA BERBANGGA DENGAN KHAZANAH WARISAN YANG KITA ADA INI....


    MASAK LEMAK CILI API REBUNG

    BAHAN-BAHAN:
    1 BUNGKUS (1 KG) REBUNG YANG DIJERUK, toskan airnya dan basuh
    10 BIJI CILI API
    1 BIJI CILI MERAH
    1 INCI KUNYIT HIDUP
    3 KEPING LENGKUAS - dititik
    2 BATANG SERAI - dititik
    2 SUDU MAKAN SERBUK BADAM (menggantikan buah keras bagi memekatkan kuah)
    6 ULAS BAWANG MERAH
    2 ULAS BAWANG PUTIH
    3 CAWAN SANTAN
    1/2 CAWAN IKAN BILIS
    1 KEPING ASAM KEPING
    GARAM DAN SERBUK PERASA

    CARANYA:
    1. CILI PADI, CILI MERAH, KUNYIT HIDUP, SERBUK BADAM, BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH DIKISAR HALUS.
    2. MASUKKAN KEDALAM PERIUK BERSAMA-SAMA REBUNG, SERAI DAN LENGKUAS. MASAKKAN SEKEJAP.
    3. MASUKKAN IKAN BILIS, ASAM KEPING DAN SANTAN. BIARKAN MENDIDIH. KACAU SELALU SUPAYA TIDAK PECAH MINYAK.
    4. PERASAKAN DENGAN GARAM DAN SERBUK PERASA JIKA SUKA. DIDIHKAN DENGAN API KECIL. BIARKAN KIRA-KIRA LIMA MINIT DAN ANGKAT.

    0
    Ikan Masak Taucu


    MENU YANG PALING RINGKAS...DIGANDINGKAN DENGAN REBUNG MASAK LEMAK CILI API DI ATAS. DALAM MASAKAN NI, BUKAN SAJA IKAN...MALAHAN SAYA TURUT MASUKKAN SEKALI SAYURAN LAIN...JADILAH MENU 2 IN 1...TAK PERLU BANYAK-BANYAK LAUK LAGI DAH...SO SIMPLE AND EASY.



    YANG NI PULA, TELUR MASAK KICAP...SATU LAGI MENU RINGKAS TAPI MENYELERAKAN. MASAKAN TELUR SEBEGINI BUKAN SAJA JADI PILIHAN ANAK-ANAK BAHKAN KITA IBU BAPA NI PUN TURUT MENGGEMARINYA...

    0
    Steam Tofu with Chicken


    PENGGEMAR PRODUK BERASASKAN KACANG SOYA SEPERTI TAUFU KINI BOLEH MENAMBAHKAN KOLEKSI HIDANGAN ANDA DENGAN PENYEDIAAN MASAKAN TERKINI ALA HOTEL DENGAN CARA PALING MUDAH DAN RINGKAS.

    TIDAK SUSAH UNTUK MEMASAKNYA DI RUMAH KERANA IA MASIH MENGGUNAKAN BAHAN YANG BIASA DIGUNAKAN DI DAPUR.

    MEMANG SEDAP, SESUAI UNTUK HIDANGAN SEKELUARGA.  JOM KE RESEPI....



    STEAM TOFU with CHICKEN

    BAHAN-BAHAN:
    1 SUDU BESAR MINYAK
    2 ULAS BAWANG MERAH - di cincang halus
    2 ULAS BAWANG PUTIH - di cincang halus
    2 KEPING ISI AYAM (CHICKEN KEEL) - di potong dadu kecil-kecil
    1 SUDU TEH SERBUK CILI
    1 SUDU BESAR SOS CILI
    1 SUDU BESAR SOS PLUM
    1 SUDU BESAR TAUCU PEDAS - di cincang
    1 SUDU BESAR HIRISAN LOBAK ASIN
    1 BUKU TAUHU LEMBUT
    3 HELAI DAUN BAWANG - di hiris
    SERBUK  LADA HITAM SECUKUPNYA

    CARANYA:
    1.  PANASKAN MINYAK, TUMIS BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH HINGGA KEPERANGAN.
    2.  MASUKKAN AYAM DAN SERBUK CILI,  KACAU ATAS API SEDERHANA.
    3.  BILA DAGING MASAK, CAMPURKAN SOS CILI, SOS PLUM DAN TAUCU PEDAS.
    4.  KACAU SELAMA 1 MINIT,  KEMUDIAN BUBUH LOBAK ASIN DAN SERBUK LADA HITAM.
    5.  LETAK TAUHU DI DALAM MANGKUK TAHAN PANAS.
    6.  TABURKAN CAMPURAN AYAM DI ATASNYA.
    7.  KUKUS SELAMA 20 MINIT.  KEMUDIAN ANGKAT DAN TABURKAN PULA DENGAN HIRISAN DAUN BAWANG.

    0
    Info Dapur

    KHASIAT LENGKUAS

    LENGKUAS BUKAN SEKADAR RAMUAN DALAM MASAKAN....

    LENGKUAS MERUPAKAN TANAMAN REMPAH YANG BIASA DITANAM DI SEKITAR RUMAH.  POKOK INI BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 2.5 METER.  LENGKUAS BOLEH TUMBUH DI KAWASAN DATARAN RENDAH HINGGA KE KAWASAN TANAH TINGGI SEKITAR 1,200 METER DARI PARAS LAUT.

    LENGKUAS MEMPUNYAI KHASIAT MENAMBAHKAN SELERA MAKAN, MEMBERSIHKAN DARAH, MENCAIRKAN KAHAK DAN MERANGSANG OTOT.  LENGKUAS JUGA DIJADIKAN SEBAGAI SALAH SATU BAHAN JAMU DAN UBAT UNTUK MENGUATKAN TENAGA BATIN.  UNTUK MENGHILANGKAN RASA KURANG BERMAYA DAN HILANG SELERA MAKAN, BIJI PADA BUNGA POKOK LENGKUAS DITUMBUK HINGGA LUMAT, TUSKAN UNTUK AMBIL AIRNYA DAN DICAMPURKAN DENGAN SEGELAS AIR SUAM, DAN DIMINUM PADA WAKTU PAGI DAN SEBELUM TIDUR.  AMALKANNYA UNTUK BEBERAPA KALI.

    SELAIN ITU LENGKUAS JUGA BERFUNGSI SEBAGAI ANTI-FUNGUS.  CARA PENGUBATANNYA IALAH DENGAN MENGGOSOK LENGKUAS YANG DIPARUT KEPADA KESAN PANAU ATAUPUN KAYAP PADA BADAN.  IA JUGA BERKHASIAT UNTUK MERAWAT PENYAKIT LIMPA BENGKAK.  BAGI MEREKA YANG MENDERITA AKIBAT PENYAKIT INI, BOLEHLAH MENGAMALKAN CARA PERUBATAN TRADISONAL INI DENGAN MEREBUS DUA LENGKUAS DAN TIGA TEMU LAWAK SEBESAR IBU JARI,  DAN SEGENGGAM DAUN DUKUNG ANAK (SEGAR ATAU KERING)  BERSAMA TIGA CAWAN AIR HINGGA MENDIDIH.  AIRNYA KEMUDIAN DIMINUM DUA KALI SEHARI, PAGI DAN MALAM.

    KHASIAT LENGKUAS JUGA DITEMUI DALAM DUNIA PERUBATAN CINA.  MASYARAKAT CINA PERCAYA LENGKUAS BERKHASIAT BAGI MENGHALANG MUNTAH, SAKIT SEJUK BADAN DAN JUGA MENCEGAH CIRIT-BIRIT.

    LAIN PULA KISAHNYA DI RUSSIA,  LENGKUAS DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN TAMBAHAN DALAM PEMBUATAN CUKA DAN ARAK NASTOIKA.  DI LITHUANIA DAN ESTONIA, LENGKUAS DIJADIKAN SERBUK DAN DICAMPURKAN DALAM CAMPURAN TEH DAN JUGA DIJADIKAN BAHAN CAMPURAN DALAM MINYAK WANGI.

    POKOKNYA JUGA BOLEH MENGHILANGKAN BAU BADAN TERUTAMANYA BAGI WANITA YANG BARU LEPAS BERSALIN.  UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN,  AMBIL BEBERAPA BATANG  YANG SEGAR,  POTONG BATANGNYA PENDEK-PENDEK DAN DITUMBUK HINGGA LUMAT.  REBUSKAN HINGGA MENDIDIH DAN GUNAKAN AIR REBUSANNYA UNTUK MANDI.

    SUMBER: SAJI/NOVEMBER/2004

    0
    Mee Batavia

    SEINDAH NAMA...SEINDAH RASA. BEGITULAH YANG DAPAT SAYA GAMBARKAN MENGENAI KEENAKAN HIDANGAN MEE INI. TWO-THUMBS UP FROM MY HUBBY AND MY CHILDREN. MACAM MANA NAK CAKAP YA...OKLAH...APA YANG DAPAT SAYA SIMPULKAN, RASANYA...SEAKAN -AKAN MEE BANDUNG PUN ADA...SEPERTI MEE SUP PUN ADA...SEPERTI MEE BERKUAH PUN ADA. RESEPI DAH LAMA ADA DALAM SIMPANAN ...CUMA BARU SEKARANG ADA SERU NAK MENCUBA...ALMAKLUMLAH KAN, SEJAK DAH ADA WADAH INFORMASI  NI...KALAU BOLEH SEMUA RESEPI YANG ADA...SEMUA NAK TRY.
    RESEPI ASAL TIADA SUKATAN YANG TEPAT, CUMA DINYATAKAN BAHANNYA SAJA. OLEH KERANA INGIN SANGAT NAK MENCUBA DAN NAK TAHU MACAM MANA OUTCOMENYA...SAYA CUBA OLAH SEMULA RESEPI TU MENGIKUT CITARASA SAYA. 



    ....hasilnya dijamin tidak mengecewakan....



    MEE BATAVIA

    BAHAN-BAHAN:
    MEE KUNING
    DAGING - DIHIRIS NIPIS
    1 BATANG KAYU MANIS (CINNAMON)
    3 BIJI BUAH PELAGA
    3 BIJI BUNGA CENGKIH
    1 BUNGA LAWANG
    SEDIKIT LADA HITAM } tak letak sebab dah cukup pedas
    SEDIKIT LADA PUTIH }
    5-6 SUDU MAKAN SOS TOMATO
    2 SUDU MAKAN SOS CILI
    4 SUDU MAKAN KICAP MANIS
    2 KEPING FISHCAKE
    3 BIJI TELUR
    1-2 SUDU MAKAN TEPUNG JAGUNG
    GARAM & GULA SECUKUP RASA

    BAHAN SAYURAN :
    BUAH TOMATO - dipotong 6
    SAYUR SAWI
    KOBIS
    BATANG SALERI

    BAHAN DIKISAR HALUS:
    1 BIJI BAWANG MERAH YANG BESAR
    1 ULAS BAWANG PUTIH
    1 INCI HALIA
    6 BIJI CILI KERING
    1 SUP BUNJUT - AMBIL ISI SAHAJA

    CARANYA:
    1. TUMISKAN KAYU MANIS, PELAGA, BUNGA CENGKIH DAN BUNGA LAWANG.
    2. MASUKKAN BAHAN KISAR. TUMIS SEHINGGA NAIK BAU.
    3. MASUKKAN DAGING, MASAK SEHINGGA DAGING EMPUK.
    4. MASUKKAN SOS TOMATO DAN SOS CILI. GORENGKAN SEKEJAP.
    5. SETERUSNYA MASUK AIR SEBANYAK 5 CAWAN DAN KICAP MANIS. BIARKAN SEHINGGA MENDIDIH.
    6. BOLEHLAH DIMASUKKAN FISHCAKE DAN BAHAN SAYURAN. SETELAH DIDIH, MASUKKAN TELUR.
    KETIKA INI, JANGAN DIKACAU, TUNGGU HINGGA TELUR MASAK.
    7. PERASAKAN DENGAN GARAM, GULA, LADA HITAM DAN LADA PUTIH JIKA SUKA KUAH YANG LEBIH PEDAS. KUAHNYA HENDAKLAH ADA RASA SEDIKIT PEDAS, MASAM DAN MANIS.
    8. AKHIR SEKALI TAMBAHKAN LARUTAN TEPUNG JAGUNG UNTUK MEMEKATKAN KUAH. SAYA JUGA MENAMBAHKAN 2 SUDU MAKAN SUSU SEJAT PADA STEP INI (jika suka).
    9. JIKA SUKA BOLEH JUGA DIHIDANGKAN MEE BERSAMA TAUGEH YANG TELAH DICELUR SEKEJAP, HIRISAN DAUN BAWANG, BAWANG GORENG DAN HIRISAN LIMAU KASTURI/NIPIS.

    0
    Rendang Kicap Daging

    BIASANYA MASAKAN RENDANG PERLUKAN BAHAN YANG BANYAK DAN MEMAKAN MASA YANG LAMA UNTUK MEMASAKNYA. JADI INI ADA RESEPI RENDANG, KHAS UNTUK SEMUA YANG SENTIASA KESUNTUKAN MASA TAPI INGIN MENIKMATI JUADAH RENDANG DALAM MASA YANG SINGKAT.
    SUNGGUH MUDAH...RINGKAS...TAK PERLU BAHAN YANG BANYAK...SERTA TIDAK PERLU MENUNGGU LAMA UNTUK MENYIAPKANNYA. CUMA AMBIL MASA SIKIT NAK BUAT KERISIK...TAPI ZAMAN KINI KERISIK DAH BOLEH BELI YANG SIAP...TAK PERLU NAK MENGGORENG DAN MENUMBUK LAGI...MUDAHKAN...SEMUDAH ABC. SUNGGUHPUN MUDAH...BUT IT IS SO DELICIOUS!!...HINGGA MENJILAT PINGGAN...
    ...sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi putih, roti mahupun pulut kuning...sedapp...

    RENDANG KICAP DAGING

    BAHAN-BAHAN:
    1/2 KG DAGING (dipotong 10)
    2 BATANG SERAI, DITITIK
    3 SUDU BESAR KICAP PEKAT/MANIS
    1 LITER SANTAN
    2 KEPING ASAM KEPING
    100 GM KERISIK
    GARAM & GULA SECUKUP RASA

    BAHAN DIKISAR HALUS:
    10 TANGKAI CILI KERING
    9 ULAS BAWANG MERAH
    3 CM HALIA
    4 CM LENGKUAS

    CARANYA:
    1. REBUS DAGING TERLEBIH DAHULU SEHINGGA EMPUK. KETEPIKAN.
    2. TUMIS BAHAN-BAHAN KISAR SEHINGGA NAIK BAU.
    3. MASUKKAN DAGING BERSAMA SANTAN, LEBIHAN REBUSAN DAGING, KICAP, SERAI DAN ASAM KEPING.
    4. RENEHKAN KUAH RENDANG DI ATAS API YANG SEDERHANA. PERASAKAN DENGAN GARAM & GULA.
    5. BILA KUAH HAMPIR KERING, MASUKKAN KERISIK, KACAU. SESIAPA YANG SUKA RENDANG YANG AGAK KERING, MASAKLAH HINGGA KERING.

    0
    Pengat Pisang Bersagu

    ENTRY BIASA-BIASA...
    DI DAPUR ADA SESISIR PISANG ABU YANG DAH HAMPIR MASAK...TAK SESUAI UNTUK DIGORENG. MALAS NAK FIKIR PANJANG-PANJANG, MASAKKAN LAH PENGAT...LAGIPUN DAH LAMA RASANYA TAK MASAK PENGAT. APA-APA PENGAT PUN...KAMI SEISI RUMAH MEMANG SUKA...LEBIH-LEBIH LAGI PENGAT PISANG NIH. RASANYA TAK PERLULAH RESEPI YER...SEBAB MASAK PENGAT NI, SEMUA ORANG BOLEH...PEJAM MATA JER...CUMA SAYA KALAU MASAK PENGAT...BILA HAMPIR NAK MASAK TU, SAYA MASUKKAN SEDIKIT SUSU SEJAT UNTUK MENAMBAHKAN RASA LEMAK....SEDAP...LEMAK BERKRIM JE...

    0
    Pineapple Bread Pudding

    ENTRY HARI NI, SAYA NAK SHARE DENGAN ANDA SEMUA SATU RESEPI PUDING. RASANYA KALAU SEBUT PUDING ROTI...SEMUA DAH TAHU KANN...TAPI YANG NI LAIN SIKIT. KALAU LIHAT BAHANNYA...LEBIH KURANG SAMA JE DENGAN RESEPI PUDING ROTI YANG LAIN...CUMA MEMBEZAKAN...CARA MEMBUATNYA. KADANGKALA SESUATU RESEPI TU...JIKA KITA UBAH TEKNIK DAN CARA MEMASAKNYA...AKAN MENGHASILKAN SESUATU YANG BARU...TERUTAMANYA DARI SEGI RASA.

    HASILNYA, SAYA PERHATIKAN...PUDING ROTI NI SEDAP, ADA KELAINAN RASA, LEMBUT DAN MOIST, KELIHATAN SEPERTI ADA KARAMEL DI DASARNYA...DIPENDEKKAN CERITA... SEMUA RASANYA DAH CUKUP...MAKAN MACAM TU PUN SEDAPP!!...TAK PERLU LAGI DIMAKAN BERSAMA SOS SEPERTI PUDING ROTI YANG LAIN. APA-APA PUN, NAK MAKAN BERSAMA SOS ATAU TIDAK TERPULANGLAH PADA CITARASA MEMASING...TEPUK DADA TANYA SELERA...

    ....saya make-up kan puding ni sikit dengan sos...supaya naik seri ...


    PINEAPPLE BREAD PUDDING


    BAHAN-BAHAN:
    2 CAWAN SUSU SEGAR
    1 CAWAN WHIPPING CREAM
    1 CAWAN SUSU SEJAT (kalau tak de whipping cream...jadikan 2 cawan susu sejat)
    14 KEPING ROTI PUTIH (dipotong dadu)
    6 BIJI TELUR (C)
    1 1/2 CAWAN GULA PASIR (sukatan gula ikut rasa manis masing-masing yer..)
    2 SUDU BESAR ESEN VANILLA
    1 CAWAN KISMIS
    1 1/2 CAWAN NENAS, DALAM TIN (dipotong dadu)
    2 SUDU BESAR MENTEGA


    CARANYA:
    1. CAIRKAN MENTEGA DI DALAM KUALI. MASUKKAN NENAS, 1 CAWAN GULA DAN KISMIS. KACAU BAHAN-BAHAN SEHINGGA GULA KEKUNINGAN.
    2. UNTUK MEMBUAT KASTAD, CAMPURKAN BERSAMA TELUR, 1/2 CAWAN GULA DAN VANILLA, PUKUL DAN GAUL RATA, MASUKKAN SUSU DAN KRIM.
    3. PADA BEKAS ACUAN, SUSUNKAN KE DALAMNYA ROTI.
    4 MASUKKAN NENAS DAN KISMIS DARI KUALI KE DALAM BEKAS ACUAN.
    5. TUANGKAN KASTAD TADI KE DALAM BEKAS ACUAN, BIARKAN IA BERENDAM SELAMA 10 MINIT.
    6. BAKAR DALAM OVEN PADA SUHU 175C SELAMA 40 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK.

    ***BAGI SESIAPA YANG NAK SOS...INI BONUS RECIPE FOR YOU ALL...


    SOS

    1/2 TIN SUSU SEJAT
    1 TIN AIR (campurkan sekali dengan air nenas)
    1 SUDU MAKAN TEPUNG JAGUNG/KASTAD (untuk memekatkan)
    1/2 TSP ESEN VANILLA
    GULA PASIR SECUKUP MANISNYA
    SEDIKIT GARAM

    MASAKKAN SEMUA BAHAN DI ATAS SEHINGGA MENDIDIH.



    0
    Terung Berlada

    SELALUNYA BILA MAKAN KAT LUAR, TERUNG BERLADA NI SERING JADI PILIHAN SAYA. USAHKAN TERUNG....APA SAJA JENIS SAYURAN SEMUANYA SUKA. PADA SIAPA YANG INGIN MENCUBA...SILAKAN...TAK RUGI...MEMANG SEDAP!!

    TERUNG BERLADA

    BAHAN-BAHAN:
    2 BIJI TERUNG PANJANG, DIPOTONG 3 DAN DIBELAH DUA
    GULA SECUKUP RASA
    GARAM SECUKUP RASA
    SERBUK PERASA, JIKA SUKA
    MINYAK UNTUK MENUMIS

    BAHAN UNTUK DIKISAR:
    1/3 CAWAN UDANG KERING, DIRENDAM
    4 BIJI CILI MERAH
    8 BIJI CILI PADI THAILAND
    2 BIJI BAWANG BESAR
    1 ULAS BAWANG PUTIH
    2 CM BELACAN
    2 SUDU BESAR CUKA

    CARANYA:
    1. TERUNG DISALAI ATAS KUALI SEHINGGA LEMBUT.
    2. PANASKAN MINYAK DAN TUMIS BAHAN YANG TELAH DIKISAR SEHINGGA NAIK BAU.
    3. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN PERASA. SAMBALNYA KENA RASA PEDAS, MASIN, MASAM DAN SEDIKIT MANIS.
    4. BILA REMPAH SUDAH PECAH MINYAK, MASUKKAN TERUNG YANG TELAH DISALI DAN GAUL RATA.
    SEDIA UNTUK DIHIDANG.

    0
    Layered Strawberry Pudding

    KEBETULAN ADA STRAWBERRY DALAM FRIDGE...DARIPADA LAYU MACAM TU JE, LEBIH BAIK DIJADIKAN SESUATU YANG BOLEH DIMAKAN...TAKLAH MEMBAZIR...JADI...DESSERT PILIHAN SAYA. MULANYA NAK BUAT SPONGE CAKE AS THE BASE...TAPI SBB NAK CEPAT...SAYA LAPISKAN SAJA OREO ANTARA DUA LAPISAN PUDING TU. HASILNYA MEMANG SEDAP...SEDAP SANGAT. SAPA-SAPA YANG FAMILY RAMAI TU, GANDAKAN RESEPI YER...SBB SATU RESEPI MEMANG TAK CUKUP. MANAKALA KUANTITI STRAWBERRY PULA TERPULANG PADA CITARASA MASING-MASING.

    LAYERED STRAWBERRY PUDDING

    BAHAN-BAHAN:
    300 ML SUSU SEGAR (saya campurkan dgn susu sejat)
    200 ML AIR
    80-100 GM GULA PASIR
    1 1/2 TSP SERBUK AGAR-AGAR
    6 BIJI STRAWBERRY - DIDADU
    8-10 BIJI STRAWBERRY - DIJADIKAN PUREE
    SEDIKIT STRAWBERRY PASTE
    SEDIKIT PINK COLOUR

    CARANYA:
    SUSU, AIR, AGAR-AGAR DAN GULA PASIR DIKACAU DAN DIMASAK SEHINGGA MENDIDIH. MATIKAN API.
    AMBIL 1/3 DARIPADA ADUNAN AGAR-AGAR, CAMPURKAN DENGAN PUREE STRAWBERRY. KETEPIKAN.
    STRAWBERRY YANG DIDADU DIBUBUH SEDIKIT KE DALAM BEKAS-BEKAS PUDING YANG COMEL, LALU TUANGKAN BAKI ADUNAN AGAR-AGAR TADI HINGGA 3/4 PENUH. BEKUKAN SEBENTAR DI DALAM FRIDGE.
    APABILA HAMPIR BEKU, TUANG PULA CAMPURAN AGAR-AGAR BERSAMA PUREE STRAWBERRY DI PERMUKAAN LAPISAN PUDING PERTAMA TADI. MASUKKAN SEMULA PUDING KE DALAM FRIDGE.
    BOLEHLAH DIHIASKAN DAN HIDANGKAN DINGIN.