2
Grilled Chicken Chop & Blackpepper Sauce


Actually dah lama berangan-angan nak buat chicken chop...baru kini menjadi kenyataan. Sebelum-sebelum ni rasa macam susah sangat nak buat sebab banyak step yang perlu diikut. Tapi sebabkan teruja sangat nak mencuba...teruskan juga niat tu. Lagipun ready-made ayam untuk dibuat chicken chop ada dijual jadi tak perlulah susah payah nak 'debone' lagi...boleh terus marinate dengan sos perapan.


Selepas ni dah tak payah makan or beli di luar lagi sebab dah berjumpa dengan resepi yang sedap...Pesan kak Wana semasa marinate ayam kalau boleh peraplah semalaman dalam peti sejuk, kerana selain dapat menyedapkan ayam, rempah perap dapat melembutkan ayam. Tq kak Wana... berkongsi resepi yang sedap ni...saya panjangkan pula dalam blog ini ya, at least boleh jadi rujukan saya masa akan datang..


GRILLED CHICKEN CHOP
source: Wana


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan jus limau
  • 1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
  • 1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)

Caranya
  • Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
  • Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak [sy masukkan minyak zaitun] dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat.


BLACKPEPPER SAUCE


Bahan-Bahan
  • 1 labu bawang besar ( potong dadu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 liter air
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
  • 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
  • 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
  • Sedikit garam


Caranya
  • Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
  • Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
  • Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
  • Jika suka anda juga boleh masukkan cendawan dalam tin yang telah dipotong-potong. Saya gantikan cendawan dengan baked beans cheese.

Cadangan Hidangan: Hidangkan chicken chop anda bersama kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!


1
Mashed Potato (Kentang Putar)


Menurut kak Wana resepi asalnya dicedok dari rancangan Naked chef ( Jamie Oliver) tapi telah diubah suai sikit mengikut kesuaian.


MASHED POTATO (Kentang Putar)
source: Wana

Bahan-Bahan
  • 6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
  • 1 sudu besar butter
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit daun bawang (di potong2)
  • sedikit lada sulah dan garam

Caranya

  • Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
  • Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.
  • Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan.

1
Coleslaw


For the first time, saya mencuba resepi coleslaw. Selalu beli je..tapi kali ni teringin nak buat sendiri sebagai pelengkap kepada chicken chop. Menu ni buatnya minggu-minggu lepas tapi hari ini baru turn dia sampai untuk din3kan..tak sia-sia saya mencuba resepi kak Wana ni...sedapp!!...anak-anak suka sangat...


COLESLAW
source: Wana

Bahan-Bahan
  • 1/2 biji kubis ( saiz kecil )
  • 1/2 biji lobak merah
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sour cream [sour cream xde..sy gantikan dgn thousand island]
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar fresh lemon juice
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 biji bawang besar ( option)

Caranya
  • Bersihkan kubis dan lobak merah. Potong halus.
  • Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
  • Kemudian gaul semua bahan hingga rata. Simpan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.

0
Pisang Goreng Bijan


Selalunya bila menggoreng pisang, cuma dicelup dengan bancuhan campuran tepung beras dan tepung gandum. Tapi kali ini nak cuba kelainan dengan tambahan bijan. Resepi dari dapur kak Ummi. Kak Ummi menggunakan keledek tapi saya gunakan pisang. Hasilnya sedap...cantik pun cantik...sesuai sangat lah untuk sarapan atau pun sajian di kala minum petang...bertambah sedap jika time petang tu hujan...makan pisang goreng panas sambil minum teh atau kopi...waduh...


PISANG GORENG BIJAN

Bahan-Bahan
  • 5 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • air secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/4 cawan bijan
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk goreng terendam


Caranya
  • Bancuhkan adunan tepung dan ketepikan.
  • Pisang dibelah dua atau ikut suka.
  • Panaskan minyak yang banyak (goreng terendam) di dalam kuali.
  • Salutkan pisang dengan adunan dan goreng hingga berwarna keemasan.
  • Hidangkan panas-panas.

0
Award dari Nuridah



Assalamualaikum…semua.

Dah lama juga blog SSK tak berupdate. Bukan apa sebenarnya saya berada di kampung bagi majlis menyambut menantu yang akan berlangsung esok. Kat kampung tak leh nak akses internet...ini pun pinjam sat broadband adik untuk akses. Buka jer blog , tengok kat shoutbox…kak Nur soh amik award kat umah die.
Sejak berblogger, ini lah kali pertama rakan blogger beri award cam gini. Ehh!...layak ker saya terima nya ya…yang baru setahun jagung nih…rasa malu pun ada...Terima kasih kNur, sudi hadiahkan award ni...tq sekali lagi...aduhh...berat jugak ya nak hangkut bawa balik...heheh

1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda
Sejak bila ya…? Sedari umur sepuluh tahun lagi dah ke dapur menolong bonda tersayang. Masa tu bonda berpesan pentingnya anak perempuan belajar selok belok memasak. Kadang-kadang ponteng juga kedapur…yer lah masa tu kecil lagi kann…tak tau apa faedahnya belajar masak. Setelah berumahtangga…barulah faham akan pentingnya ilmu masak-memasak ni.

2. Sapa yang menggalakkan anda masak.
Pada awalnya tiada sesiapa yang menggalakkan…cuma berbekalkan minat jer. Daripada minat timbul lah azam untuk memahirkan diri dengan dunia masakan. Bila dah bersuami dan punya anak-anak , mereka lah yang menjadi penggalak diri untuk lebih berusaha dan menimba sebanyak ilmu masakan. Selain suami dan anak-anak, ibu dan ayah juga turut memberi galakan . Mereka lah yang banyak mendorong saya sehingga angan-angan saya untuk berbisness biskut dan kek tercapai walaupun hanya beroperasi dari rumah.

3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda.
Rasanya tak de kot…sebab suka masak dan mencuba semua masakan. Lagipun saya di kira bertuah sebab ahli keluarga semua tak cerewet pasal bab makan. Kalau lauk kegemaran…anak-anak paling suka yang ringkas seperti ayam goreng berempah sementara my hubby paling suka kari ayam dari air tangan saya sendiri…kalau jual kat luar tu…kureng sikit…katanya…heheh…

4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda.. jangan mara aaa.....
1. AlongRoz
2. Ayu
3. Yatie
4. Nieza
5. Izah




1
Cucur Jagung


Cucur yang sedap sesuai dijamu ketika sarapan,  minum petang sambil-sambil  bersantai bersama keluarga mahupun sebagai kudapan anak-anak. Bertambah enak bila ditambah dengan hirisan jagung...krup krap...krup krap...bila dikunyah. Saya tambahkan juga dengan hirisan carrot bagi menambahkan kandungan sayuran di dalamnya. Resepi asal dari SINI tapi resepi di bawah yang telah saya modify...sedaapp sangat....maaf kak Wan,  ya...


CUCUR JAGUNG

Bahan-Bahan
  • 1 tongkol jagung, dihiris
  • 1 labu bawang besar, didadu
  • 3 tangkai cili merah, didadu
  • 2 inci carrot, hiris memanjang 
  • 2 tangkai daun bawang, dihiris halus
  • 2 tangkai daun ketumbar, dihiris halus
  • 10 ekor udang (besar), di potong ikut suka
  • 1 biji telur
  • 2 cawan penuh tepung gandum
  • 4 sudu besar susu cair
  • 1 sudu kecil serbuk maggi cukup rasa (optional)
  • anggaran 1 cawan air
  • garam secukup rasa

Caranya
  • Satukan tepung, isi jagung, bawang besar, cili merah, daun sup dan udang di dalam mangkuk. Pecahkan telur, masukkan susu cair, serbuk perasa, garam dan gaul rata.
  • Tambahkan air sedikit demi sedikit, dan gaul hingga sebati.
  • Panaskan minyak dan jemputkan adunan dengan sudu kecil. Goreng hingga keperangan.

2
Steamed Egg White Rainbow Cake





Assalamualaikum.

Semalam sampai dari Kuantan pun dah petang....terus jer berkemas....basuh pakaian then keringkan terus dalam dryer....senang abis criter. Hari ni pulak sibuk jugak....melipat pakaian dan kemas apa yang tak sempat dibuat semalam. Penat badan, dah la balik dari berjalan jauh....nak buat itu lagi....ini lagi. Tapi dalam pada sibuk-sibuk, sempat gak curi-curi masa duk mengupdate sekejap....demi untuk hidangan para pengunjung semua.




Kek ni sebenarnya buat minggu lepas sebab ada lebihan putih telur selepas buat puding. Pernah buat dah lama dah. Ini kali kedua buat. Kek ni walaupun distim tapi dari segi rupa dan rasa sama seperti kek yang dibakar....sedap...and spongy....Jangan risau, walaupun menggunakan banyak putih telur, tak terasa putih telur pun tapi wangi dan harum dengan aroma vanilla.




STEAMED EGG WHITE RAINBOW CAKE


Ingredients
  • 500g egg white
  • 60g evaporated milk
  • 1 tbsp vanilla essence (You can use butter oil or sweetcorn oil also)
  • 150g melted butter
  • 225g castor sugar
  • 300g top flour
  • 1 tbsp ovalette/sponge cake stabilizer
  • 3 colours (red, green and yellow), 1/2 tsp for each colour
  • 1 tbsp chocolate emulco
  • a pinch of salt


Method
  • Beat egg whites at high speed. Add sugar bit by bit once the egg whites turns bubbly. Continue beating till soft peaks.
  • Add flour, milk, ovalette and salt and continue mixing.
  • Add melted butter and mix till well blend.
  • Split batter equally into 4 parts and add one colour to each part
  • Add chocolate emulco into one of the part
  • Grease a baking tin with butter and scoop 1 tbsp of yellow mixture into the centre of the baking tin, continue with 1 tbsp of the red onto the yellow mixture, scoop 1 tbsp of the green mixture onto the red, scoop 1 tbsp of the chocolate mixture on the green and repeat with the yellow, red, green and chocolate until finish.
  • Steam on high heat for about 30 minutes or till cake is done.


Disebabkan saya tiada stok top/superfine flour, maka saya gantikan dengan tepung gandum yang diayak 3x.


5
Talam Lapis Ubi Keledek

Salam pagi Jumaat pada semua pengunjung. Hari ni pepagi lagi dah n3 sebab sat lagi kami akan berangkat ke Kuantan bagi majlis pernikahan adik lelaki bongsu pada malam ini. Jadi n3 ini adalah n3 terakhir untuk minggu ini. Selama ketiadaan tuan umah, jangan segan...jangan malu...jenguk-jenguk lah ke sini ya. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan blogger semua.


N3 ini didatangkan khas untuk peminat dan penggemar setia kuih talam. Kuih ni special sikit kerana ada campuran keledek dan koko...lain sikit dari kebiasaan.
Hasilnya memang sedap...kenyal-kenyal manja gitew. Pada sesapa yang ingin mencuba, jangan risau...gerenti jadi...kalau tak jadi juga...kena pegi kelas intensif la tuu...heheh...Jadi tunggu apa lagi, for all kuih talam lovers...macam kak Yatie...kak Ayu...cuba taw jangan tak cuba... Selamat mencuba semua!


TALAM LAPIS UBI KELEDEK
source: Rozita@Ita's Delight

Bahan Lapisan Coklat
  • 20 gm serbuk koko
  • 100 gm gula pasir
  • 150 gm gula merah
  • 100 gm tepung ubi
  • 150 gm tepung beras
  • 900 ml santan (400ml santan pekat + 500ml air)
  • 3 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

Caranya
  • Masak gula merah, gula putih dan santan sehingga gula hancur, kemudian sejukkan sebentar. Masukkan semua bahan lain, gaul rata dan ketepikan.


Bahan Lapisan Keledek
  • 600 ml santan (250ml santan pekat + 350ml air)
  • 50 gm tepung ubi
  • 150 gm tepung beras
  • 180 gm gula pasir
  • 200 gm ubi keledek, rebus dan lecek (rebus dulu baru timbang)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning

Caranya
  • Masak gula bersama santan sehingga gula hancur.
  • Kisar ubi keledek yang telah dilecek tadi dengan santan yang dimasak, lalu masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata.
  • Masukkan pewarna kuning. 
  • Kukuskan selapis demi selapis berselang-seli sehingga adunan habis.

Sebelum mula mengukus, loyang hendaklah dialas dengan plastik yang tahan panas dan lenserkan dengan sedikit minyak. Tujuannya supaya kuih mudah dikeluarkan.

0
Ayam Masak Bali


Ini satu lagi lauk yang digandingkan bersama nasi lemak pandan aritu. Tak tau lah dari mana datangnya nama Bali tu ntah...itu kena tanya yang empunyer resepi, Amir Said...tuan blog Oh Malaysia...anak Terengganu yang kini menuntut di Australia. Terima kasih la bebanyak pada penyumbang resepi yang sudi share resepi yang enak ini.


AYAM MASAK BALI


Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili kering
  • 1 tangkai daun kari
  • 3-4 helai daun limau purut
  • asam keping
  • minyak masak
  • garam
  • gula
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 sudu serbuk kunyit / 1in kunyit hidup
  • 1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
  • 1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
  • 1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
  • 2 batang serai

Caranya
  • Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
  • Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
  • Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
  • Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

2
Kelebihan 10 Muharram@ Asyura

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."


Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

Antara Amalan Dan Fadilat 10 Muharram

Melapangkan masa dan berbelanja untuk anak dan isteri
-Fadilatnya: Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin
-Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

Menahan marah
-Pada akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai-Nya.

Menunjukkan orang sesat
-Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu dan mengusap kepala anak yatim
-Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapu.

Bersedekah
-Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil hingga mati.
-Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia.

Memelihara kehormatan diri
-Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi sunat
-Lafaz niat: Saja aku mandi sunat hari as-Syura kerana Allah Taala.

Membaca surah al-ikhlas 1000x
-Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada akhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat
-Allah akan mengampunkan dosanya walau berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat: Saja aku sembahyang sunat hari as-Syura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali.

Menjamu orang berbuka puasa
-Diberi pahala seperti memberi orang Islam berbuka puasa.

Puasa
-Niat: Saja aku berpuasa esok hari sunat hari as-Syura kerana Allah Taala.

Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak. Marilah bersama kita renungkan….

4
Acar Telur


Before this ada post nasi lemak pandan yang teramat la sedap tu. So, acar telur ni salah satu lauk yang dipadankan bersama nasi tersebut. Acar ni pun sedap. Sepatutnya guna telur puyuh tapi saya cuma gunakan telur ayam je...telur puyuh ker...telur ayam ker...sama jer kann...telur jugak.


ACAR TELUR
recipe: Zarina Home Cooking


Bahan-Bahan
  • 5 biji telur [direbus & digoreng seketika]/20-30 biji telur puyuh (direbus)
  • 1 batang timun , buang biji dan potong memanjang
  • 1 batang carrot, potong memanjang
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula
  • 20 biji cili padi hijau dan merah
  • 1 sudu besar bijan, disangai
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak
Bahan Kisar
  • 4 biji cili merah
  • 10 buah keras
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1.5cm halia
  • 1cm kunyit hidup atau 1 sudu kecil serbuk kunyit

Caranya
  • Taburkan 1 sudu besar garam ke atas hirisan timun dan carrot. Biarkan selama 15 minit dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Perlahankan api, masukkan cuka, gula dan gaul rata.
  • Masukkan telur. Selepas 1 minit masukkan pula timun, carrot dan cili padi. Gaul rata hingga sebati.
  • Sebelum diangkat, masukkan bijan yang disangai tadi.

0
Pankek Mayo

Mayonis atau (mayonnaise) adalah salah satu jenis sos yang dibuat dari bahan utama minyak sayuran, telur dan cuka. Pada umumnya mayonis digunakan sebagai perasa pada makanan seperti salad atau sandwich. Terdapat juga mayonis yang hanya menggunakan kuning telur saja dan ditambah dengan sari buah lemon atau mustard sebagai perasa.
Ada sumber mengatakan nama sauce Mayonnaise diambil dari nama Charles of Lorraine, Duke of Mayenne yang berasal dari barat laut Perancis. Kononnya sos dingin yang dimakan bersama ayam oleh Charles de Lorraine, duc de Mayenne disebut "Mayennaise".


Bangun pagi tadi, kepala buntu...tak tau nak buat apa for bfast...poning kepala den...Buka fridge tengok susu ada...paling cepat...buat penkek aje lah. Lagipun menu penkek memang laris kat umah ni. Kali ni pilih penkek mayonis. Nak tau apa istimewanya jika dicampur dengan mayonis.


Memang special penkek ni...sedap, lembut dan gebuss sekali...tak perlu nak susah-susah bentukkan bulat...dengan sendirinya ia membulat.


PANKEK MAYONIS
source: k.Hana/k.Izah

Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (SRF)
  • 1 tsp baking powder
  • 3 tbsp gula kastor
  • secubit garam
  • 60 gm butter, cairkan
  • 1 cwn susu segar
  • 2 biji telur saiz XL(59g)
  • 1-2 tbsp mayonis

Caranya
  • Dalam mangkuk kecil, cairkan butter. Masukkan susu segar dan telur ke dalam butter cair dan kacau rata.
  • Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung SRF bersama baking powder.
  • Tambahkan gula dan garam kedalam. Buatkan lubang ditengah dan masukkan campuran butter cair tadi serta mayonis. Kacau menggunakan whisk biasa, just whisk it until smooth. Biarkan adunan sekejap lebih kurang 20 minit.
  • Gunakan non stick pan dan tahap api sederhana. Masak penkek seperti biasa.

0
Tumis Taugeh Kasar

Menu TAUGE sebagai hidangan tengah hari mahupun malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Tapi tahukah anda, tauge yang kerap menjadi pilihan terakhir dalam menu sayuran sebenarnya mempunyai banyak khasiat:

--Tauge mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan semakin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

-- Tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

--Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi sama seperti estrogen sintesis yang berfungsi meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

--Pengambilan tauge secara kerap oleh wanita dapat membantu menghindar dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

-- Saponi yang dihasilkan sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.

--Selain sarat DNA, tauge juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda awet muda.

--Taugeh juga berupaya membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana kandungan serat dan air yang tinggi. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran disingkirkan daripada usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran tersebut yang dapat diserap tubuh sekaligus mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.



TUMIS TAUGEH KASAR
source: MyResepi

Bahan-Bahan
  • 50 g taugeh kasar, dibersihkan
  • 2 keping tauhu, dihiris [sy goreng dulu, kemudian hiris]
  • 3 biji bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 biji cili merah * [sy hiris saja]
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sb udang kering *
  • 1 sdt serbuk Maggie Cukup Rasa - optional
  • sedikit minyak masak dan air

Caranya
  • Tumbuk kasar bahan2 yang bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau. Masukkan tauhu dan kacau selama 1 minit. Masukkan sedikit air. Masukkan pula perasa maggie dan sos tiram. Akhir sekali masukkan taugeh. Jika kurang masin bolehlah ditambahkan garam.
  • Siap dan hidangkan.

2
Nasi Lemak Pandan

Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan nasi lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan bagi menambahkan aromanya. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi trend kini nasi lemak  dihidangkan bersama pelbagai lauk  sampingan yang lain seperi daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).
Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu tengah hari dan malam. Oleh kerana nasi lemak merupakan satu sajian ringkas maka ia dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja.

Kalau biasanya hanya daun pandan ditambahkan sebagai pemberi aroma kepada nasi, tapi dengan sedikit kreativiti, jusnya pula ditambahkan bukan saja sebagai aroma malah menjadikan nasi lemak berwarna hijau secara semulajadi. Ternyata sedap nasi lemak ni...wangi dan harum jer baunya...Untuk nasi lemak ni, kononnya nak buat kelainan tak buat sambal sebab dah tambah dengan lauk Ayam Masak Bali dan Acar Telur. Tapi tak boleh lah...mesti nak ada jugak sambalnya...baru la meriah...

NASI LEMAK PANDAN
Recipe: Puan Asma Laili

Bahan-Bahan
  • 1 kg beras Basmati (cuci bersih dan toskan)
  • 5 helai daun pandan yang lebar (ditumbuk dan ambil airnya, masukkan kedalam santan)
  • 1500 ml santan dari 2 biji kelapa parut putih (boleh digantikan dengan 3 kotak santan jika mahu)
  • 1/2 batang serai
  • 2 cm halia
  • 2 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan untuk menghidang
  • 3 batang timun, dikupas kulitnya dan dipotong serong
  • sambal tumis untuk nasi lemak
  • 1 kg ikan selar, digoreng
  • 1 kg kepak ayam, digoreng
  • 250 gram ikan bilis dan segenggam kacang tanah, digoreng
  • beberapa keping rempeyek atau keropok belinjau
  • beberapa helai daun pisang

Caranya
  • Serai, halia, bawang putih dan bawang merah, dititik dipecah-pecahkan dan diramas. Satukan bahan-bahan yang diramas dengan santan dan garam kedalam periuk nasi. Gaul rata dan masak sehingga naik wapnya. Kemudian masukkan beras yang ditoskan. Kacau rata. Masaklah sehingga nasinya tanak.

0
Ikan Berlada Taucu

Taucu, kicap, tempe dan tauhu, semuanya diperbuat daripada kacang soya. Ia dijadikan mengikut cara tersendiri dan menjalani pelbagai proses yang berlainan. Kesemuanya mempunyai khasiat dan rasa yang berlainan. Penambahan bahan-bahan seperti ini dalam masakan akan menghasilkan rasa yang amat berbeza. Ia hanya perlu di sesuaikan cara memasaknya saja.

Taucu adalah antara bahan masakan yang paling mudah untuk disesuaikan dalam masakan masyarakat kita. Masakan berlada jika ditambah dengan taucu memang sedap dan enak untuk dicuba.

IKAN BERLADA TAUCU

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 batang serai, diketuk
  • 3 sudu besar taucu pedas
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 tangkai daun kari
  • garam & gula secukup rasa
  • air secukupnya
  • minyak
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 tangkai cili hijau
  • 3 tangkai cili merah
  • 1 biji tomato

Caranya
  • Gaulkan ikan dengan kunyit dan goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
  • Tumis bahan kisar dan serai sehingga wangi dan garing.
  • Masukkan daun kari, taucu dan sos tiram. Gorengkan sekejap. Jika kering boleh tambahkan sedikit air. Tambah gula secukup rasa dan garam jika perlu.
  • Setelah cukup rasanya, masukkan ikan dan gaul rata. Atau tuangkan saja sambal di atas ikan...ikut pilihan masing-masing.
Jika menggunakan taucu dalam masakan, sila tambahkan sedikit sos tiram dan gula untuk menaikkan rasa.

1
Kuih Cara Manis

Kuih tradisi yang tak dilupa sehingga kini. Sesuai sebagai breakfast, minum petang mahupun sebagai kudapan anak-anak. Lebih-lebih cuti sekolah ni, tak wat ape...duk umah asyik nak mengunyah jer. Jadi buatkan kuih ni lebih sikit kan, untuk diorang makan-makan...sambil tu maknya pun tumpang sekaki...hehe...
Resepi ni saya belajar masa skolah2 dulu...maklumlah ambil SRT. Sampai sekarang buku itu masih tersimpan elok lagi, mana pindah pun saya bawa pergi. Malah pankek pisang yang pernah saya post dulu pun daripada buku ini...resepi2nya confirm menjadi dan sedap

KUIH CARA MANIS

Bahan-Bahan
  • 120 gm tepung gandum
  • 150 ml santan pekat / susu
  • 2 helai daun pandan, dikisar bersama 100 ml air
  • 1 biji telur
  • 1/4 tsp garam
  • gula halus sebagai inti
  • pewarna hijau jika perlu

Caranya
  • Sediakan bater: Ayak bahan-bahan kering ke dalam mangkuk adunan dan masukkan telur, susu/santan, jus pandan serta garam. Kacau adunan sehingga rata dan menjadi bater yang halus. Ketepikan.
  • Memasak kuih: Panaskan acuan kuih cara dengan sedikit minyak/marjerin/minyak sapi. Apabila acuan sudah panas, tuang bater hingga 1/2 penuh. Masukkan dengan cermat 1 tsp gula sebagai inti ke dalam tiap-tiap acuan itu dan tuangkan lagi bater supaya tertutup intinya. Tutup acuan itu dan biarkan kuih itu masak perlahan-lahan.
  • Apabila kuih masak, cungkil tepinya dengan pencucuk dan angkat dengan cermat. Hidangkan dengan cara bertindih.

2
Gulai Pucuk Ubi Berencah Udang

Pucuk ubi sememangnya favorit saya. Baik direbus dibuat ulam sehinggalah ke masak lemak atau apa saja masakan berasaskan pucuk ubi memang cukup saya suka. Kalau kat KL ni susah betul nak dapat pucuk ubi yang betul-betul muda...kalau seikat tu ada la sikit je yang muda...selebihnya...tau-tau je la kan...Tapi kalau balik kampung...masa tu la peluang balas dendam...nak pucuk ubi petik je kat belakang umah...muda-muda dan fresh lagi...tak cukup petik untuk masak...siap bawa balik lagi. Pucuk ubi ni, my mum yang bawak kan dari kampung...puas lah makan...ye la...kalau beli mana nak cukup 1 ikat kan...tambah-tambah saya yang hantu pucuk ubi ni...


GULAI PUCUK UBI BERENCAH UDANG
Bahan-Bahan
  • 2 cekak pucuk ubi, basuh dan toskan
  • 20 ekor udang
  • 2 biji kelapa [2 cwn santan pekat, 2 cwn santan cair]
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 keping asam gelugor
  • garam & gula secukup rasa
Bahan Ditumbuk/Dikisar Halus
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 biji cili merah
  • 6 biji cili api [nak pedas, tambah lagi]
^...yg ini masih dalam kuali...^

Caranya
  • Satukan bahan tumbuk, serai, santan cair dan pucuk ubi. Masakkan sehingga pucuk ubi lembut.
  • Masukkan udang, asam gelugor, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sebentar.
  • Masukkan pula santan pekat. Renihkan sehingga masak dan bila dah cukup rasanya, bolehlah diangkat. (anggaran santan terpulang kepada kepekatan kuah yang dikehendaki)

0
Jelly Mangga Bersama Cendol

Terpandang dalam majalah RASA, dessert yang menggabungkan puding mangga bersama cendol. Oleh kerana jelly mangga masih ada lebih....maka saya hanya gunakan apa yang ada saja...tak baik membazirkan. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Layan gambo dulu yer...ada kerja yang nak dibereskan didapur sat...resepi later...


Jelly Mangga Bersama Cendol

Bahan-Bahan
  • 350 gm puding mangga segera [saya guna lebihan mango jelly]
  • 100 gm cendol, toskan airnya
  • 1 tin susu cair
Bahan Sirap
  • 100 gm gula melaka
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan, disimpul

Caranya

  • Didihkan air bersama gula melaka beserta daun pandan hingga mendidih dan betul-betul pekat. Ketepikan.
  • Satukan cendol bersama susu cair, kacau.
  • Kemudian masukkan puding/jelly mangga ke dalam. Sejukkan di dalam petisejuk.
  • Hidangkan bersama sirap gula melaka. Sedia untuk dinikmati.

0
Mango Jelly

Jelly ni sebenarnya ada tiga layer...tapi saya tak buat...kesuntukan masa. Nak lihat yang asal KLIK sini yer...



MANGO JELLY
Source: Ancoo

Bahan A

  • 150 ml santan pekat
  • 450 ml air
  • 200 ml puree mangga / jus mangga [saya guna jus mangga dlm kotak]
  • 100 gm gula [sbb saya xsuka manis so sy krgkan menjadi 60 gm]
  • 1 tbsp + 1 tsp serbuk agar-agar
  • 1/2 tsp gelatine
Bahan B
  • 1-2 tsp esen mangga [jika perlu]
  • 1-2 titik pewarna kuning


Caranya
  • Campurkan kesemua bahan A. Masak dan kacau menggunakan hand-whisk sehingga mendidih dengan api yang sederhana. Kemudian kecilkan api dan masukkan bahan B. Kacau hingga rata dan tutupkan api. Teruskan mengacau untuk beberapa minit... Saya tambahkan dengan mangga yang dipotong dadu ke dalam adunan.
  • Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan yang di sukai dan biarkan sejuk. Setelah itu dinginkan dalam petisejuk.

0
Info Sihat - Mangga Untuk Kesihatan

Berasal dari keluarga Anacardiaceae dengan nama saintifiknya Mangifera Indica. Selain rasanya yang manis dan menyegarkan, ternyata buah mangga juga memiliki khasiat baik yang diperlukan untuk kesihatan malah berkesan mengubati pelbagai penyakit. Mangga kaya dengan vitamin antioksidan seperti vitamin C dan E, selain kaya juga dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium

Buah mangga ranum mengandungi 78-85g air, 13-20g karbohidrat, 0.3-0.8g protein, 0.1-0.2g lemak, 0.6-0.7g fiber, 0.1-0.2mg besi, 10-15 mg fosforus, 9-25mg kalsium, 0.03-0.09mg vitamin B1, 0.05-0.08mg vitamin B2, 14-62mg vitamin C, di samping asid benzoid, asid sitrik, mangiferin, mangin dan tanin.


KHASIAT MANGGA

Agen Antioksidan@Anti Kanser
Beta-karoten adalah zat dalam tubuh yang akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karoten dan vitamin C juga tergolong sebagai antioksidan, yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanser kerana ia dapat meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul-molekul tidak stabil yang dihasilkan oleh berbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari, pencemaran persekitaran seperti asap rokok dan pengaruh-pengaruh lain yang berada dalam lingkungannya. Para ahli meyakini mangga adalah sumber carotenoid atau juga disebut beta crytoxanthin, iaitu agen penghalang kanser yang baik.


Kesihatan Gigi dan Gusi
Kandungan vitamin C dalam mangga cukup tinggi. Setiap 100 gram buah mangga yang ranum membekalkan sebanyak 41 mg vitamin C, sementara mangga muda sehingga 65 mg. Ini bermakna, pengambilan sebanyak 150 gram mangga ranum, keperluan vitamin C sebanyak 60 mg yang diperlukan bagi seorang dewasa lelaki dan wanita sehari dapat dipenuhi.

Di samping berfungsi sebagai antioksidan, vitamin C dalam buah mangga juga berfungsi menjaga dan merangsang kesihatan pembuluh dan kapilari darah, kesihatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi di samping dapat menyekat penghasilan natrosamin - penyebab kanser. Vitamin C juga mampu membantu memperbaiki tisu-tisu yang rosak dalam proses penyembuhan luka.


Potasium Menurunkan Risiko Stroke
Mangga kaya dengan potasium@kalium. Setiap 100 gm mangga mengandungi sebanyak 189 mg potasium. Dengan mengambil sebiji mangga harumanis yang bersaiz kecil (minimum 250 gm) atau mangga yang bersaiz medium (200-250 gm) keperluan potasium sebanyak 400 mg sehari yang diperlukan oleh tubuh badan dapat dipenuhi.

Potasium berfungsi meningkatkan kestabilan denyut jantung, mengaktifkan kontraksi otot dan membantu tekanan darah. Pengambilan potasium yang mencukupi dapat mengurangkan kesan sodium dalam meningkatkan tekanan darah, secara tidak langsung dapat mengurangi risiko stroke. Satu kajian menunjukkan bilamana seseorang menambahkan sepotong buah yang tinggi kandungan potasium dalam diet harian mereka, risiko terkena stroke fatal (stroke yang boleh membawa maut) dapat dikurangi sebanyak 40%. Pengambilan tambahan potasium sebanyak 400 mg setiap hari boleh mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit yang berkaitan jantung dan pembuluh darah.


Baik Untuk Pencernaan, Kesihatan Mata, Mulut dan Kerongkong
Mangga memiliki sifat kimia dan efek farmakologis tertentu, iaitu bersifat pengelat (astringent), juga sebagai pelawas air kencing. Kandungan asam pada mangga sangat baik untuk saluran pencernaan.
Sebiji mangga mengandungi 7 gram serat yang dapat membantu sistem pencernaan. Sebagian besar serat larut dalam air dan dapat menjaga kolesterol agar tetap normal.
Sementara kandungan riboflavinnya sangat baik untuk kesihatan mata, mulut, dan kerongkong.


Menyembuhkan Berbagai Macam Penyakit
Mangga juga mampu menyembuhkan pelbagai penyakit, antaranya radang kulit, influenza, asma, gangguan penglihatan@rabun, gusi berdarah, radang kerongkong, radang saluran pernafasan, sesak nafas dan ulser.

Selain itu juga boleh mengatasi bisul, kudis, ekzema, perut memulas, cirit-birit, mabuk perjalanan, cacingan, kurang nafsu makan, masalah keputihan, gangguan haid, rheumatism(penyakit sengal-sengal) dan hernia@burut(sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak)

Amalan meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan untuk mereda dan menyembuhkan penyakit ini. Ini kerana kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi dalam mangga akan percepatkan proses penyembuhan di dalam dan di luar badan


Kebaikan Buah Mangga Sebagai Terapi
-Pembersih darah
-Menurunkan panas badan
-Baik untuk menghilangkan bau badan.
-Mampu membersihkan aliran darah
-Merawat payu dara bengkak selepas bersalin
( Kulit batang mangga hutan digesek-gesek di atas pasu. Kulit yang sudah hancur itu ditampalkan ke atas payu dara yang bengkak )


KAEDAH PENGUBATAN:

Untuk mengatasi radang kulit - Gunakan kulit buah mangga
Caranya: 150gm kulit buah mangga dimasak dengan air secukupnya hingga mendidih. Dalam keadaan hangat, air rebusan ini dipakai untuk mencuci bahagian kulit yang mengalami sakit atau peradangan.

Penyakit influenza (selsema)
Caranya: 200gm isi buah mangga ditambah 10 gram halia, dan dua batang daun bawang putih. Bahan-bahan ini direbus dengan 500 cc air sehingga menjadi 250 cc. Kemudian airnya ditapis dan diminum suam.

Mabuk perjalanan
Caranya: mangga dikeringkan terlebih dahulu, kemudian direbus dengan air secukupnya. Setelah hangat, tambahkan madu secukupnya dan 10 cc air limau nipis dikacau hingga rata. Minum suam-suam.

Sumber Info: elizasfamily.blogspot.com

0
Asam Pedas Ayam Ala Puteri

Semalam saya mencuba satu resepi dari majalah...resepi ikan bawal yang disiram sambal di atasnya. Sambalnya menjadi....tapi mak aii...pedas sangat....dah adjust sini sana pun masih tetap pedas. Bila menghidang saya cuma siram sambal tu sikit-sikit je atas ikan, takut nanti anak-anak tak lalu makan pulak. Selesai dinner ikannya habis but sambalnya masih banyak lagi. Nak buat apa yer dengan lebihan sambal nih....ahh...simpan jer la dulu dalam petisejuk...esok fikirkan.

So, hari ini bangun je pagi tadi terus plan nak masakkan leftover sambal semalam dengan ayam...tak perlu nak potong bawang segala cuma tambahkan air saja. Hasilnya jadilah seperti dalam gambar tu....seakan-akan rasa asam pedas....sebab itulah saya namakanya asam pedas ayam. Resepi berikut adalah anggaran....pandai-pandai lah u all adjust yer...nampak remeh sikit...tapi sedap ...


ASAM PEDAS AYAM ALA PUTERI

Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 2 biji ubi kentang [dipotong]
Bahan-Bahan Untuk Sambal
  • 1/2 labu bawang besar [dihiris tebal]
  • 2 ulas bawang putih [diketuk]
  • 1/2 cawan kacang peas [jika suka]
  • 2 batang bunga kantan [dibelah dua]
  • 3/4 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 keping asam gelugor
  • garam & gula jika perlu
Bahan Sambal- Dikisar Halus
  • 40 tangkai cili kering [tak nak pedas, boleh kurangkan]
  • 1 biji besar bawang merah
  • 1 inci kunyit
  • 3 batang serai [kecil]
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci belacan
Caranya
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar dengan bawang putih sehingga pecah minyak dan berbau harum.
  • Masukkan santan, air, asam gelugor, bunga kantan dan kacau rata. Perasakan garam dan gula jika perlu.
  • Masaklah sehingga pekat. Bila kuah hampir pekat masukkan hirisan bawang dan kacang peas. Biarkan merenih sekejap dengan api sederhana. Angkat dan ketepikan.
  • Sementara itu lumurkan ayam dengan serbuk kunyit. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain dan masukkan semua ayam yang bergaul dengan kunyit tadi. Balikkan-balikkan ayam sehingga 1/4 masak.
  • Tuangkan sambal tadi dalam kuali yang berisi ayam. Tambahkan air mengikut banyak mana kuah yang diperlukan. Masukkan juga ubi kentang. Masaklah sehingga mendidih. Bila dah cukup masak dan rasanya boleh diangkat dan hidangkan. (Jika suka boleh juga masukkan daun kesum).

0
Jantung Pisang Goreng Pedas

Jantung pisang mengandungi 1.2% protein, 0.3% lemak, 7% karbohidrat, serta fosfurus dan zat besi. Jangan dipandang rendah nilai kesihatan yang terdapat pada sayuran kampung ini. Mungkin ada antara kita yang tidak tahu bahawa jantung pisang mempunyai banyak khasiat dan kebaikannya yang tersendiri.

Antara Khasiat Jantung Pisang:
--Membersih/mencuci organ-organ dalaman badan seperti buah pinggang, jantung dan hati
--Baik untuk kesihatan pembuluh darah
--Berupaya mencegah stroke dan pendarahan otak
--Memberi tenaga pada tubuh badan

Sumber Info: http://herba-tihara.blogspot.com/2009/05/khasiat-jantung.html


Antara hidangan yang sering dimasak menggunakan jantung pisang adalah gulai lemak kuning, jantung pisang yang diracik dan digoreng serta kerabu jantung pisang bersama kerang selain enak direbus dijadikan ulam-ulaman dicicah bersama sambal belacan. Ayu minta izin saya panjangkan pula resepi nya di sini yer...


JANTUNG PISANG GORENG PEDAS

Bahan-Bahan
  • 1 biji jantung pisang nipah, kupas kulit luarnya hingga jumpa bahagian cerah yang lembut, rendam
  • 1 genggam ikan bilis, rendam 10 mnit, dan toskan dan bagi dua-(saya juga spt Ayu gunakan kiub ikan bilis aje)
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 1 camca besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan air
Bahan Ditumbuk Lumat
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1/2 inci belacan
  • 1 bahagian ikan bilis tadi

Caranya
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air. Sementara itu jantung pisang dibelah dua, belah lagi dan hiris sederhana halus. Masukkan dalam kuali. Kacau rata.
  • Masukkan ikan baki ikan bilis, kacau dan masak hingga jantung pisang lembut, masak dengan api perlahan. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, masak sekejap dan angkat. Hidangkan segera.