3
Cucur Nasi Ikan Bilis


Assalamualaikum...

Pagi tadi bila tengok ada lebihan nasi semalam, teringatkan cucur nasi yang ada di dapur Yatie. Cucur nasi ni dah ramai yang buat...saya pun kali ini dah tiga kali buat. Kalau nak tahu, cucur nasi ini beza sikit dengan cucur-cucur yang biasa tu...sebab cucur ini...rangup di luar...lembut di dalam...walau dah sejuk maintain lembut...memang enak lebih-lebih lagi bila dicicah bersama sos cili. Tapi saya makan begitu je pun dah sedap...Saya tuliskan kat sini pula ya Yatie, senang nak buat rujukan nanti...terima kasiiihh...


CUCUR NASI IKAN BILIS

Bahan-Bahan:
2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar, dihiris nipis
daun sup/bawang, di hiris halus
sedikit garam
minyak untuk mengoreng
saya tambahkan sedikit taugeh

    Caranya:
    • Blend nasi bersama air, masukkan sekali bawang putih, ikan bilis (ikan bilis saya tak blend)  dan bawang besar (1/2 saya blend...1/2 lagi saya hiris)...kisar hingga halus.
    • Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
    • Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
    • Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
    • Untuk menjemput, boleh gunakan sama ada hujung jari ataupun sudu. Jika gunakan jari..basahkan sedikit dengan air atau jika gunakan sudu...celupkan sudu sebentar ke dalam minyak panas.

      6
      Strawberry Jam Bread


      Sekarang ni musim kawan-kawan meroti...saya pun tersahut juga nak meroti. Hari tu dah buat roti nasi, kali ni nak cuba pula roti yang dicampurkan jem strawberi dalam doh. Walaupun jem tersebut memberi sedikit warna soft pinky pada roti...tapi perisa strawberinya sudah cukup terasa...


      Anak-anak suka...tak payah lagi nak sapu jem ke apa segala...sebab dah ada rasa strawberi. Resepi ambil dari SINI. Ikut resepi kena tabur atas  dengan kelapa kering...tapi tak buat...stok kelapa kering tak ada...so, pipe je jem kat atas...


      STRAWBERRY JAM BREAD
      source : http://happyflour.blogspot.com

      Ingredients:
      300g bread flour
      5g instant yeast
      45g icing sugar
      2tbsp milk powder
      1/2tsp salt
      110ml water
      70g strawberry jam
      50g butter


      Topping:
      strawberry jam
      desiccated coconut


      Methods:
      • Combine the dry ingredients in a mixer and mix well at low speed.
      • Add in water and jam, beat at medium speed until it form a dough.
      • Lastly add in the butter, continue to beat until it form a smooth and elastic dough.
      • Cover the dough and let it prove for 45-60mins.
      • Divide dough into 45g each portion and rest for another 10mins.
      • Shape into long dough and arrange it on a greased tray.(saya bentukkan bebola)
      • Cover and leave it to prove for 45mins until it doubled in size.
      • Preheat oven to 190C.
      • Brush surface with beaten egg.(saya campurkan telur dengan sedikit susu segar)
      • Pipe strawberry jam on the surface and sprinkle with some desiccated coconut.
      • Bake in a preheated oven for 10-15mins until buns is brown.(lepas keluar oven saya glaze pula dengan sedikit butter supaya berkilat)
      • Remove bread from tin and cool it on a wire rack.

      3
      Nasi Oregano


      Nasi oregano ini hasil olahan daripada nasi butter. Penambahan oregano merupakan idea daripada my son. Yeah...not bad...sedap bila digandingkan bersama salmon dan ayam blackpepper.


      NASI OREGANO
      recipe by: Akma @ SSK

      Bahan-Bahan
      • 2 1/2 cawan beras [basuh dan toskan]
      • 3-3 1/2 cawan air (+/-)
      • 2-3 sudu besar butter
      • 2 helai daun bay
      • 1 sudu besar serbuk oregano (yang kasar)
      • 1 sudu kecil lada sulah
      • garam secukup rasa

      Caranya
      • Panaskan butter. Bila setengah cair masukkan daun bay. Kacau-kacau sekejap.
      • Kemudian masukkan beras dan teruskan menggoreng dalam 3-5 minit.
      • Masukkan 1 cawan air, garam, lada sulah dan oregano. Kacau agar bahan-bahan serata dengan beras. Biarkan sehingga mendidih.
      • Setelah mendidih tuangkan ke dalam rice cooker. Tambahkan dengan baki air tadi dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila air telah kering, balik-balikkan nasi supaya nasi serata lembutnya. (kalau nasi tak cukup lembut, boleh tambahkan sedikit air masak dan balik-balikkan nasi lagi)

      3
      Kuih Bakar @ Bingka Sukun


      Kalau kat umah tu ada buah sukun yang dah lembik tak boleh digoreng...haa...jangan terus dibuang ya. Jangan tak tahu, isi sukun yang lembik ni boleh dijadikan kuih umpamanya cekodok, apam ataupun bingka. Bingka ni dah buat tiga empat hari lepas, baru hari ini nak n3. Maaf ya...kak Am dan kak Ayu, saya dah olah sikit resepi daripada asal...tak banyak...sikit je.  Kalau nak tengok resepi yang asal lagi tulen, lihat lah kat dapur  Kak Am Flora juga kat dapur  Kak Ayu.  Bila dah rasa sendiri, baru tahu rupanya sedap sukun dibuat bingka...lemak-lemak...dan wangi jer bau sukun tu...sesuai lah untuk sarapan atau minum petang. Thanks pada kak Am dan kak Ayu yang baik hati berkongsi resepi yang sedap ini...


                                                     BINGKA SUKUN

                            Bahan-Bahan
      • 250 gm isi sukun yang dah lembik [blend dgn 140 gm air)
      • 200 gm tepung gandum
      • 2 tbsp tepung jagung (guna sudu metrik ya..)
      • 140 gm gula perang (+/-)
      • 300 gm santan [150 gm santan kotak + 150 gm air]
      • 3 biji telur (A)
      • 1 tsp esen vanilla
      • 1 tsp garam
      • sedikit pewarna kuning
      • sedikit bijan (jika suka) untuk taburan di atas


      Caranya
      • Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga gula larut & tepung tidak bergentil.
      • Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
      • Tuangkan adunan tadi dan taburkan sedikit bijan (jika suka)
      • Bakar dalam oven suhu 180-200°c selama 40-45minit
      • *Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong.


      5
      Mee Hoon Goreng Taucu


      Jika sebelum ni, ada kawan-kawan kita yang mengeluh dan kesal kerana n3 mereka telah dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kali ini giliran n3 saya pula dikidnap...bukan resepi saja tapi dengan foto sekali. Tak perlulah saya hebahkan siapa mereka tapi kita ni ada budi bahasa kan...sekurang-kurangnya minta lah izin dengan tinggalkan mesej di shoubox tu...or give credit and post a link back to this site...itu pun susah ker nak buat...???
      Ok lah untuk n3 hari ni... resepi sebenarnya dah lama terperap... ambil kat dapur Kak AyuTak pernah lagi goreng  mihun bubuh taucu. Rupanya, sedap ya kalau  tambah dengan taucu...thanks kak Ayu...izinkan saya cnp kat sini pula...


      MEE HOON GORENG TAUCU
      referred by: Akma @ SSK


      Bahan-Bahan
      • 400g mee hoon direndam hingga lembut
      • *50g udang kering direndam
      • *3 biji bawang putih
      • *11/2 biji bawang besar
      • 4 sudu besar taucu di tumbuk kasar/halus-(dibilas supaya kurang masin)
      • 5 sudu besar cili kisar
      • udang sederhana besar
      • sawi secukupnya
      • taugeh secukupnya
      • garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
      (*bahan kisar)

      Hiasan:-
      tauhu goreng dihiris (optional)
      daun kucai-(optional)
      telur dadar yang dihiris halus-(terlupa buat)
      jus limau
      cili jeruk
      bawang goreng

      Caranya
      • Tumis bawang putih & bawang besar kisar hingga naik bau.
      • Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu. 
      • Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. 
      • Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk dan bawang goreng. Siap untuk dihidang

      6
      Cekodok @ Jemput-Jemput Sukun


      Weekend hari tu langkah kanan jumpa buah sukun kat pasar malam. Beli sebiji sebab berhajat nak buat bingka. Masa beli, sukun tu belum ranum sangat lagi..untuk goreng sesuai lah..jadi biarkan saja di dapur. Lepas dua tiga hari, sukun dah mula lembik..saya kupas, asingkan isi untuk dibuat kuih. Jadi cekodok sukun ni adalah projek nak habiskan saki baki sukun selepas buat kuih bingka.  Untuk adik-adik dan anak-anak yang baru nak belajar-belajar masak tu..kalau tak kenal macam mana rupanya buah sukun...ni dia...


      ...haa...macam tu lah rupanya buah sukun. Maklumlah anak remaja sekarang ramai yang tak kenal dengan buah-buah kampung seperti ni...dan menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa mengenalkan pada mereka. Sukun bukan saja sedap digoreng malah enak juga dijadikan cekodok ataupun dijadikan kerepek. Cekodok sukun yang saya buat pagi tadi ni sedap...lembut...dan harum je...macam rasa cekodok durian pun ada juga. Cekodok ni masih lembut walaupun dah sejuk.


      CEKODOK @ JEMPUT-JEMPUT SUKUN
      recipe by: Akma @ SSK

      Bahan-Bahan
      • 1 cawan isi sukun lecek
        (buah sukun yg sudah lembik & tak boleh digoreng)
      • 1 1/2 cawan tepung gandum
      • 1/2 sudu kecil baking powder
      • 2 sudu makan gula pasir (+/-)
      • 1/2 cawan air (+/-)
      • sedikit garam

      Caranya
      • Satukan semua bahan. Bancuh seperti biasa membuat cekodok.
      • Panaskan minyak. Sudukan adunan dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan hidangkan.

      6
      Roti Nasi


      Sana sini tayang roti...macam-macam style roti depa buat. Cuma dapur sini saja yang belum ada roti lagi. Sebelum ni dah pernah buat roti..tapi dah lama dah. Last sekali meroti tiga tahun lepas. Lama tuuu..sampai ada resepi roti yang dah pernah buat, cari-cari dah tak ada..ke mana hilang pun entah tak tahu. Jadi sebelum resepi menghilang lagi lebih baik buat dulu. Nak mendatangkan mood meroti, tangan-tangan jari-jemari ni kenalah diwarm-up dulu..maklumlah dah lama tinggalkan bab uli menguli roti nih. Dapur saya ni tak de bread maker..lama niat nak beli..tapi belum ada rezeki lagi kot. Terpaksa lah uli dengan tangan tapi sama je kan. Lagi pun kita buat roti ni untuk makan-makan keluarga. Jadi bila uli sendiri selain boleh exercise tangan secara tak langsung air tangan tu dapat mengeratkan kasih sayang antara keluarga.

      Akceli, ada kisah di sebalik kejadian roti nasi ini. Oleh kerana waktu tu, agak kelam kabut sikit..saya dah masukkan 12 tsp gula ke dalam bancuhan yis. Tunggu setengah jam yis tak juga kembang. Sudahnya saya buang sebab takut nanti roti tak jadi. Bancuh lagi sekali. Kali ni saya buh gulanya 50 gm. Tunggu punya tunggu..macam tu gak. Tak kan nak buang lagi kan..membazir. Kemudian saya tawakal je.. bancuh terus. Saya asyik duk tengok berulangkali sama ada doh dah kembang ke belum. Lama juga tunggu..mengembang juga akhirnya. Tak tau la macam mana angka 1/2 tu saya boleh nampak 12..Itulah kisahnya akibat tersalah baca arahan resepi. Walau begitu..hasilnya berbaloi..lembuutt...gebu sangat..tapi  rotinya dah rasa macam roti manis..but still sedaapp...Panjang pula karangan untuk n3 ni yer..apa apa pun jom lah kita tengok resepi dari onigiri@Myr. atau boleh juga lihat di Ros@JMC. Kalau nak tau..kak Ros inilah pemilik nama samaran onigiri di MyR tuu..


      ROTI NASI
      referred by: Akma @ SSK


      Bahan-Bahan
      • 80 gram nasi putih
      • 100 ml air
      • 250 gram tepung roti
      • 60 ml susu segar
      • 2 sudu besar gula
      • 20 gram butter atau marjerin
      • 1 tsp garam
      Bancuhan Yis
      • 4 gram dry yeast
      • 1/2 tsp tepung gandum
      • 1/2 tsp gula
      • 3 tbsp air



      Caranya
      • Mula-mula campurkan semua bahan bancuhan yis, kacau dan tunggu hingga betul-betul berbuih.
      • Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
      • Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
      • Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
      • Bentukkan bebola dan susunkan dalam loyang. Biarkan hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
      • Keluarkan daripada oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
      • Sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner.

      2
      Telur Dadar Jejari Ketam Sayuran


      Assalamualaikum...

      Alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat kita bersiaran kembali pada hari ini..hari pertama minggu baru. Sedar tak sedar januari 2011 dah menghampiri ke penghujung..sungguh pantas masa berlalu. Pada mereka yang bekerja pula time ni lah seronok kan sebab dua tiga hari lagi kan dah nak gaji..buncit lah balik purse yang dah slim tu...hihih..saja gurau-gurau pagi..
      Ok lah berbalik pada n3, telur dadar ni sebenarnya lauk penambah untuk dinner semalam. Memandangkan anak-anak suka telur dadar dan tak berapa suka sayur, lalu saya cantumkan keduanya menjadi satu. Menu-menu ringkas cam ni selalunya anak-anak suka. Ini juga satu cara bagaimana nak umpan anak makan sayur. Jadi dengan cara mencampurkan sayuran ke dalam telur dadar..dah tentu-tentu mereka makan sekali sayur-sayur itu. Mungkin ibu-ibu di luar sana pun banyak juga kaedah dan idea bagaimana nak tarik minat anak supaya makan sayur kan. Selain sayuran dalam resepi, boleh juga kalau nak tukarkan kepada bayam atau kobis atau apa saja sayuran yang di kira sesuai.


      TELUR DADAR JEJARI KETAM SAYURAN
      recipe: Akma @ SSK


      Bahan-Bahan
      • 4 biji telur
        -Dipukul sekadar hancur sepenuhnya dan masukkan 1/2 sudu kecil garam. Jgn pukul sehingga berbuih sebab bukan nak buat kek. Kalau nak masak apa-apa jenis telur dadar sekalipun jangan dipukul telur lama sangat, ini petua masakan enak telur dadar.
      • 1/2 batang lobak merah
        -dipotong hirisan memanjang seperti batang mancis 1 inci
      • 1 biji ubi kentang
        -dipotong sama seperti lobak merah
      • 1 pokok daun sup - dihiris kasar-kasar
      • 6 keping jejari ketam - dihiris
      • 1 biji bawang besar - dihiris
      • 2 biji cili merah - dihiris halus
      • 1 sudu makan sos tiram
      • sedikit lada sulah
      Bahan Tumbuk
      • 4 ulas bawang putih
      • 1/2 inci halia

      Caranya
      • Satukan semua bahan dan dikacau rata.
      • Panaskan minyak. Untuk membuat telur dadar mini tersebut, letakkan ring khas untuk goreng telur dalam minyak. Sebaiknya gunakan pan tidak lekat yang nipis.
      • Tuangkan telur dalam ring tersebut dan tutup supaya cepat masak. Bila dah nampak kekuningan angkat dan keluarkan ring. Kemudian perlahan-lahan terbalikkan telur. Masakkan sebelah lagi tanpa ring. Tak perlu goreng terlalu lama nanti ia akan akan jadi kering sebab kita nak hasil yang basah-basah gitu.

      5
      Bingka Ubikayu Cheese


      Hari tu ada beli ubi.  Kekadang bila teringin nak buat kuih mencari lah ubi..tak jumpa..ini dah jumpa beli je la terus..nak buat apa tuu..tak plan lagi. Mulanya nak dibuat bingka ubi gula merah sebab banyak email yang saya terima daripada pengunjung meminta saya postkan resepi. Tapi last minute cancel. Pada mereka jangan sedih jangan frust ya...sabar...insyaallah akan saya tunaikan juga satu hari nanti. Ini sebab gara-gara teruja tengok bingka ubi yang lebih special kat dapur Alongroz. Bunyi macam sedap...tapi belum pernah rasa lagi. Tak tau macam mana rasanya bila ubikayu berpadu dengan cheese. Buatnya pun mudah, godek-godek je...cuma nak parut tu yang ambil masa sikit...tapi tak ada masalah lah...nak seribu daya kan...nak merasa punya pasal.
      Hasilnya memang kaw-kaw lah..sedaap..ada rasa lemak-lemak cheese..selain teksturnya lembut gitew..walau saya hanya guna cream cheese tatura je..Saya buat separuh adunan [6x6in] macam tak cukup je sebab sedap sangat..nampaknya next time nak kena buat lagi nih. Pada Cik Norj dan Along yang sudi berkongsi resepi yang special ni, thanks a lot..Izinkan saya kopipes kat sini pula ya Along..


      BINGKA UBIKAYU CHEESE
      refer by: Akma @ SSK


      Bahan-Bahan
      [Saiz 8" persegi]
      • 250g Cream Cheese
      • 250g Gula
      • 2 biji Telur
        [sy guna size (A)]
      • 800g Ubikayu Sagat - tapis airnya
        [sy tak tapis pun..terus bancuh]
      • 400ml Santan
        [sy buat 200ml santan kotak + 200 ml air]
      • Pewarna kuning




      Caranya
      • Pukul cream cheese dengan gula sehingga rata.
      • Masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata.
      • Masukkan parutan ubikayu dan santan.
      • Tuangkan ke dalam loyang  [sy lenserkan loyang dengan sedikit minyak]. Bakar pada suhu 170C selama 1jam 30min atau sehingga masak.
      • Sejukkan sebelum di potong.

      0
      Sup Petola Bebola Ikan


      Petang semalam pergi pasar malam. Terkenangkan anak-anak suka bebola ikan, belilah...cadangnya nak buat sup. Jadi ini lah menu sayur untuk lunch kami hari ini...bebola ikan yang saya masakkan sup bersama sayur petola...


      SUP PETOLA BEBOLA IKAN
      source by: Akma @ SSK


      Bahan-Bahan
      • 1 peket bebola ikan
      • 1 biji petola
      • 1 biji tomato
      • bunga kobis
      • daun sup & daun bawang, dipotong 1 inci panjang
      • 2 ulas bawang merah, dihiris
      • 4 ulas bawang putih, dicincang
      • 1/2 inci halia, dihiris
      • 2 biji cili merah, dihiris
      • 1/2 kiub ayam
      • 1 3/4 cawan air
      • garam secukup rasa
      • lada sulah jika suka

      Caranya
      • Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah hingga naik bau dan sedikit garing.
      • Masukkan air, garam dan kiub ayam. Tunggu hingga mendidih.
      • Masukkan bebola ikan dan biarkan sekejap. Kemudian masukkan pula sayur petola dan bunga kobis. Kacau-kacau dan biarkan mendidih sekali lagi.
      • Masukkan pula buah tomato yang dihiris bersama dengan daun bawang dan daun sup. Rasakan garamnya. Jika suka terasa pedasnya, tambahkan dengan lada sulah. Kacau-kacau sekejap, boleh lah di angkat.

      2
      Tofu Kung Pao


      Last weekend anak-anak merengek nak makan kat restoran Rumah Thai. Tiap kali makan kat situ menu yang disukai anak-anak ialah tom yam songkhla dan tofu kung pao. Saya pun suka dengan tofu tu...lagi pula apa-apa masakan berasaskan tofu/tauhu is my favourite sejak kecil lagi. Sama ada masakan kung pao ni tergolong dalam masakan cina atau thai tak pasti lah pula. Tapi kalau pergi restoran chinese muslim atau thai menu ni mesti ada.

      Disebabkan anak-anak makan sampai tak ingat..saya pun berkata pada mereka yang saya akan cuba masakkan lauk macam tu...tak dapat 100% sama pun tak ape lah...dapat hampir-hampir sama pun dah cukup. Setelah cari info, cantumkan sana-sini...setelah try and error...maka ini lah outcomenya...anak-anak kata sedap lebih sedap daripada yang diorang makan kat luar tu. Ya atau tidak...jomlah tengok resepi...


      TOFU KUNG PAO
      source: Akma @ SSK

      Bahan-Bahan
      • 3 silinder tofu
      • 10 ekor udang
      • 1 keping dada ayam
      • 1 pokok sawi kailan
      • 1/2 batang carrot
      • 2 ulas bawang merah - dihiris
      • 1 biji cili merah - dihiris
      • 2 biji telur
      • 1/2 kiub ayam
      • garam secukupnya
      • sedikit air tambahan [nak kuah lebih,letaklah air lebih]
      Bahan Tumbuk
      • 4 ulas bawang putih
      • 1 tsp biji lada sulah
      Bahan Pemekat
      • 2 tsp tepung jagung
      • 1/2 cawan air


      Caranya
      • Hiris tofu dan goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
      • Tumiskan bawang merah yang dihiris bersama bahan tumbuk sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan isi ayam dan udang.
      • Kemudian masukkan sedkit air, garam, kiub ayam dan biarkan sehingga mendidih. Setelah didih masukkan carrot, kailan dan hirisan cili merah. Tunggu hingga didih sekali lagi dan pecahkan telur ke dalam. Kacau supaya telur tidak berketul-ketul.
      • Masukkan bahan pemekat, kacau dan rasakan garam dan lada sulah. Jika kurang tambahkan lagi. Masukkan tofu goreng tadi, kacau-kacau biar serata. Boleh lah ditutupkan api.

      7
      Orange Steam Cake





      Jangan salah sangka dengan nama steam cake tu ya. Nama saja kek tapi rasanya lebih kepada apam...senang cerita seperti rasa apam mekar tuu..Biasanya kalau sebut apam antara bahannya ialah santan tak pun air kan. Tapi yang ini sedikit berbeza kerana ada tambahan vitagen di dalamnya. Kerana vitagen itu lah yang buatkan saya begitu teruja untuk mencuba...
      Resepi saya ambil dari rumah kak Ita. Apamnya menjadi dengan elok sekali...gebu, lembut, halus mulus semulus kapas. Disebabkan kuihnya cantik merekah tersenyum lebar, saya tak buat topping maka jadilah namanya orange steam cake dan bukannya choco top orange steam cake...maaf ya kak Ita. Anak-anak cukup suka dengan kegebuan, kelembutan dan rasa orennya..Izinkan saya kongsikan di sini pula ya...terima kasih kak Ita berkongsi resepi yang sedap ni...


      ORANGE STEAM CAKE
      refer by: Akma @ SSK



      Bahan-Bahan :
      3 biji telur (A), sejukkan dahulu
      270 gm gula halus (sy buat 240gm tak suka manis)
      300 gm tepung Hong Kong
      150 ml Vitagen perisa oren - boleh juga guna susu UHT atau susu cair
      30 gm Sunquick (sy gantikan dengan jus dari sebiji orange)
      1 biji parutan kulit orange
      2 1/2 sudu teh baking powder
      1 sudu makan ovalette
      sedikit pewarna oren
      beberapa mangkuk kertas dan acuan kuih




      Caranya :


      • Satukan telur, gula dan ovalette. Pukul sehingga kembang dan pekat.
      • Masukkan vitagen, sunquick/jus orange dan kulit orange. Pukul sekejap hingga rata.
      • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus dipukul hingga adunan merata dan pekat. Tambahkan dengan sedikit pewarna oren. Kacau hingga sekata.
      • Kemudian sudukan ke dalam mangkuk kertas dengan isian penuh. Kemudian masukkan dlm acuan lompang dan kukus selama lebih kurang 15 - 20 minit atau sehingga masak. Untuk menjadikannya tersenyum, api hendaklah besar dan air dalam kukusan mestilah betul-betul panas dan mendidih.
      • Setelah masak keluarkan dari kukusan dan sejukkan...


      Sesiapa yang nak buat choco top mcm kak Ita tu...cairkan coklat masakan bersama sedikit butter. Masak cara double boiler. Then celupkan. Siap!


      5
      Jelly Kelapa Pandan


      Biarpun cuaca sekarang tak begitu panas, tekak ni masih juga nak menelan yang sejuk-sejuk. Sebenarnya dah lama mengidam nak makan jeli kelapa muda tapi masih tak kesampaian sebab kat area sini susah lah nak jumpa kelapa muda. Last weekend jalan-jalan di tesco kebetulan banyak dijual kelapa pandan masih fresh lagi...bagaikan pucuk di cita ulam mendatang...


      Memandangkan ia telah siap dibelah dan dipek dalam bekas, jadi tak perlulah nak susah-payah lagi...terus sambar satu...Ok lah, jom intai-intai..


      JELLY KELAPA PANDAN


      Bahan-Bahan
      • 1 bungkus @ 20gm agar-agar stripe
      • 1200 ml air
      • 400 ml air kelapa pandan
      • isi kelapa pandan anggaran 100 gm - dihiris memanjang
      • gula secukup rasa
      • 1/2 tsp pandan coconut emulco
      • sedikit pewarna hijau epal

      Caranya
      • Masakkan agar-agar dengan air sehingga agar-agar larut.
      • Masukkan air kelapa beserta gula secukup rasa. Masak lagi sehingga gula larut.
      • Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian ketepikan dan satu bahagian lagi tambahkan dengan isi kelapa dan masak semula sekejap. Tuangkan dalam loyang yang disukai. Biarkan ia mengeras.
      • Bila dah nampak bahagian berisi kelapa tadi hampir beku, panaskan semula bahagian yang satu lagi dengan ditambahkan dengan pandan coconut emulco dan sedikit pewarna hijau. Tuangkan ke atas bahagian kelapa yang telah dicakar-cakar terlebih dahulu.
      • Biarkan ia sejuk dan boleh lah didinginkan di dalam peti sejuk.



      Xtra Note & Tips:
      ** Kuantiti air mengikut label di belakang pek agar-agar.

      UPDATE: Bagi sesiapa yang inginkan jelly dengan rasa kelapanya lebih, kurangkan kuantiti air dan tambahkan dengan air kelapa. Sukatan air dan air kelapa boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Begitu juga sesiapa yang inginkan jelly yang agak lembik, juga lebihkan sukatan air/air kelapa...ikut selera lah ya..

      **Loyang yang digunakan hendaklah dibasahkan dulu supaya hasilnya nanti mudah dikeluarkan.

      ** Sebelum menuang setiap lapisan baru, lapisan yang telah mengeras itu perlu dicakar dulu supaya lapisan melekat elok.

      ** Setiap lapisan baru, hendaklah dituangkan ketika masih panas supaya lapisan akan terlapis dengan cantik dan elok.

      7
      Ayam Goreng Kunyit


      Assalamualaikum...

      Ingat tak n3 Nasi Kuning Aroma hari tu..haa...n3 kali ni ialah sambungannya. Oleh kerana nasi itu ala-ala nasi lemak maka saya padankan bersama lauk Ayam Goreng Kunyit ini selain Sambal Sotong Miri. Saya pilih masakan ayam begini sebab paling senang dimasak selain ada campuran sayuran dalamnya...bak kata orang, 2 in 1...jadi tak perlu lah masak sayuran lain lagi.


      Walaupun ringkas dan mudah, saya masukkan juga resepinya untuk rujukan sendiri manalah tahu kan resepi yang senang macam ini pun kadang-kadang boleh lupa. Atau setidak-tidaknya anak-anak boleh buat rujukan untuk masak sendiri jika ketiadaan saya di rumah..


      AYAM GORENG KUNYIT (my style)
      source : Akma @ SSK


      Bahan-Bahan
      • 1 keping dada ayam - dipotong kecil
      • 6 batang kacang panjang - dipotong 1 inci panjang
      • 1/2 batang carrot - dipotong memanjang spt batang mancis
      • 1 biji bawang besar (kuning) - dihiris tebal
      • 2 biji cili merah
      • 3 ulas bawang putih *
      • 1 sudu teh lada hitam *
      • 1 ulas bawang putih, dicincang
      • serbuk kunyit
      • sedikit garam


      Caranya
      • Tumbuk halus bahan bertanda (*). Lumurkan pada ayam serbuk kunyit, garam dan bahan tumbuk hingga rata. Biarkan seketika dalam 10 minit.
      • Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
      • Dengan menggunakan minyak lebihan menggoreng tadi, masukkan cincangan bawang putih. Setelah naik baunya masukkan pula hirisan bawang, cili merah, carrot dan kacang panjang. Kacau-kacau sekejap, tutup kuali dengan penutup supaya sayuran cepat masak. Tapi jangan terlalu lembut nanti tak sedap.
      • Masukkan ayam goreng tadi dan perasakan dengan garam jika perlu. Kacau rata. Siap untuk dihidangkan.


      6
      Talam Cendol


      Before this, jumpa cendol mesti beli. Fikir hati macam-macam nak buat dengan cendol...sebab dah lama aim nak buat  talam. Tapi kesudahnya tak juga jadi talam..jadi ke lain. Kemudian beli lagi..macam tu juga..semacam angin nak menalam tu tak ada...walaupun resepinya dah lama copy. Nak dijadikan cerita..beli lagi cendol..kali ini saya kuatkan juga hati nak jadikan kuih dengan cendol ini.


      Masa ronda-ronda kat dapur kak Yatie hari tu, nampaklah dia buat talam cendol. Dengan tak semena-mena angin kuih talam tu terus merasuk diri...seolah-olah ada magnet yang menarik...Setelah terlopong sekejap dengan n3 kak yatie tu..apalagi saya bingkas ke dapur teruskan projek yang dah lama tertunda-tunda tak jadi tu..


      Memang kebiasaanya kalau kuih-kuih talam ni, saya suka buat belah pagi dalam kol 9 macam tu..kemudian dalam kol 11.30 dah siap masak. Selalu saya biarkan kuih sejuk dalam empat jam supaya hasil potongan tampak cantik dan licin. Jadi menjelang minum petang..kuih dah pun boleh dipotong dan snap gambar. Kat sini saya nak war-warkan pada kawan-kawan semua, betapa talam cendol resepi Chef Asma ni...hmmm...sedap tak terkata...cukup lemak manisnya...Memang saya tak nafikan semua resepi-resepi beliau sungguh sedap. Jika diikuti stepnya betul-betul memang menjadi kerana saya juga pernah mengikuti kelas-kelas talam, kek dan biskut beliau.

      Disebabkan saya cuma buat half daripada adunan, maka resepi dibawah juga adalah half juga...sesuai dengan loyang 7'x7'...yang juga telah saya olah sedikit dari resepi asal . Terima kasih bebanyak pada penyumbang resepi yang mabeless ni!!


      TALAM CENDOL 
      source : Bdaria / Yatie
      refer by : Akma@SSK


      Lapisan bawah

      Bahan A
      • 100 gm tepung beras*
      • 125 ml santan pekat*
      • 225 ml air*
      • 10 gm tepung green pea*
      • 60 gm gula caster
      • 1/2 tsp garam
      Bahan B
      • 1 cawan cendol- tapis dan toskan

      Caranya
      • Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
      • Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
      • Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
      • Masukkan kedalam loyang 7'x7' yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
      • Kukus selama 25 minit
      • Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu

      Lapisan Atas

      Bahan A
      • 150 gm gula merah
      • 25 gm gula castor
      • 250 ml air
      Bahan B
      • 75 gm tepung gandum
      • 10 gm tepung green pea
      • 1 biji telur (A)
      • 125 ml santan pekat
      • 1/4 tsp garam

      Caranya
      • Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
      • Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
      • Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
      • Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
      • Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

      3
      Sambal Sotong Miri


      Menu sambal sotong yang dijadikan lauk kepada nasi kuning aroma dalam n3 sebelum ni. Resepi saya cedok dari dapur kak Ila tapi asal resepi daripada Baiduri Othman yang pernah  popular di FnR satu masa dulu. Sambal ni sedap, berbeza sedikit daripada sambal sotong yang kebiasaan kerana ada campuran kurma dan ketumbar. Memang sedap sangat...kenalah...bila dimakan bersama nasi kuning tu...tak toleh kiri kanan dah...Lagi kering sambal ni, lagi bertambah sedap...saya buat ada kuah sikit sebab nak makan bersama nasi. Anyway, thanks kepada penyumbang resepi...


      SAMBAL SOTONG MIRI

      Bahan-Bahan
      • 400 gm sotong, dikerat
      • 1 btg serai, diketuk
      • 2 sdt serbuk kurma
      • 1 sdt serbuk ketumbar
      • 1 camca makan sos cili
      • 2 camca makan sos tomato
      • sedikit garam dan gula

      Bahan Tumbuk/Kisar
      • 4 biji cili merah sy guna cili kering anggaran 10-15 tangkai
      • 3 ulas bawang merah
      • 3 ulas bawang putih
      • 2 inci halia



      Caranya
      • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk bersama serai. Tumis sehingga terbit minyak. Tambah air sedikit jika terlalu kering.
      • Masukkan rempah kurma dan serbuk ketumbar. Kacau sehingga garing. Tambah air jika perlu. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau-kacau selalu dan biar mendidih seketika dan masukkan sotong.
      • Perasakan dgn garam dan gula. Didihkan sebentar kemudian bolehlah ditutup api. Jika suka kering, biar sehingga kuah agak kering sedikit baru dimasukkan sotong. Jika tidak, sotong akan kecut dan menjadi liat jika dimasukkan lebih awal.

      1
      Nasi Kuning Aroma


      Perkataan aroma pada namanya pasti membuatkan orang terbayang-bayang akan keharuman nasi ini. Ketika memasak nasi ini, keharumannya semerbak satu rumah. Bila buka saja penutup periuk, aromanya begitu menyengat sekali...membuatkan perut tiba-tiba terasa lapar. Campuran serai, daun pandan dan daun limau  itu yang membangkitkan aroma nasi ini. Tengoklah, warna nasi pun dah seperti nasi untuk hidangan diraja kan...


      Rasa nasi ini ala-ala nasi lemak cuma kewangian dan warnanya itu yang menjadikan nasi ini lebih istimewa daripada nasi lemak.  Walau hanya menggunakan beras biasa hasilnya tetap sedap...sungguh enak...dan menyelerakan...Thanks kak Fida..


      NASI KUNING AROMA


      Bahan-Bahan
      • 1 kg beras basmathi - cuci, rendam 15 min & toskan
      • 1.5 liter santan - drpd 1 1/2 biji kelapa
      • 4 batang serai, dititik
      • 4 batang serai, dititik
      • 3 helai daun pandan, disimpul
      • 5 helai daun salam   tak buat..tak de
      • 5 helai daun limau purut
      • 1/2 jari halia, diketuk
      • 1 1/2 sudu besar jus limau kasturi/limau nipis/lemon
      • 1 sudu besar garam
      • 2 ibu jari kunyit hidup ditumbuk dan diambil airnya atau
      • 2 sudu kecil serbuk kunyit   sy buat serbuk je

      Caranya
      • Dalam sebuah periuk, masukkan santan dan kesemua bahan-bahan kecuali beras dan masak hingga mendidih.
      • Masukkan beras dan kacau rata. Masak hingga kering seperti memasak nasi biasa.
      • **Jika menggunakan beras biasa, kesemua bahan disatukan dalam periuk dan dimasak seperti memasak nasi lemak. Sekiranya tak ingin nasi berkerak, apabila nasi kering bolehlah dialihkan dalam pengukus dan kuku hingga masak.
      • **Untuk menambahkan seri pada nasi kuning aroma ini boleh juga dimasukkan carrot yang didadu dan kacang peas ketika nasi hampir kering, ikut selera masing-masing.

      0
      Celoteh & Kuetiau Goreng


      Kuetiau goreng ni saya masak untuk breakfast pagi tadi...juga sebagai bekalan anak-anak ke sekolah. Setiap hari kepala ni ligat berpusing, memikirkan apa yang nak dimasak untuk sarapan...begitulah rutin sehari-hari. Kalau boleh lah kan...saya nak satu hari tu kepala ni bebas daripada memikirkan apa-apa pun...nak releks je..mogok..tak payah masak...tak payah buat itu...tak payah buat ini...tak payah buat apa pun. Kadang tu bila badan rasa macam tak sihat, badan sengal-sengal...kita juga nak kena buat semua...sebab tu saya kalau batuk-batuk, selsema atau demam sikit-sikit tu, malas ke klinik sebab doktor akan beri ubat yang boleh buatkan kita tidur. Tujuannya supaya kita berehat dan cepat sembuh...tapi nak tidur cam mana kalau bersusun kerja menunggu kita...hai...itulah hakikat kehidupan yang perlu dijalani setiap orang di muka bumi ini.  Resepi tak perlu  lah ya..ala..biasa-biasa je..semua orang pun boleh masak macam ni kan...